Saturday, June 7, 2014

Infanta Leonor of Spain Bakal Pewaris Tahta Spanyol


Infanta Leonor of Spain bersama Ayahanda dan Nendanya.

07 Jun 2014, Sabtu :-

Anak perempuan kecil ini adalah Infanta Leonor of Spain (Leonor de Todos los Santos de Borbón y Ortiz) yang merupakan anakanda sulong kepada His Royal Highness The Prince of Asturias, Prince Felipe de Borbon. Prince Felipe dan pasangannya Princess Letizia buat masa ini hanya mempunyai dua orang anak perempuan sahaja. Pada 02 Jun 2014 lepas, nenda beliau His Majesty The King Juan Carlos of Spain telah membuat pengumuman rasmi untuk turun dari tahta bagi memberi laluan kepada ayahandanya, Prince Felipe sebagai Raja yang baru. Apabila ayahanda beliau ditabalkan sebagai Raja Spanyol yang baru pada 18 Jun 2014 nanti, Princess Leonor  sebagai anak sulong kepada Prince Felipe dan tiada saudara lelaki, maka beliau akan dianggap sebagai bakal Raja dan akan diberikan gelaran The Princess of Asturias dan seterusnya Queen of Spain. Walau bagaimanapun, mengikut Perlembagaan Spanyol jika dimasa hadapan Raja mempunyai anak lelaki maka gelaran bakal Raja akan diberikan kepada putera berkenaan.

Princess Leonor diputerikan pada 31 Oktober 2005 dan sekarang berusia 8 tahun merupakan bakal Raja termuda di Eropah.  Pemasyuharan Princess Leonor sebagai The Princess of Asturias hanya akan dilakukan apabila beliau cukup umur dan akan mengangkat sumpah di Parlimen, barulah beliau akan menjalankan tugas-tugas rasmi seperti yang dilakukan oleh Ayahandanya sebelum ini sebagai Putera Mahkota. Buat masa ini beliau belajar di Santa Maria de los Rosales school semenjak 2008. Princess Leonor juga belajar Bahasa Inggeris dan Cina iaitu bahasa yang selalu digunakannya untuk berkomunikasi dengan pengasuhnya.  Dimasa akan datang Princess Leonor akan diberikan pendedahan dalam bidang pentadbiran dan ketenteraan sebagai persedian untuk menjadi Ketua Negara.  Walau bagaimanapun ianya masih jauh lagi dan diharap segalanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Sumber :- Wikipedia/Hello Daily News

No comments: