Monday, May 23, 2016

Pengiran Muda Mahkota Berangkat Menyaksikan Kejohanan Renang Masters dan Terbuka Brunei Kali Pertama


23 May 2016, Isnin :-

Semalam Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman telah berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Renang Masters dan Terbuka Brunei yang berlangsung di Kolam Renang Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) di Jalan Utama Salambigar, Kampung Sungai Hanching, Mukim Berakas 'B'.

Turut berangkat adalah anakanda DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota iaitu Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah

Kejohanan ini bermula 21 Mei lalu dan berakhir semalam dengan mempertandingkan acara lelaki dan perempuan antaranya 100 Meter Gaya Bebas, 200M Gaya Bebas, 50M Kuak Lentang, 100M Kuak Dada, 200M Kuak Dada, 200M Kuak Kupu-Kupu dan 100M Medley Perseorangan. Kejohanan yang julung kali diadakan ini disertai oleh beberapa buah kelab renang di negara Brunei termasuk ISB, Dolphin Swimming Club, Brunei Speed Swimming Club, Jerudong Swimming Club, Panaga Stingrays dan Temburong Swim Team.


YTM Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim  telah menyertai tiga acara berasingan iaitu 100M Medley Perseorangan, 200M Kuak Lentang dan 50M Gaya Bebas mewakili ISB. 

Sumber :- Pelitabrunei

No comments: