Wednesday, March 4, 2015

Pengiran Aminan Dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged Paratrooper ATM




04 Mac 2015, Rabu :-

Tahniah diucapkan kepada Brigadier Jen Pengiran Datuk Paduka Aminan Pengiran Mahmud, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) kerana dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged Paratrooper Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Panglima Tentera Darat Malaysia Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor telah menyempurnakan penganugerahan ini yang berlangsung di dataran Kementerian Pertahanan Malaysia di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. Penganugerahan beret dan sayap yang menjadi kebanggaan 10 Briged Para ini merupakan penghormatan dan pengiktirafan briged berkenaan kepada individu, pemimpin tertinggi tentera atau kerajaan sama ada di dalam atau luar negara.

Brigadier Jen Pengiran Datuk Paduka Aminan berada di Malaysia untuk lawatan rasmi bagi mengukuhkan hubungan kerjasama ketenteraan yang sedia terjalin antara TDDB dan ATM. Pada hari ini juga, beliau telah membuat kunjungan hormat kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain di Kementeraian Pertahanan Malaysia

Sumber : Bernama

No comments: