Saturday, June 7, 2014

Tuanku Abdul Halim Kurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2014 Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV


Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) daripada Tuanku Abdul Halim.

07 Jun 2014, Sabtu :-

Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2014 sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV. Majlis yang diadakan di Istana Negara itu turut dihadiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Pada Hari pertama Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2014 pada hari ini, Tuanku Abdul Halim telah berkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) dan   Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) kepada  38 orang penerima .

Senarai penerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri adalah :-
  1. Pengerusi Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis 
  2. Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek 
  3. Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat
  4. Bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha
  5. Pengerusi Bloomberg TV Malaysia, Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi
  6. Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung
  7. Bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen
  8. Bekas Menteri Besar Johor yang juga Pengerusi Sime Darby Berhad, Datuk Abdul Ghani Othman
  9. Timbalan Ketua Polis Negara,  Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin
  10. Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Seri M. Kayveas
  11. Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Hasan Lah
  12. Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Zaleha Zahari
  13. Peguam Cara Negara Jabatan Peguam Negara, Datuk Seri Idrus Harun
  14. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr Madinah Mohamad
  15. Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor
  16. Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Paduka Ismee Ismail
  17. Ahli Lembaga Penasihat Mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi kepada Setiausaha Agung dan Ketua-ketua Eksekutif Agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Prof Emeritus Datuk Seri Dr Zakri Abdul Hamid
  18. Pengerusi Pavilion Real-Estate Investment Trust (PREIT) Malaysia, Datuk Lim Siew Choon
  19. Timbalan Pengerusi Eksekutif Sunway Group, Datuk Seri Razman Md Hashim Che Din Md Hashim
  20. Pengerusi Eksekutif Express Rail Link Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Mohd Nadzmi Mohd Salleh
  21. Pengarah Urusan Kumpulan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), Datuk Mohamad Salim Fateh Din
  22. Presiden Management & Science University (MSU), Prof Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid

Senarai penerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk adalah :-
  1. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said
  2. Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi
  3. Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia, Prof Ir Dr Wahid Omar
  4. Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Azimah Omar 
  5. Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad
  6. Ketua Wanita Umno Bahagian Kemaman, Senator Rahmani@Rohani Abdullah
  7. Anggota Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Senator Lihan Jok
  8. Ketua Eksekutif Midas, Kementerian Pertahanan, Left Jen Datuk Dr William Rangit Stevenson
  9. Bekas Ketua Pengarah Pos Malaysia, M. Rajasingam
  10. Ketua Eksekutif Amanie Advisors Sdn Bhd, Dr Mohd Daud Bakar
  11. Ketua Pegawai Eksekutif The Lotus Groups of Companies, R. Doraisingam
  12. Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Berlian Sdn Bhd, Rosman Hasan
  13. Pengerusi Capital Market Compensation Fund Corporation, Datuk Dr Nik Norzul Thani Nik Hassan Thani
  14. Ketua Eksekutif Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd, Ir Zainudin A Kadir
  15. Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM), Datuk Teo Eng Tee@Teo Kok Chee 
  16. Pengerusi Tetap Persidangan United Pasok Momogun Kadazan Dusun (UPKO),  Michael S Malanjun (Sitom)
Tahniah diucapkan kepada semua penerima PSM dan PJN pada hari ini daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV.

Sumber :- Bernama

No comments: