Saturday, January 11, 2014

Tuanku Abdul Halim Sempurnakan Majlis Konvokesyen KUIN Ke-15


11 Januari 2014, Sabtu :- 

Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenaan mencemar duli menyempurnakan majlis Istiadat Konvokesyen Kolej Universiti Insaniah atau lebih dikenali sebagai KUIN.  Istiadat Konvokesyen kali ke-15 ini diadakan di Kampus Induk KUIN di Kuala Ketil.


Kelihatan Tuanku Abdul Halim berkenan menyampaikan sijil Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (Kewangan dan Perbankan Islam) dan Anugerah Jaizah Imtiyaz Sultanah Bahiyah kepada seorang graduan kurang upaya, Muhammad Ashraf Anuar. Muhammad Ashraf Anuar telah dapat membuktikan bahawa beliau mampu bersaing dengan pelajar lain dan berjaya dengan cemerlang walaupun keadaan fizikal beliau tidak sempurna seperti orang lain.

Sumber :- Bernama

1 comment:

Unknown said...

salam, encik, saya Ashraf anuar.. boleh dak saya nak dapatkan semua gmbaq yang ada dalam kamera encik ini? enck boleh sms saya 0126959615 ...hhuhuhu