Thursday, March 12, 2015

Persiapan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor 90 Peratus Siap


12 Mac 2015, Khamis :-

Pengerusi Jawatankuasa Publisiti Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Md Jais Sarday dalam kenyataan akhbarnya di Dewan Jubli Intan semalam memaklumkan bahawa persiapan Istiadat berkenaan telah melebihi tahap 90% disiapkan. Persiapan yang dmaksudkan ini merangkumi urus setia, publisiti serta penyediaan pusat media kepada petugas tempatan dan antarabangsa.

Menurut beliau lagi :- 
  • Pusat media yang berlokasi di Dewan Jubli Intan mampu menampung kapisiti 100 orang dan akan menempatkan petugas membabitkan 20 media cetak tempatan, tujuh media elektronik dan 10 media asing termasuk National Geographic.
  • Pusat Media akan dikendalikan oleh Jabatan Penerangan Johor dan beberapa agensi berkaitan mulai 16 Mac ini.
  • Sekurang-kurangnya sembilan istiadat akan diadakan untuk Istiadat Kemahkotaan yang akan bermula 16 Mac 2015.
  • Tuanku Sultan Johor dan Permaisuri baginda dijangka berkenan menyertai perarakan kenderaan dari Istana Besar Johor Baharu ke Istana Bukit Serene sejauh 8.5 kilometer selepas Istiadat Kemahkotaan pada 23 Mac 2015. Adalah dianggarkan lebih 40,000 rakyat Johor daripada pelbagai kaum akan menyaksikan perarakan tersebut yang konsepnya menyerupai perarakan kenderaan semasa Kemahkotaan Almarhum Sultan Ismail pada 1960.
  • Pelbagai acara lain turut diadakan antaranya pameran yang dikendalikan Arkib Negara Cawangan Johor di Pusat Konvensyen Persada di Johor Baharu serta daerah-daerah lain untuk memberi peluang kepada rakyat mengenali Kesultananan Johor dengan lebih dekat lagi.
  • Persembahan kebudayaan di Dataran Majlis Bandaraya Johor Baharu akan diadakan mulai 23 hingga 28 Mac setiap malam pada jam  20:00 hrs (8 malam). DYMM Sultan Johor dijadualkan berangkat hadir menyaksikan acara kemuncak persembahan kebudayaan yang bertemakan 'Payung Mahkota, Raja dan Rakyat Berpisah Tiada' pada 28 Mac 2015.

Sumber : Bernama / MBS

No comments: