Thursday, May 12, 2016

Pengiran Muda 'Abdul Malik Berangkat Ke Majlis Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei




12 May 2016, Khamis :-

Semalam Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah telah berkenan berangkat ke Majlis Pelancaran Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei sempena bulan Ramadhan 1437 Hijrah/2016 Masihi yang akan bakal menjelma tidak lama lagi.  YTM juga merupakan Pengerusi Jemaah Tadbir, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB). Majlis diadakan di Dewan Banquet, Jabatan Perdana Menteri.

Dalam titahnya, YTM berharap agar tiada lagi terdapat sebarang sungutan daripada orang ramai berhubung isu pengagihan kurma pada kali ini dan jika iannya berlaku bermakna terdapat kepincangan dalam pengagihan kurma-kurma kurnia peribadi KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei. Pada tahun ini beberapa inisiatif dilaksanakan bagi memastikan pengagihan kurma ini berjalan lancar seperti yang diharapkan.  Diantarnya menyediakan borang serah terima yang perlu ditandatangani oleh penerima dan pihak yang menyerahkan kurma berkenaan. Titah YTM lagi, Penghulu dan Ketua Kampung harus memberi sokongan padu dan kerjasama sepenuhnya dalam urusan pengedaran kurma bagi memastikan hajat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei supaya buah kurma kurniaan baginda menjadi sajian berbuka puasa di negara berkenaan terlaksana.

YTM juga bertitah bahawa ibadat puasa adalah sangat berperanan bagi membentuk ketaqwaan umat Islam kepada pencipta-Nya. Malah Al-Quran telah memperjelaskan bahawa semulia-mulia di kalangan manusia adalah mereka yang paling bertaqwa. YTM juga merakamkan pengahargaan dan ucapan terima kasih kepada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, pegawai-pegawai Daerah, penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua kampung, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Radio dan Televisyen Brunei, Jabatan Penerangan, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Pelabuhan-pelabuhan dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta semua yang terlibat dalam mengendalikan pengagihan kurma kurnia ini kerana melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Sumber :- Pelita Brunei / Jabatan Penerangan

No comments: