Sunday, August 4, 2013

Putera Muhammad Ali dan Princess Noal Zaher Akan Berkahwin


04 Ogos 2013, Ahad :-

Putera Sulong kepada bekas Raja Mesir His Majesty King Fuad iaitu Putera Muhammad Ali akan berkahwin dengan Puteri Noal Zaher yang merupakan cucunda kepada bekas Raja Afghanistan, His Majesty King Mohammed Zahir Shah.  Pasangan ini telah mengumumkan pertunangan mereka pada 27 April 2013 dan akan melangsungkan perkahwinan mereka pada 30 Ogos ini di Carigan Palace Hotel di Istambul, Turki.  Hotel lima bintang ini merupakan bekas Istana Kerajaan Ottoman yang pernah memerintah Turki dan terletak di perairan Eropah diantara Besiktas dan Ortakoy di Istambul. Pasangan ini bertemu dan kemudiannya jatuh hati semasa berada di Istambul dan sebab itulah Istambul dipilih sebagai lokasi perkahwinan mereka.  Ikatan perkahwinan diantara dua kerabat diraja Mesir dan Afghanistan ini jarang-jarang berlaku sebelum ini

Dari Kiri Putera Muhammad Ali, Fatima Aref Begum (bonda kepada Puteri Noal Zaher), HM KIng Fuad II dan Puteri Noal Zahir semasa pengumuman pertunangan mereka April lepas.

Putera Muhammad Ali diputerakan di Cairo pada tahun 05 Februari 1979 telah diberi gelaran Prince of Sa'id.  Beliau sekarang menetap di Perancis dan berkerja dalam bidang pengurusan hartanah.  Bondanya Dominique-France Picard atau dikenali dengan nama Queen Fadila selepas memeluk islam merupakan seorang warga Perancis dikurniakan tiga orang cahayamata hasil perkahwinannya dengan HM King Fuad II.  Ayahanda dan bonda beliau bercerai pada 1996.  Selepas bercerai HM King Fuad II kembali semula ke Switzerland (sebelum ini menetap di Perancis) dimana baginda dibesarkan setelah sistem beraja dimansuhkan di Mesir.

Puteri Noal Zahir diputerikan pada 1980 di Rome, Itali.  Ayahandanya adalah Mohammed Daoud Khan Pachtounyar yang merupakan putera kelima kepada bekas Raja Afghanistan, HM King  Mohammed Zaher Shah dan Permaisuri Homeira. Beliau merupakan graduan dari French University Institut Saint-Dominique dan Webster University, London.

Sumber :- Hello Daily News / Royaltynu

No comments: