Thursday, June 12, 2014

Tuanku Abdul Halim Dan Tuanku Hajah Haminah Hadiri Forum Perdana Diraja


12Jun 2014, Khamis :- 

Malam ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan menghadiri Forum Perdana Diraja sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV. Forum Perdana Diraja ini diadakan di Dewan Santapan Istana Negara dengan tajuk Inspirasi Amirul Mukminin.  Turut serta dalam forum Perdana Diraja ini adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato'  Seri Jamil Khir Baharom.  Forum Perdana Diraja ini disiarkan secara langsung sekarang melalui TV1.

Sumber :- RTM / TV1

No comments: