Sunday, January 19, 2014

Selamat Hari Lahir Raja Ahmad Alauddin



19 Januari 2014, Ahad :-

Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir kepada Pengarah Drama Bersiri Ariana Ross yang sedang meletop sekarang ini di slot Akasia TV 3 iaitu Raja Ahmad Alauddin semuga Abang Udean dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik serta dimurahkan rezeki  terutamanya dalam bidang Industri Hiburan tanah air. Amin.

Kelihatan Abang Udean memotong kek sempena sambutan hari lahir beliau malam tadi di rumah Ayahanda saudaranya  Tengku Aris Temenggong Selangor, Yang Amat Mulia Tengku Dato' Setia Muhamad Yusof Shah Ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah.  Sebelum itu beliau menghadiri majlis Tahlil bondanya Allahyarhamah  Yang Amat Mulia Tengku Khaladiah binti Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah di Masjid Diraja Istana Alam Shah, Klang, Selangor.

No comments: