Wednesday, May 28, 2014

Tuanku Azlan Shah Mangkat


28 May 2014, Rabu :-


Al-Fatihah





Dukacita Dimaklumkan Bahawa Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah telah Mangkat sebentar tadi jam 13:30hrs di Institut Jantung Negara dalam usia 86 tahun. Baginda mangkat disisi Isteri tersayang, Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun dan Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah serta anakanda-anakanda Almarhum yang lainnya.

Pengumuman Rasmi telah dibuat oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir melalui RTM. Esok diistiharkan sebagai cuti umum bagi negeri Perak sempena permakaman Almarhum Tuanku Azlan. Bendera negeri Perak akan dikibarkan separuh tiang sepanjang tempoh berkabung selama 100 hari bermula hari ini manakala bendera Malaysia dikibar separuh tiang selama tujuh hari bermula hari ini. Semua hiburan dan keraian ditanggguhkan dalam tempoh tujuh hari.

Esok Jenazah Almarhum akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah bagi maksud penghormatan terakhir pada sebelah pagi jam 09:00hrs untuk para pembesar negeri dan orang kenamaan manakala untuk orang ramai bermula jam 11:00hrs hingga 14:00hrs.  Bagi Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan & Raja-Raja serta pembesar negara asing akan bermula jam 14:00hrs hingga 15:00hrs.  Istiadat Permakaman akan dijalankan selepas Solat Asar di Makam Diraja Kuala Kangsar pada 29 May 2014 bersamaan 29 Rejab 1435H.

Semuga Rohnya Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien.



Sumber :- Istana Iskandariah / Bernama / malaysiakini

No comments: