Sunday, August 20, 2017

Sultan Mizan Sumbang 2 Pingat Emas Dalam Sukan SEA Ke-29



20 Ogos 2017, Ahad :-

Merafak Sembah Ucap Tahniah kepada Sultan Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah diatas sumbangan 2 pingat emas untuk negara bagi acara kuda lasak dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur ke-29 yang berlangsung di Terengganu International Endurance Park di Lembah Bidong, Setiu, Terengganu.  Dengan kemenangan ini, Baginda merupakan Raja Melayu pertama memenangi pingat emas dalam sejarah temasya Sukan SEA.

Dalam perlumbaan kuda lasak sejauh 80 kilometer yang berlangsung pada hari ini, Tuanku Mizan yang menunggang kuda bernama Rtes Annaversary telah memecahkan rekod Sukan SEA dengan catatan 3:48:38s dalam acara individu 80km mengatasi rekod Sukan SEA Myanmar 2013, 6 jam 28 minit dengan purata kelajuan 20.994 km/jam.    Tempat kedua dimenangi oleh peserta dari Malaysia juga, Mohd Bulkhari Rozali yang menunggang JQ Tuan Junior dan tempat ketiga Mohammad Fuad Hashim yang menunggang Mora Makaka juga dari Malaysia.  Walau bagaimanapun  peraturan perlumbaan yang tidak membenarkan pelumba dari pasukan sama untuk menang ketiga-tiga pingat menyebabkan kemenangan Mohammad Fuad terbatal.

Satu lagi emas sumbangan Baginda adalah dalam acara berpasukan bersama Mohd Adhwa Embong yang menunggang Mora Franka, dan Azizatul Asma Abdullah menungang Mora Tishaka.

Sumber : Bernama/BH Online.


No comments: