Thursday, May 29, 2014

Keranda Almarhum Tuanku Azlan Shah Diletakkan Di Balairong Seri Istana Iskandariah Untuk Istiadat Penghormatan Terakhir




29 May 2014, Khamis :-


inilah dia keranda Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah yang diletakkan di Balairong Seri Istana Iskandariah untuk Istiadat Penghormatan Terakhir. Keranda Jenazah Almarhum Tuanku Azlan Shah yang ditutup dengan kain songket bewarna kuning telah dibawa masuk ke Balairong Seri Istana Iskandariah oleh lapan pegawai daripada pasukan Polis Diraja Malaysia dan ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia.  Keranda Jenazah Almarhum Almarhum Tuanku Azlan Shah kemudiannya diletakkan dihadapan singahsana  di atas peterana tiga anak tangga berwarna kuning diraja. Kain Putih dengan lambang diraja negeri Perak diletakkan diatas keranda Almarhum Sultan Azlan Shah.

11 pegawai daripada pasukan keselamatan kemudiannya membawa masuk darjah-darjah kebesaran Almarhum dan diletakkan di atas bantal bewarna kuning diraja yang mengelilingi keranda Almarhum Tuanku Azlan Shah.  36 jejawat yang membawa payung kebesaran diraja kemudiannya mengambil tempat berarak masuk ke Balairong Seri. Bacaan al-Quran berkumandang diudara setiap masa dibacakan oleh beberapa kumpulan termasuk pelajar tahfiz, anggota kariah beberapa buah masjid dan Jabatan Agama Islam Perak.

Terdahulu Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Bainun binti Mohd. Ali, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim serta kerabat diraja berangkat masuk ke Balairong Seri Istana Iskandariah.

Sumber :- Sinarharian.com / Adely

No comments: