Monday, January 5, 2015

Istiadat Pemahkotaan Sultan Johor ke-5 Pada 23 Mac 2015



05 Jan 2015, Isnin :-

Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Dato' Abdul Rahim Ramli  dalam kenyataannya pada hari ini memaklumkan bahawa Istiadat Pemahkotaan Sultan Johor ke-5, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar akan berlangsung pada 23 Mac 2015. Tuanku Sultan Johor juga turut berkenan mengurniakan gelaran Permaisuri Johor kepada suri baginda, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah. 

Geleran Permaisuri Johor merupakan gelaran yang pertama kali digunakan dalam sejarah Kesultanan Johor untuk suri kepada raja pemerintah Johor yang sebelum ini menggunakan gelaran Sultanah, Tunku Ampuan, Enche' Besar, Enche' Puan, Enche', Tunku Puan dan Ungku Puan.

Menurut Dato' Abdul Rahim Ramli, sekurang-kurangnya sembilan istiadat permahkotaan akan diadakan bermula 16 Mac 2015 dan sambutan perayaan dijangka berlanjutan selama tiga bulan.

Sumber : Bernama/Utusan Online/Sejarah Adat Istiadat Diraja Johor .

No comments: