Monday, August 26, 2013

Dato'Seri Hishamuddin dan Datin Seri Tengku Marsilla Mengadap Sultan Brunei dan Raja Isteri


26 Ogos 2013, Isnin :-

Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang juga merupakan Menteri Pertahanan  telah berkenan menerima mengadap Menteri Pertahanan Malaysia, Yang Berhormat Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussien di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan. Dato'Seri Hishammuddin dan rombongan berada di Brunei untuk lawatan rasmi selama tiga hari. Manakala di Ruangan yang lain pula, isteri Dato' Seri Hishammuddin,  Yang Mulia  Datin Seri Tengku Marsella binti Tengku Abdullah telah mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Pengiran Pemancha Pengiran Anak Mohammad Alam.

Terdahulu Dato' Seri Hishamuddin dan Datin Seri Tengku Marsilla telah mengadap Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahman di Qashr Al-Meezaan.


Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei / Pelitabrunei

No comments: