Wednesday, July 9, 2014

Yang Amat Mulia Tengku Hajah Azam binti Tengku Omar Mangkat


09 Julai 2014, Rabu :-

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.  Dukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Mulia Tengku Hajah Azam binti Tengku Omar telah mangkat awal pagi tadi lebih kurang jam 06:35hrs di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur dalam usia 92 tahun. Allahyarhamah  YAM Tengku Hajah Azam diputerikan pada tahun 1922 di Pekan, Pahang dan merupakan cucunda kepada Sultan Pahang 1. Ayahanda Allahyarhamah adalah YAM Tengku Setia Raja Tengku Omar ibni  Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah.

Allahyarhamah  YAM Tengku Hajah Azam merupakan sepupu dan juga salah seorang isteri kepada Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah iaitu ayahanda kepada Sultan Pahang sekarang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah. Allahyarhamah YAM Tengku Hajah Azam adalah Bonda Tiri kepada Tuanku Ahmad Shah dan juga Nenda Saudara kepada Sultan Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Nenda Tuanku Mizan, Allahyarhamah Tengku Tengah Zaharah adalah kekanda kepada Allahyarhamah YAM Tengku Hajah Azam .

Jenazah akan dimakamkan di Makam Diraja Pekan Lama, Pekan, Pahang selepas Solat Asar hari ini.

Sembah Takziah kepada keluarga Diraja Pahang diatas kemangkatan Allahyarhamah YAM Tengku Hajah Azam binti Tengku Omar.  Al-Fatihah ................


Semuga Rohnya Allahyarhamah YAM Tengku Hajah Azam binti Tengku Omar ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan bermal solleh.  Amien.

Sumber :- KuNain

No comments: