Wednesday, October 2, 2013

Tunku Yaacob Lancarkan KD Hang Tuah

Tunku Yaacob sewaktu di London untuk menerima tauliah dari Baginda Queen Elizabeth

02 Oktober 2013, Rabu :-

Hari ini 02 Oktober di tahun 1964, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Great Britan, Yang Teramat Mulia Tunku Yaacob ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah telah melancarkan Kapal KD Hang Tuah yang merupakan sebuah kapal perang Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Majlis pelancaran diadakan di Portmouth, England.  Turut serta dalam majlis pelancaran ini adalah Vice Admiral F.H.E. Hopkins dan isteri serta Yang Mulia Tunku Maimunah binti Tunku Abu Bakar,isteri Tunku Yaacob.


KD Hang Tuah sebelum ini dikenali sebagai H.M.S.Lord Anns telah dibeli oleh kerajaan bagi menambahkan lagi kekuatan angkatan tentera negara kita dalam mengawal keselamatan negara terutamanya memperkuatkan kawalan perairan negara dari ancaman anasir-anasir yang tidak diingini. KD Hang Tuah dibawa pulang ke negara kita pada pertengahan November 1964.

Tunku Yaacob bersama anak lelakinya dan isteri beliau yang merupakan seorang Kerabat Diraja Johor.

Sumber :- Hari ini dalam sejarah / Memori-Kedah.com

No comments: