Saturday, April 16, 2016

DYAM Tunku Mahkota Johor Dilantik Pemangku Raja Johor


Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail berkenan melafazkan ikrar terima sebagai Pemangku Raja Johor di hadapan ayahandanya Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.

16 April 2016, Sabtu :-

Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim telah dilantik sebagai Pemangku Raja Johor bermula 15 April hingga 03 Mei 2016. Pengisytiharan ini dibuat semalam 15 April 2016 dalam Majlis Istiadat Pengisytiharan Pemangku Raja yang berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Baharu. Pengisytiharan Perlantikan dibacakan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Dato' Abdul Rahim Ramli.  Perlantikan ini dilakukan mengikut Fasal 9 (1) (c) dan (3) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Tuanku Ibrahim telah mendapat undangan untuk melawat British Columbia daripada Leftenan Gabenornya Judith Guichon pada 23 Mac lepas ketika pelancaran Model Menara Bank Rakyat di Johor Baharu.  Perlantikan ini membolehkan DYAM Tunku Ismail menunaikan tugas-tugas mentadbir negeri berikutan keberangkatan ayahanda baginda ke Vancouver dalam wilayah British Columbia, Kanada untuk lawatan rasmi.

Sumber :- Bernama

No comments: