Sunday, March 31, 2013

Sultan Abu Bakar Sempat Bersama Cucunda Bakal Pewaris Tahta Selama Sembilan Bulan Sahaja

31 Mac 2013, Ahad :-

Tahukah anda bahawa pada penghujung tahun 1892, Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim, Sultan Johor pertama era moden berasa amat dukacita kerana cucunda sulung bakal pewaris tahta yang dinanti-nantikan kelahirannya selama ini telah mangkat tidak berapa lama selepas diputerakan. Walau bagaimanapun kedukaan baginda terubat apabila menantu baginda Ungku Maimunah iaitu isteri kepada Tunku Ibrahim melahirkan seorang putera pada 08 Mei 1894 dan diberi nama Tunku Ismail yang menjadi bakal pewaris tahta dan kemudiannya bergelar Sultan Ismail. Sultan Abu Bakar sempat bersama cucunda baginda selama sembilan bulan sahaja  kerana pada Mac 1895 baginda telah gering (sakit) dan belayar ke England untuk mendapatkan rawatan perubatan dan mangkat di England pada 04 Jun 1895.

Al-Fatihah ........... Semuga Roh Almarhum Sultan Abu Bakar dan Almarhum Sultan Ismail ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin.

Sumber :- Kesultanan Johor

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Meletakkan Batu Asas Bangunan Hotel Genting

31 Mac 2013, Ahad :-

Cakap sahaja pasal Genting Highland semua orang mesti tahukan? terutamanya apabila tiba musim cuti sekolah/cuti umum ianya menjadi pilihan utama untuk bercuti dan menikmati udara sejuk seperti berada di negara "orang putih". Hehehehe............ Tahukah anda pada hari ini dalam tahun 1969, Perdana Menteri Pertama Malaysia, Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah meletakkan batu asas bangunan Hotel Genting.  Turu hadir dalam majlis perletakan batu asas  bangunan Hotel Genting adalah Tun V.T. Sambanthan, Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom serta Pengerusi Syarikat Genting Highland Berhad, Tan Sri Mohamed Noah (datuk kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak disebelah bondanya). Dalam ucapannya Almarhum Tunku Abdul Rahman mengucapkan terima kasih kerana ada syarikat persendirian yang sudi membantu kerajaan memajukan pusat peranginan ini dan berharap Genting Highland  akan menjadi pilihan utama pelancung untuk dikunjungi. 

Harapan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah dapat direalisasikan apabila Genting Highland begitu pesat membangun sekarang dan menjadi tumpuan warga Malaysia dan pelancung untuk dikunjungi.  Genting Highland atau Tanah Tinggi Genting merupakan puncak gunung yang terletak dalam Banjaran Titiwangsa di Semenangung Malaysia yang merentasi sempadan Negeri Pahang dan Selangor dengan ketinggian 2000 meter di atas paras laut dengan suhu tidak melebihi 25°C dan sering menjunam ke bawah hingga 14°C secara tahunan. Hutan di Genting Highland berusia 100 juta tahun.  Disini terdapat satu-satunya kasino yang diniagakan secara sah di Malaysia dan orang-orang Islam tidak dibenarkan masuk. Genting Highland menyediakan kemudahan tempat tinggal yang selesa kepada pengunjung seperti Hotel Genting, Highland Resort Hotel, Resorts Hotel, Theme Park Hotel, Awana Genting dan First World Hotel.  First Worl Hotel merupakan hotel terbesar didunia  dengan menyediakan 6,118 buah bilik dengan harga yang berpatutan.  Selain daripada itu terdapat juga taman tema, padang golf, pusat beli-belah, simulator terjun langit, dewan konsert dan pelbagai kemudahan lain.

Pelbagai majlis anugerah/ konsert telah diadakan di Arena of Star, Genting Highland bukan sahaja dari dalam negeri tetapi juga dari luar negara seperti Bollywood Oscar - Zee Cine Awards 2007 (India) ,Lux Style Awards (Pakistan), konsert Black Eye Peas,The Pussycat Dolls, Cyndi Wang, Olivia Newton Jhon dan lain-lain. Genting Highland juga telah dijadikan sebagai garis penamat  pertandingan lumba basikal Tour de Langkawi dan menjadi salah satu acara mendaki paling panjang dalam sejarah sukan lumba basikal iaitu sejauh 30km.

Sumber :- Arkib Negara / Wikipedia

Saturday, March 30, 2013

Hari Ini Genap Setahun Pemergian Allahyarham Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah

30 Mac 2013, Sabtu :-

Al-Fatihah............ Hari ini genaplah setahun pemergian putera bongsu kepada Sultan Perak, Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan, Allahyarham Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.  Semuga Rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.

Entry Syah berhubung kemangkatan Allahyarham :-





Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah Menghadiri Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Antara Sekolah-Sekolah Menengah & Maktab-Maktab Senegara Kali Ke-20

30 Mac 2013, Sabtu :-

Hari ini Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah binti KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah telah berkenan menghadiri pertandingan peringkat akhir Koir lagu-lagu patriotik antara sekolah-sekolah menengah dan maktab-maktab senegara kali ke-20 sempena ulang tahun hari kebangsaan negara Brunei Darussalam yang ke-29 bagi tahun 2013.  Turut mengiringi Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah S'adatul Bolkiah adalah suami beliau,Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim bin Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaludin Al-Haj. Turut serta hadir sebagai tetamu kehormat dalam majlis ini adalah Awang Haji Suhaila binHaji Abdul Karim,Timbalan  Setiausaha Tetap Pendidikan Teras, Kementerian Pendidikan Brunei.

Juara pertandingan digondol oleh Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Naib juara pula dari Sekolah Maktab Sultan Omar 'Ali Saifuddien manakala tempat ketiga dimenangi oleh Sekolah Maktab Sains Paduka Seri Bagawan Sultan.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei

Friday, March 29, 2013

Raja Perlis Menerima Mengadap Duta Besar Korea Selatan Ke Malaysia

29 Mac 2013, Jumaat :- 

Malam tadi Raja Negeri Perlis,  Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah berkenan menerima mengadap Lee Yong-Joon, Duta Besar Korea Selatan ke Malaysia. Turut serta dalam majlis mengadap yang diadakan di Istana Arau, Perlis adalah Raja Perempuan Perlis DYMM Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid ; Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan  Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Sumber :- Bernama

Al-Sultan Kelantan Diminta Campurtangan Dalam Isu Penyelewengan Tanah Di Kelantan

29 Mac 2013, Jumaat :-

Pagi semalam lebih kurang jam 10:00hrs,  kira-kira 5,000 rakyat negeri Kelantan berhimpun diperkarangan Istana Balai Besar, Kota Baharu, Kelantan untuk menyampaikan memorandum bantahan berhubung isu penyelewengan tanah oleh kerajaan PAS kepada Al-Sultan Kelantan,  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V. Memorandum setebal 315 muka surat yang meminta KDYMM Sultan Muhammad V campur tangan dalam menyelesaikan isu tersebut diserahkan kepada wakil Al-Sultan Kelantan, Pegawai Tadbir Istana, Zairi Abdullah.

Perhimpunan ini diketuai oleh pertubuhan bukan kerajaan, Majlis Tindakan Rakyat Kelantan atau MTRK.  Presiden MTRK, Azmi Ali dalam kenyataannya semalam memaklumkan bahawa memorandum itu mengandungi maklumat mengenai senarai syarikat luar yang menerima konsesi, peta kawasan, pendeposit yang meneroka tanah, resit dan hasil kajian Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengenai kemusnahan tanah. Tambah beliau lagi, penyerahan memorandum ini kepada Al-Sultan Kelantan adalah langkah terakhir setelah rayuan yang dibuat kepada kerajaan negeri sebelum ini tidak mendapat maklumbalas positif.

Sumber :- Kosmo / Berita TV3

Thursday, March 28, 2013

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah Menyaksikan Pameran LIMA

28 Mac 2013, Khamis :-

Pagi tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan menyaksikan Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA) di Pulau Langkawi, Kedah.  KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Raja Permaisuri Agong berangkat tiba ke  Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri jam10:45hrs dan disambut oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seridr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut serta adalah Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Dr Ismail Ahmad.  KDYMM Seri Paduka Baginda berdua berkenan melawat pameran yang diadakan serta menyaksikan persembahan udara oleh para peserta LIMA seperti The Smokey Bandits daripada Tentera Udara Diraja Malaysia, Tim Aerobatik 1 Malaysia Krisakti dan The  Russian Night dari Rusia. Turut serta berangkat menyaksikan persembahan udara ini adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah  dan Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Raja Permaisuri Agong berangkat pulang meninggalkan pusat pameran pada jam 14:45hrs.

Sumber :- Bernama

Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim Rasmikan Persembahan 'The Circus Fireman and The Tricks Ponies'

28 Mac 2013, Khamis :-

Semalam anakanda sulung kepada DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Brunei, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah  telah berkenan merasmikan 'The Circus Fireman and The Tricks Ponies'  di Stadium Tertutup, Komplek Sukan Negara Hassanal Bolkiah di Barakas. Sebelum memulakan persembahan, Pengiran Muda 'Abdul Muntakim telah diperkenalkan dengan enam ahli pemain sarkas akrobatik komedi itu. Persembahan sarkas akrobatik komedi dari Australia ini berada di Negara Brunei untuk melakukan persembahan mulai semalam hingga 02 April 2013 dan dianjurkan oleh Syarikat Pengurusan Perkhidmatan Acara dan Media Forevershine dengan kerjasama Rakan Tiga Media Sendirian Berhad dengan sokongan dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei / Pelitabrunei 

Wednesday, March 27, 2013

Sultan Brunei Diraikan Dalam Majlis Santapan Negara Di New Zealand

27 Mac 2013, Rabu :-

Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang kini berada di New Zealand untuk lawatan rasmi negara telah diraikan dalam satu Majlis Santapan Negara yang diadakan di Government House, Wellington.  Keberangkatan tiba KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei disambut oleh Gabenor Jeneral New Zealand, Leftenan Jeneral The Right Honorable Sir Jerry Mateparae dan isteri Lady Janine Mateparae.

Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Pendidikan, Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong ; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua),  Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng ; Grand Chamberlain, YAM Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar ; Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam yang tidak menetap ke New Zealand, Datin Paduka Tan Bee Yong dan Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri serta pegawai-pegawai kanan kerajaan yang lain.

Hubungan New Zealand dan Brunei bermula semenjak 29 tahun yang lalu dan telah menjalankan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan, pendidikan dan pertahanan.

Sumber :- Pelita Brunei

Tuesday, March 26, 2013

Pengiran 'Abdul 'Azim Hadiri Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2013 Brunei Darussalam

26 Mac 2013, Selasa :-

Hari ini Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah telah berkenan menghadiri Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2013 Brunei Darussalam.  Majlis diadakan di Dewan DiGadong KKBS (Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan) yang terletak di Bandar Seri Bagawan.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei

Monday, March 25, 2013

Anggota Dewan Diraja Selangor Meninggal Dunia

25.03.2013, Isnin :- 

Hari ini Sultan Selangor Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah berkenan menghadiri majlis pengkebumian Anggota Dewan Diraja Selangor, Allahyarham Dato' Seri Maharaja Diraja Tan Sri Dr Abdul Majid Ismail di Makam Diraja Shah Alam, Shah Alam, Selangor. Allahyarham yang berusia 92 tahun meninggal dunia dikediamannya petang semalam di Taman Duta, Kuala Lumpur kerana sakit tua. Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Negeri Selangor, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor untuk disolatkan sebelum dibawa ke Makam Diraja untuk dikebumikan jam 11:15hrs tadi.  Turut mengiringi baginda Sultan Selangor adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Allahyarham merupakan bekas Ketua Pengarah Kesihatan dan pernah berkhidmat sebagai doktor peribadi Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj sekitar tahun 1970an.  Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Sri Khairany Mahyuddin dan seorang anak lelaki serta dua anak perempuan. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham dan semuga kalian tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah.......... Semuga rohnya Allahyarham Dato' Seri Maharaja Diraja Tan Sri Dr Abdul Majid Ismail ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.

Sumber:- Bernama  

Sultan Johor Rasmikan Perumahan Generasi Kedua Felda Sungai Sayong

25 Mac 2013, Isnin :-

Semalam Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Perasmian Perumahan Generasi Kedua Felda Sungai Sayong, Kota Tinggi Johor. Datuk Idris Harun, Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad dalam kenyatannya semalam memaklumkan bahawa bagi pembinaan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia generasi kedua kawasan Parlimen Tenggara ini  melitupi pembinaan di empat Felada iaitu Felda Sungai Sayong, Felda Bukit Ramun, Felda Bukit Besar dan Felda Pasir Raja. Menurut beliau lagi setakat ini sebanyak 19,899 Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia dibawah SPNB telah siap dibina diseluruh negara.

Menurut beliau lagi, sebanyak 499 rumah mesra rakyat 1Malaysia generasi kedua Felda akan dibina dibawah SPNB dan melibatkan kos sebanyak RM25 juta dengan setiap unit rumah berharga RM65,000.00. Bagi Felda Sungai Sayong sahaja sebanyak 40 rumah telah berjaya disiapkan manakala 139 lagi sedang dalam pembinaan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana telah meluluskan peruntukan khas sebanyak RM2.6juta untuk kemudahan air dan kementerian terlibat yang telah memberi infrastruktur seperti jalan raya yang akan menjadi kemudahan buat generasi kedua Felda.  Kata belia lagi "INILAH JANJI KERAJAAN, JANJI DITEPATI"

Sumber :- Bernama / Sinar / Kesultanan Johor

Sultan Brunei Melawat New Zealand

25 Mac 2013, Isnin :-

Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berangkat ke Wellington, New Zealand untuk lawatan rasmi negara.  Doa selamat telah dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned sebelum KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan berangkat dari Istana Nurul Iman ke Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba.

Manakala keberangkatan tiba KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei hari ini di Military Terminal, Wellington International Airport disambut oleh Menteri Dalam Negeri New Zealand, Chris Tremain ; Deputy Mayor of Wellington, Ian McKinnon dan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand yang tidak menetap di Negara Brunei Darussalam, David Pine.  KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei kemudiannya berkenan berangkat ke Majlis Bersama Pelajar-Pelajar dan Rakyat Brunei di New Zealand.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei / Pelitabrunei

Sunday, March 24, 2013

Yang di-Pertuan Agong Dan Raja Permaisuri Agong Saksikan Perlumbaan F1


24 Mac 2013, Ahad :-

Petang tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan mencemar duli menyaksikan perlumbaan Grand Prix Formula 1 Petronas Malaysia 2013. Keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda berdua ke Litar sepang pada jam 15:00hrs disambut oleh Pengerusi Sepang International Circuit Sdn Bhd, Datuk Mokhzani Tun Dr. Mahathir. Turut serta menyaksikan perlumbaan Formula 1 adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri Datin Seri Rosmah Mansur dan  Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr.Siti Hasmah Mohd Ali. Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyampaikan hadiah kepada Sabastian Vettel dari pasukan Infiniti Red Bull Racing yang menjuarai perlumbaan Formula 1 kali ini.

Sumber :- Bernama

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei Menerima Mengadap Deligasi ASCC

24 Mac 2013, Ahad :-

Petang semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menerima mengadap sembilan ketua Delegasi dari negara anggota ASEAN yang menghadiri Mesyuarat Majlis Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC) kali Ke-9 yang berlangsung di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan.  Turut serta mengadap KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan  Brunei adalah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei, Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah ; Setiausaha Agung ASEAN, Le Luong Minh ; Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei, Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman serta Setiausaha-Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sumber :- Pelitabrunei

Raja Isteri Menerima Mengadap Vongsone Khattiva Vongdara

24 Mac 2013, Ahad :-

Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam telah berkenan menerima mengadap Vongsone Khattiva Vongdara, isteri Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Republik Demokratik Rakyat Loas di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan. Vongsone Khattiva Vongdara berada di Negara Brunei Darussalam kerana mengiringi suami beliau yang menghadiri Mesyuarat ASEAN Socio-Culture Community (ASCC) Council Kali Ke-9.  Turut serta mengadap KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri adalah  isteri Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei, Datin Dayang Hajah Rosnah binti Pehin Datu Indera Sugara Dato Seri Laila Jasa Haji Johari.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei / Pelitabrunei 

Saturday, March 23, 2013

Siam Sahkan Perlantikan Sultan Abdul Hamid Halim Shah Sebagai Sultan Kedah

23 Mac 2013, Sabtu :-

Hari ini 23 Mac dalam tahun 1882, Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Hamid Halim Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukaram Shah telah disahkan perlantikan baginda sebagai pemerintah Kedah oleh Kerajaan Siam. Pengesahan ini mengambil masa selama 5 tahun kerana terdapatnya perselisihan faham dan perebutan kuasa  di Kedah.  Perbalahan berlaku apabila Tengku (Tunku) Kudin atau Tunku  Dhiauddin ibni Almarhum Sultan Zainal Rashid yang cuba menaikkan menantu beliau, Tunku Kassim sebagai Sultan Kedah dengan mengenepikan Raja Muda Tunku Abdul Hamid. Cadangan ini telah ditentang oleh Tunku Yaakob, Wan Muhammad Saman dan Wan Hajar yang menyokong Tunku Abdul Hamid untuk ditabalkan sebagai Sultan Kedah.

Tujuan utama Tunku Kudin mahu melantik menantunya sebagai Sultan Kedah adalah untuk memudahkan proses perlantikan beliau untuk menjadi Sultan Kedah satu hari nanti. Sebenarnya Tunku Kudin pernah dilantik sebagai Raja Muda Kedah pada September 1859 semasa pemerintahan kekandanya DYMM Sultan Ahmad Tajuddin III.  Walau bagaimanapun, beliau yang merupakan menantu kepada Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Samad ibni Almarhum Raja Abdullah telah dilucutkan daripada jawatan Raja Muda Kedah pada tahun 1873 atas alasan terlibat dalam Perang Saudara yang berlaku di Selangor. 

Dengan perlantikan Tunku Abdul Hamid sebagai Sultan Kedah, krisis perebutan tahta yang boleh mencetuskan perang saudara ini telah dapat diatasi.  Pihak Siam juga telah menolak permintaan Tunku Kudin yang mahukan sebuah daerah untuk diperintah.  Perlantikan DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah sebagai Sultan Kedah pada 1882 ini telah memulakan satu era baru dalam sejarah Kedah dan akhirnya baginda dikenali sebagai Pengasas Kedah Moden. DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah merupakan Ayahanda kepada Bapa Kemerdekaan Negara kita iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.  DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah juga merupakan Nenda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Anda perasan tak suatu perkara berhubung gambar DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah ini. Kebanyakan kedai-kedai atau penjaja di pasar malam umpamanya menyimpan gambar baginda dan bila Syah bertanya kepada beberapa orang mengapa gambar baginda diletakkan di premis perniagaan mereka, mereka maklumkan kepada Syah ianya sebagai  "PELARIS" ............ Wallahualam bissawab.

Sumber :- Arkib Negara /MBS

Princess Caroline Menjadi Nenek Dalam Usia 56 Tahun

23 Mac 2013, Sabtu :-

Semalam, Istana Diraja Monaco dalam kenyataannya memaklumkan bahawa Her Serene Highness The Princess of Hanover, Hereditary Princess of Monaco atau lebih dikenali sebagai Princess Caroline telah menjadi seorang nenek buat pertama kalinya. Menurut pihak Istana, cucunda pertama pewaris tahta Monaco yang berusia 56 tahun ini dilahirkan pada 21 Mac 2013 oleh Tatiana Santo Domigo (28 tahun) yang merupakan tunang kepada anak sulungnya Andrea Casiraghi (29 tahun). Pasangan ini dijangka akan berkahwin pada penghujung tahun ini.  Dibawah perlembagaan Monaco, buat masa ini Casirghi merupakan pewaris kedua tahta selepas bondanya untuk mengantikan bapa saudaranya His Serene Highness The Sovereign Prince of Monaco Prince Albert II sebagai Pemerintah Berdaulat Monaco sehinggalah Prince Albert II memperolehi waris yang sah. Tatiana Santo Domigo pula merupakan anak seorang jutawan dan cucu kepada orang kedua terkaya di Colombia.  Menurut pihak Istana, bayi lelaki berkenaan belum lagi diberi nama.

Sumber :- People / Hello Daily News

Friday, March 22, 2013

Yang di-Pertuan Agong Dan Raja Permaisuri Agong Menghadiri Majlis Santapan Diraja Sempena Peringatan Hari Polis ke-206

22 Mac 2013, Jumaat :- 

Malam ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan menghadiri Majlis Santapan Diraja Sempena Peringatan Hari Polis ke-206.  Turut serta dalam majlis yang diadakan di Pusat Latihan Polis atau PULAPOL di Jalan Semarak, Kuala Lumpur ini  adalah Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz binti Tuanku Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin serta isteri; Menteri dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta isteri dan  Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar serta isteri.

Sumber :- Bernama 

Tidak Boleh Mencerca Yang di-Pertuan Agong Salah Satu Syarat Pembentangan Manifesto PRU-13 Melalui RTM

22 Mac 2013, Jumaat :-

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim  dalam kenyataannya hari ini memaklumkan bahawa parti-parti politik akan dibenarkan untuk membentangkan manifesto mereka menerusi siaran Radio Television Malaysia atau RTM selama 10 minit selepas pembubaran Dewan Rakyat bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Umum ke-13. Diantara syarat-syarat manifesto yang dibentangkan adalah tidak boleh mencerca Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja, mengkeji atau menfitnah orang, mensabitkan perkara berhubung dengan keselamatan negara, memperkecil hak asasi manusia ataupun mereka yang dalam keadaan perlu dibela.  Setiap pembentangan harus dirakam terlebih dahulu dan perlu mengikut peraturan dan syarat yang ditetapkan tertakluk kepada peraturan RTM dibawah kawalan ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah penyiaran serta anggota panelnya.  Tambah beliau lagi peluang yang diberikan kepada parti-parti politik yang bertanding ini adalah sebagai satu penghormatan kepada sistem demokrasi negara dan berharap masa yang diberikan itu cukup untuk mereka mengemukakan skop dan pengisian manifesto  masing-masing.

Sumber :- Bernama 

Thursday, March 21, 2013

Tuanku Zarith Sofiah Hadiri Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Mengarang Buku Bergambar Kanak-Kanak 2012

21 Mac 2013, Khamis :-

Hari ini Isteri Kepada DYMM Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Mengarang Buku Bergambar Kanak-Kanak 2012.  Pertandingan ini bermula pada November 2012 hingga Januari 2013 dan sebanyak 99 karya telah diterima sepanjang pertandingan ini dijalankan.  Tempat pertama dimenangi oleh Jainal Amambing dari Sarawak melalui karyanya 'Ambau' dan membawa pulang RM3,000.00.  Tempat kedua, Nurul Nadiah Mohamad Basiron dari Johor membawa pulang RM2,000.00 melalui karyanya 'Bayang-Bayang' dan tempat ketiga memperolehi RM1,000.00 dimenangi oleh Mohd Norazmi Mohd  Mokhtar melalui karyanya 'Tapir dengan kotak ajaib'. 

Tuanku Zarith Sofiah telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan melawat pameran yang diadakan.  Selain daripada hadiah wang tunai, para pemenang telah diberikan tropi,  sijil penghargaan serta tiket penerbangan dan penginapan ke Pesta Buku Kanak-Kanak di luar negara serta Asian Festival of Children's Content 2013 di Singapura.  Dalam titah baginda, Tuanku Zarith Sofiah menyatakan bahawa usaha berterusan perlu digembeling agar perkembangan sastera kanak-kanak lebih tersusun dari segi penulisan, pengkaryaan dan penerbitannya. Tambah Tuanku lagi, usaha yang murni ini akan lebih bermanfaat sekiranya promosi besar-besaran diadakan bagi memertabatkan sastera kanak-kanak dikalangan masyarakat Malaysia.

Sumber :- Bernama

Tengku Dato' Nurul Kamalia Buka Restoran Pandu Laju McDonnald Di Pekan

21 Mac 2013, Khamis :-

Tahniah diucapkan kepada Tengku Dato' Nurul Kamalia binti Tengku Besar Pahang Tengku Kamil Ismail kerana telah membuka restoran pandu laju McDonnald di Pekan, Pahang. Semalam 20.03.2013 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah  telah berkenan mencemar duli merasmikan restoran yang dimiliki oleh Tengku Dato' Nurul Kamalia yang juga merupakan cucunda baginda.  Turut serta dalam majlis perasmian ini adalah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

Tengku Dato' Nurul Kamalia merupakan cucunda sulung Sultan Pahang dan anakanda kepada Tengku Puteri Lela Wangsa Tengku Tan Sri Hajjah Mariam binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan bekas suaminya Tengku Besar Pahang Tengku Kamil Ismail bin Tengku Idris Shah.  Tengku Dato' Nurul Kamalia berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Ahmad Najmi Abdul Razak pada Oktober 2008 di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Sumber :- Bernama / MBS

Wednesday, March 20, 2013

TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas Dilantik Semula Sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

20 Mac 2013, Rabu :-

Tahniah diucapkan kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas kerana dilantik semula untuk penggal kelima sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Perlantikan ini adalah untuk tempoh dua tahun berkuatkuasa mulai 01 Mei 2013 hingga 30 April 2015. Pagi tadi YTY Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas telah menghadiri istiadat pengurniaan surat cara perlantikan Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang di Istana Negara.  Dalam istiadat ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menyerahkan suratcara perlantikan kepada TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas.  Turut serta dalam majlis ini adalah Perdana Menteri Malaysia yang amat kita kasihi iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas berusia 75 tahun dan perlantikan TYT sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut :- 

  • Dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri pada 1hb. Mei 2001 selama tempoh 4 tahun;
  • Dilantik semula pada 1hb Mei 2005 selama tempoh 4 tahun;
  • Dilantik semula pada 1hb Mei 2009 selama tempoh 2 tahun;
  • Dilantik semula pada 1hb Mei 2011 selama tempoh 2 tahun; dan
  • Dilantik semula pada 1hb Mei 2013 selama tempoh 2 tahun (30 April 2015)
Tahniah diucapkan kepada TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas diatas perlantikan ini.

Sumber :- Bernama/ Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Kenderaan PM Dilihat Memasuki Istana Negara Pagi Ini

20 Mac 2013, Rabu :-

Terjumpa gambar diatas didalam  facebook Syah dengan tajuk PM Masuk Istana Negara. Mengikut keterangan pada gambar ini dikatakan kenderaan rasmi Perdana Menteri dilihat memasuki Istana Negara pagi ini seawal jam 07:55hrs. Ada yang beranggapan Parlimen akan dibubarkan, walau bagaimanapun Datuk Seri Najib Tun Razak ke Istana Negara hari ini adalah untuk menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Perlantikan Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang oleh KDYMM Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong.

Mengenai isu pembubaran Parlimen pula, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dalam kenyataannya hari ini memaklumkan "Orang ramai diperingat supaya tidak menyebar maklumat atau berita palsu melalui SMS atau media sosial kerana maklumat sedemikian, jika diangkat di dalam blog contohnya boleh menggangu gugat keselamatan negara, kesejahteraan masyarakat dan merupakan pengaruh buruk terhadap kedudukan ekonomi masa kini." Tambah beliau lagi "jika didapati (terdapat pihak) melanggar undang-undang, mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang sediada".

Mereka yang didapati bersalah mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan berdepan dengan hukuman denda RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang di Istana Negara.

Sumber :- Bernama/ Facebook

Tuanku Hajah Haminah Sertai Golf Terbuka Pro-Am Sempena Kejohanan Golf Terbuka Malaysia Maybank

20 Mac 2013, Rabu :-

Pagi tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan mencemar duli menyertai  Golf terbuka Pro-Am sempena Kejohanan Golf Terbuka Malaysia Maybank 2013 di Kuala Lumpur Golf & Country Club. Tuanku Hajah Haminah telah melakukan pukulan pemula atau "tee off" pada jam 07:45hrs. Turut serta mengiringi Tuanku Hajah Haminah adalah Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil bin Yaakob ; Pengerusi Maybank, Tan Sri Megat Zaharuddin bin Megat Mohd Nor ; Naib Presiden Persatuan Golf Malaysia, Datuk Mohamed Zain Yusof dan Presiden Persatuan Golf Wanita Malaysia (Malaga) Tunku Puteri Datuk Seri Jawahir binti Almarhum Tuanku Jaafar serta pemain no 17 dunia, Charl Schwartzel dari Afrika Selatan.  

Kejohanan Golf Terbuka Malaysia Maybank yang akan bermula esok 21 Mac dan akan berakhir pada 24 Mac ini akan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah AS$2.75 juta (RM8.58 juta).  Antara pemain golf yang akan menyertai kejohanan ini adalah pemain nombor tiga dunia, Luke Donald serta dua pemain tempatan iaitu Shaaban Hussin dan Dania Chia.

Sumber :- Bernama

Monday, March 18, 2013

Sumbangan Peribadi Sultan Johor Kepada Tabung Kebajikan PDRM Disampaikan Oleh Tunku Laksamana Johor

18 Mac 2013, Isnin :-

Hari ini YAM Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim telah mewakili Paduka Ayahandanya untuk menyampaikan sumbangan berjumlah RM100,000.00 kepada  Tabung  Kebajikan PDRM. Sumbangan diserahkan kepada Ketua Polis Johor, Dato' Mohd Mokhtar Mohd Sharif dalam satu majlis yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor. Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berbesar hati memberi sumbangan peribadi berjumlah RM100,000.00 untuk Tabung Kebajikan PDRM bagi membantu keluarga wira-wira negara yang terkorban dalam seranggan penganas Sulu dari Selatan Filipina di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Dalam titahnya, Tunku Abdul Jalil menyatakan bahawa ini adalah satu tanggungjawab walaupun sumbangan ini adalah kecil berbanding pengorbanan yang dicurahkan oleh pasukan keselamatan negara dalam mempertahankan kedaulatan negara. Beliau bertitah "Mereka (anggota terkorban) adalah pewira-pewira negara dan mereka juga adalah sahabat saya.  Jestru, adalah menjadi tanggungjawab untuk membantu keluarga mereka semampu yang saya boleh". Tunku Jalil juga mengucapkan takziah kepada anggota keluarga anggota keselamatan negara yang telah tekorban dan meminta agar seluruh rakyat Johor berdoa supaya anggota keselamatan yang sedang bertugas di Sabah mendapat perlindungan daripada Allah S.W.T.

Tunku Abdul Jalil yang juga merupakan seorang Inspektor Polis memaklumkan bahawa beliau akan mengurangkan penglibatannya dalam tugas perkhidmatan sebagai pegawai polis secara aktif disebabkan tuntutan tugas istana dan kerja amal semenjak bergelar Tunku Laksamana Johor pada 22 November 2012. Walau bagaimanapun beliau berjanji akan terus memberikan sokongan padu dalam apa jua bentuk bantuan sekiranya diperlukan oleh Polis Diraja Malaysia terutamanya Unit Tindakan Khas.

Sumber :- Bernama

Mendiang HRH Princess Lilian Selamat Disemadikan

18 Mac 2013, Isnin :-

Pada Sabtu lepas bersamaan 16 Mac 2013, Mendiang Her Royal Highness Princss Lilian telah selamat disempurnakan dan telah diberi penghormatan negara mengikut adat istiadat diraja Sweden. Keranda mendiang diletakkan di Gereja Diraja di Istana Diraja Stockholm sebelum dikebumikan di Makam Diraja Sweden yang terletak di Haga. Upacara pengekebumian disempurnakan oleh Chaplain of the Royal Court Parish and Bishop Emeritus Lars-Göran Lönnermark, Priest Nicholas Howe daripada the Anglican Episcopal Church of Stockholm  dan Pastor of the Royal Court Parish Michael Bjerkhagen. Selepas upacara pengekebumian selesai, Raja dan Permaisuri Sweden mengadakan jamuan makan tengahari untuk tetamu jemputan khas di Istana Diraja Stockholm. Mendiang HRH Princess Lilian meninggal dunia dalam usia 97 tahun pada 10 Mac 2013.

Entry Syah terdahulu berhubung kematian HRH Princess Lilian :-
http://tengkusyah.blogspot.com/2013/03/princess-lilian-duchess-of-halland.html

Sumber :- Swedish Royal Cort / Hello Daily News / Reuters

Sunday, March 17, 2013

Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Melancarkan Yayasan Azman Hashin dan Menghadiri Ulang Tahun Perkahwinan Ke-50 Tan Sri Azman Dan Tunku Arishah

17 Mac 2013, Ahad :-

Semalam Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus  Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan mencemar duli menghadiri pelancaran Yayasan Azman Hashim dan ulang tahun perkahwinan ke-50 Pengasas dan Pengerusi Kumpulan AmBank Tan Sri Azman Hashim dan isteri, Tunku Arishah Tunku Maamor.  Turut serta mengiringi Tuanku Muhriz adalah Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri sembilan Tuanku Aishah Rohani bte Almarhum Tengku Besar Mahmud. 

Sempena ulangtahun perkahwinannya, Tan Sri Azman dan isteri telah menyumbang RM1 billion untuk Yayasan Azman Hashim dan Tuanku Muhriz serta Tuanku Aishah telah diberi penghormatan untuk melancarkan secara rasmi  Yayasan Azman Hashim.  Yayasan yang ditubuhkan pada 05 Januari 1991 ini akan mengagihkan dana berkenaan kepada pelbagai program kebajikan dan pembangunan pendidikan di Malaysia. Yayasan Azman Hashim pernah  menyumbang RM42 juta untuk pembangunan pendidikan dibeberapa institusi pengajian tinggi awam diantaranya komplek pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bernilai RM7 juta, membina sebuah bangunan baru bernilai RM25 juta bagi menampung keperluan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya dan RM10 juta untuk membina sebuah bagunan untuk kegiatan sukan di Universiti Sains Malaysia.

Sumber :-Bernama 

Saturday, March 16, 2013

Tuanku Hajah Haminah Rasmikan Prince of Wales Island International School

16 Mac 2013, Sabtu :-

Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan merasmikan  Prince of Wales Island International School di Bandar Baru Air Putih, Balik Pulau, Pulau Pinang.  Sekolah persendirian berasarama yang bercirikan nilai-nilai tradisi Inggeris ini telah dirancang penubuhannya semenjak enam tahun lepas oleh pengasasnya, Datuk Dr Kenny Ong yang juga merupakan Pengarah Eksekutif MTT.  Turut serta dalam majlis ini adalah Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas dan Isteri kepada TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor bt Shariff.

Sekolah ini mula beroperasi pada September 2011 dengan 16 orang guru dan 48 orang  murid. Sekarang sekolah ini mempunyai seramai 36 orang guru dan lebih 200 pelajar dengan pelbagai kemudahan seperti gimnasium, kolam renang, gelanggang tenis dan auditorium akustik. Sekolah ini mengeluarkan sijil-sijil seperti International Certificate of Secondary Education (IGCSE) dan A Leve luntuk para pelajarnya.

Sumber :- Bernama / BH online

Friday, March 15, 2013

Raja Muda Perlis Rasmikan Laman Ilmu

15 Mac 2013, Jumaat :-

Hari ini Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan merasmikan Laman Ilmu dalam Program Titian Kasih Mega 2013 anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra. Program yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Suleiman, Padang Besar, Perlis.  Turut serta mengiringi Tuanku Syed Faizuddin Putra adalah Raja Puan Muda Perlis,Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Dalam majlis ini juga, Tuanku Syed Faizuddin Putra  selaku Yang Dipertua Yayasan Tuanku Syed Putra telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM50,000.00 untuk Dana Pendidikan Negeri Perlis.

Sumber :- Bernama

Thursday, March 14, 2013

Lahad Datu Diceroboh Pengganas Tentera Diraja Kesultanan Sulu


14 Mac 2013, Khamis :-

Syah terjumpa gambar ini di internet dan diantara peneranganya adalah sepeti berikut :-   Yang Maha Mulia Diraja Sri Paduka Maulana Al Sultan Mohamet Jamal Al Alam bin Sri Paduka Al Marhum Sultan Mohamet Fathlon, Sultan Sulu dengan rombongan DiRaja kira-kira tahun 1876. Sultan Sulu telah menyerahkan "untuk selamanya dan berkekalan" semua kawasan dari Sungai Pandasan di pantai Utara-Barat ke seluruh pantai Timur sejauh Sungai Sibuco kepada Baron de Overback dan Alfred Dent.

Syah tak berapa pasti mengenai Kesultanan Sulu ini dan tak pernah ambil tahupun.  Keturunan dari Kesultanan yang telah tidak wujud lagi didunia ini telah membuat tuntutan terhadap Sabah dari dahulu lagi dan kemuncaknya Lahad Datu telah diceroboh oleh Penganas dari Selatan Filipina yang mengelarkan diri mereka sebagai "Tentera Diraja Kesultanan Sulu" pada 09 Februari 2013 yang diketuai oleh Azzimuddie Kiram (individu yang menggunakan gelaran Raja Muda) yang merupakan adik kepada Jamalul Kiram III (individu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu). Insiden ini  telah mengorbankan 10 orang anggota keselamatan negara kita buat masa ini dan sekarang Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia mengadakan Operasi Daulat untuk menumpaskan Penceroboh Durjana dari Selatan Filipina ini. 

Marilah kita bersama-sama berdoa agar pasukan keselamatan negara kita berjaya dalam Operasi Daulat ini dan menumpaskan sepenuhnya penceroboh yang mengelarkan diri mereka sebagai "Tentera Diraja Kesultanan Sulu".

Wednesday, March 13, 2013

Raja Nazrin Hadiri Majlis Konvokesyen ke-18 Peperiksaan Amalan Guaman 2012

13 Mac 2013, Rabu :- 

Hari ini Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan berangkat ke Majlis Konvokesyen ke-18 Peperiksaan Sijil Amalan Guaman 2012 yang berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.  Turut serta mengiringi DYMM Pemangku Raja Perak adalah Pengerusi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang, Tan Sri Abdul Gani Patail.  Dalam majlis konvokesyen ini juga Raja Nazrin Shah telah berkenan menyampaikan Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Tun Hamid Omar kepada Ng Kar Kay (perempuan).

Sumber :- Bernama

Sultan Brunei Mengakhiri Lawatan Rasmi Negara Ke USA

13 Mac 2013, Rabu :-

Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam telah mengakhiri lawatan rasmi negara ke Amerika Syarikat. Keberangkatan pulang KDYMM Paduka Seri Baginda berdua dan rombongan Diraja dari Willard Intercontinental Washington didahului dengan bacaan doa oleh Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, YB Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Juned.  Sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Andrews Air Force Base, KDYMM Seri Paduka Baginda berdua dan rombongan diraja beramah mesra dengan para pegawai dan kakitangan kerajaan Brunei dan keluarga mereka yang berada di Washington D.C. untuk mengucapkan selamat jalan kepada KDYMM Paduka Seri Baginda Berdua dan rombongan diraja.

Manakala ketibaan KDYMM Paduka Seri Baginda berdua dan rombongan diraja ke Lapangan Terbang Andrews Air Force Base disambut oleh Caprica Marshall, Ketua Protokol, US Department of State dan Duta Besar Negara Brunei  Darussalam ke Washington D.C., Dato Paduka Haji Yusof bin Haji Abd Hamid.

Sumber :- Pelitabrunei / Jabatan Penerangan Brunei

Jenazah Dua Wira Negara "Operasi Daulat" Tiba di Kelantan Untuk Disemadikan



13 Mac 2013, Rabu :-

Pagi tadi Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah berbesar hati memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail dan Allahyarham Prebet Ahmad Farhah Roslan di Pengkalan Tentera Udara Malaysia di Subang.  Turut serta adalah Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi, Panglima Angkatan Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zlkifli Zainal Abidin dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Jenazah kemudiannya diterbangkan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Cepa, Kelantan  dengan pesawat C-130 dan tiba jam 09:55hrs tadi dan disambut oleh lebih daripada 3,000 orang. Turut menyambut jenazah adalah Menteri Besar Kelantan, Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat ; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed ; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin ; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Sejurus tiba, jenazah telah dibawa ke hanger untuk diberikan penghoratan terakhir sebelum dibawa dengan van jenazah ke kampung halaman masing-masing untuk dikebumikan.  Allahyarham Ahmad Hurairah dari Kampung Bayu Lalang akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan manakala Allahyarham Ahmad Farhah dari Perumahan Desa Darulnaim II pula akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Tumbuh, Kota Baharu, Kelantan.

Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail meninggal dunia dalam pertempuran dengan Penganas "Tentera Diraja Kesultanan Sulu" di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu manakala Allahyarham Prebet Ahmad Farhah Roslan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di KM 37 Lahad Datu-Tungku ketika menghantar makanan untuk angota keselamatan dalam Operasi Daulat di Lahad Datu. Kedua-duanya meninggal dunia semalam 12.03.2013.

Al-Fatihah kepada Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail dan Allahyarham Prebet Ahmad Farhah Roslan  semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin.

Entry Syah berhubung Pemergian Allahyarham Prebet Ahmad Farhah Roslan. http://tengkusyah.blogspot.com/2013/03/yang-di-pertuan-agong-dan-raja.html

Sumber :- Bernama

Sultan Brunei Santap Tengahari Bersama Presiden Barak H. Obama

13 Mac 2013, Rabu :

Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang berada di Amerika Syarikat untuk lawatan rasmi negara telah berkenan berangkat ke Majlis Santap Tengahari bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack H. Obama.  Majlis diadakan di Oval Office, White House selepas selepas sessi sidang akhbar di Whit House. Dalam titah baginda, Sultan Brunei mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas jalinan persahabatan yang telah lama terjalin diantara kedua negara serta layanan mesra yang diberikan sepanjang lawatan baginda dan rombongan diraja ke USA.  Baginda juga berharap agar kerjasama dialog ASEAN-US akan dapat dipertingkatkan pada masa hadapan. 

Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), YB Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng; Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri (JPM), YB Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar ; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Amerika Syarikat, TYT Dato Paduka Awang Haji Yussof bin Haji Abdul Hamid dan Setiausaha-Setiausaha Tetap di JPM dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Dan Perdagangan ;  Vice President Amerika Syarikat, Joe Biden; Setiausaha Pertahanan, Charles Timothy “Chuck” Hagel dan National Security Advisor, Amerika Syarikat, Thomas Donilon.

Sumber :- Pelitabrunei

Tuesday, March 12, 2013

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Ahmad Hurairah Yang Gugur Dalam Operasi Daulat


12 Mac 2013, Selasa :-

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un ............. Inilah dia Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail yang merupakan Wira Muda Negara kita yang telah gugur dalam Operasi Daulat pagi tadi  dalam pertempuran selama lima jam dengan Pengganas "Tentera Diraja Kesultanan Sulu" di Sungai Nyamuk berhampiran Tanjung Batu, Lahad Datu, Sabah. Pasukan keselamatan kita mendapati terdapat Pengganas  dikawasan berkenaan pada jam 07:45hrs dan telah dapat menjejak mereka pada jam 10:45hrs dan berlaku pertempuran. Tiga orang Pengganas telah terkorban dalam pertempuran ini.   Allahyarham Ahmad Hurairah berusia 24 tahun dan berasal dari Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan dan merupakan anggota Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja yang berpengkalan di Kem Kukusan,Tawau, Sabah.  Jenazah Allahyarham akan diterbangkan ke Kota Baharu, Kelantan jam 04:00hrs pagi esok dan akan disemadikan dikampung halamannya. Gambar kecil diatas pula merupakan bapa kepada Allahyarham , Ismail Hussin (55 tahun) yang menunjukkan SMS terakhir Allahyarham kepada beliau berbunyi:-  "Salam abah, ma doa la orng slmt .....era".

Alfatihah :- 


Takziah Syah ucapkan kepada keluarga Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail. Semuga Roh Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail ditempatkan bersama-sama orang-orang yang  beriman dan beramal soleh. Amin.

Istana Negara dalam kenyataannya hari ini memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almuta'simu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Ahmad Hurairah. Seri Paduka Baginda amat berdukacita atas kehilangan pahlawan  negara itu dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat oleh Allah. Seri Paduka Baginda berharap agar keluarga Allahyarham sentiasa tenang serta tabah menghadapi ujian ini.

Sumber:- Bernama / Azlan Hafiz/ Dunia Lelaki Maskulin 

Putera Mahkota Abu Dhabi Melawat Malaysia



12 Mac 2013, Selasa :-

Putera Mahkota Abu Dhabi, Jeneral Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan kini berada di Malaysia hari ini untuk lawatan rasmi negara.  Keberangkatan tiba Sheikh Zayed ke Bangunan Perdana Putra, Putrajaya telah disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan diberi sambutan rasmi negara.  Majlis didahulu dengan lagu kebangsaan Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang dimainkan oleh Rejimen Askar Melayu Diraja dan kemudiannya Sheikh Zayed berkenan melakukan pemeriksaan kawalan kehormat keatas Rejimen Askar Melayu Diraja.  Sheikh Zayed yang juga merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Emiriyah Arab Bersatu kemudiannya mengadakan perbincangan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dan menyaksikan pemeterian beberapa perjanjian antara Malaysia dan UAE.


Sumber:- Bernama

Timbalan Sultan Brunei Menerima Mengadap Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam

12.03.2013, Selasa :- 

Pagi tadi Timbalan Sultan Brunei, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah telah berkenan menerima mengadap Dato' Abdullah Sani bin Omar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam di Qashr Al-Meezan di Kumbang Pasang, Brunei Muara. Dato' Abdullah Sani bin Omar akan menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei

Monday, March 11, 2013

Princess Lilian, Duchess of Halland Meninggal Dunia Dalam Usia 97 Tahun

11 Mac 2013, Isnin :- 

Semalam Her Royal Highness Princess Lilian, Duchess of Halland telah meninggal dunia dalam usia 97 tahun di Stockholm, Sweden. Beliau menjadi terkenal kerana kisah percintaannya dengan suaminya Mendiang Prince Bertil, Duke of Halland. Princess Lilian dilahirkan sebagai Lillian May Davies di Swansea, South Wales, Britain pada tahun 30 Ogos 1915 dan anak pasangan William John Davies dan Gladys Mary Curran. Beliau merupakan seorang model. Beliau telah mengugurkan satu huruf L dalam ejaan namanya daripada Lillian kepada Lilian apabila menjadi model.

Princess Lillian bertemu dengan Prince Bertil di London pada 1943 dalam satu majlis sempena meraikan hari ulangtahun beliau yang ke 28.  Semenjak daripada pertemuan itu mereka telah saling jatuh cinta walaupun pada masa itu beliau sudah bersuami.  Beliau kemudian menceraikan suaminya,  Walter Ivan Craig yang merupakan seorang pelakun berbangsa Scottish pada tahun 1945.

Pada tahun 1947 kekanda kepada Prince Bertil, Prince Gustaff Adolf, Duke of Vasterbotten yang merupakan pewaris kedua tahta Sweden telah meninggal dunia. Disebabkan anakanda kepada Prince Gustaf  Adolf, Prince Carl Gustaf masih kecil dan berumur satu tahun maka Prince Bertil dilantik sebagai Pewaris Tahta kedua sehingga Prince Carl Gustaf cukup umur. Jika Raja Sweden meninggal dunia maka Prince Carl Gustaff akan menjadi Raja yang baru dan disebabkan beliau masih dibawah umur kemungkinan untuk Prince Bertil akan menjadi Pemanku Raja Sweden. Disebabkan perkara inilah beliau tidak dapat mengahwini kekasihnya yang merupakan "Orang Kebanyakan" bukan dari kerabat diraja.  Jika mereka berkahwinan juga maka perkahwinan ini tidak akan direstu oleh King Gustaf VI Adolf dan Parlimen dimana Prince Bertil akan hilang hak sebagai pewaris tahta dan tidak layak menjadi Pemangku Raja. Sehubungan dengan itu, mereka  telah menjalani hubungan secara rahsia selama 30 tahun dan Princess Lilian menetap di sebuah kediaman peribadi Prince Bertil di Sainte-Maxime di Perancis.

Walau bagaimanapun Prince Bertil tidak pernah menjadi Pemangku Raja kerana Ayahandanya telah dipanjangkan umur sehingga Prince Carl Gustaff meningkat dewasa.  Prince Carl Gustaff akhirnya menjadi Raja Sweden menggantikan datuknya dengan gelaran King Carl XVI Gustaf pada tahun 1973. King Carl XVI Gustaf memerintah Sweden hingga sekarang.  Zaman berubah dan King Carl XVI Gustaf sendiri telah berkahwin dengan "Orang Kebanyakan" iaitu Silvia Sommerlath yang kini bergelar Queen Silvia. Baginda telah memperkenankan perkahwinan Ayahanda Saudaranya maka Prince Bertill dan Princess Lilian akhirnya berkahwin secara rasmi pada 07 Disember 1976 di Gereja dalam Istana Drottningholm dihadapan King Carl XVI Gustaf dan Queen Silvia.  Dengan perkahwinani ini, Princess Lilian merupakan sebahagian daripada Kerabat Diraja Sweden. 

Prince Bertil meninggal dunia pada 05 Januari 1997 disisi Princess Lilian dikediaman mereka di Villa Solbacken, Stockholm. Selepas kematian suaminya sehingga tahun 2010, Princess Lilian masih lagi mewakili kerabat diraja menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan.  Beliau juga menjadi penaung kepada beberapa organisasi disamping menjadi ahli kehormat beberapa buah kelab dan persatuan yang diasaskan oleh Prince Bertil. Dari tahun 1976  beliau telah menghadiri majlis penyampaian Hadiah Nobel setiap tahun tanpa gagal sehingga tahun 2005 dan mengakhiri tradisi ini atas alasan faktor usia dan sudah uzur dalam usia 91 tahun. pada tahun 2000,beliau mengeluarkan buku biografi mengenai kehidupannya bersama Prince Bertil.

Pada tahun 2008 Princess Lilian terjatuh di kediamannya dan telah patah bahagian pinggang. Pada bulan Februari 2009 beliau terjatuh sekali lagi dikediamannya. Pada 03 Jun 2010 pihak Istana memaklumkan bahawa Princess Lilian mengidap Alzheimer dan semenjak dari itu beliau tidak lagi kelihatan di khalayak ramai.  Beliau menetap dikediamannya di Villa Solbacken dibawah jagaan tiga orang jururawat. 

Princess Lilian meninggal dunia pada tengahari Ahad,10 Mac 2013 dalam usia 97 tahun dikediaman beliau. Pihak Istana tidak mengeluarkan kenyataan berhubung sebab-sebab kematian Princess Lilian. Semenjak kebelakangan ini tahap kesihatan Princess Lilian  tidak stabil disebabkan sakit tua dan mengidap Alzheimer. Princess Lilian tidak mempunyai cahayamata. 

Sumber :- Wikipedia / Reuters / The Local