Saturday, June 1, 2013

YTM Dato' Seri Diraja Tunku Abdul Hamid Thani Dianugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota

01 Jun 2013, Sabtu :- 

Sembah Tahniah diucapkan kepada Yang Teramat Mulia Dato' Seri Diraja Tunku Abdul Hamid Thani ibni Almarhum Sultan Badlishah kerana telah dianugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran "Tan Sri". Yang Teramat Mulia merupakan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan juga merupakan Tunku Laksama Kedah.  Yang Teramat Mulia menerima PSM pagi tadi daripada kekanda beliau, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dalam Istiadat Mengadap dan Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran Persekutuan sempena sambutan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Kita tunggulah nanti pengumuman yang akan dibuat oleh Istana Kedah berhubung penggunaan Tan Sri dihadapan nama beliau. sebelum ini tiga  daripada empat anggota Ahli-Ahli Pemangku Sultan Kedah Darul Aman menggunakan gelaran Tan Sri dihadapan nama mereka mengikut style masing-masing seperti berikut :-

Yang Teramat Mulia
Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah, DKH., DMK., SPMK.,  SSDK., PSM., PSB.,
Tunku Bendahara Kedah Darul Aman
Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman
'Selindang Jerai"

Yang Teramat Mulia
Tunku Tan Sri Dato' Seri Diraja Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, SHMS., SSDK., PSM.,PAT.,BCK., KPK.,
Tunku Temenggong Kedah
Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman

Yang Teramat Mulia
Tunku Panglima Besar
Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz binti Tuanku Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah, DKH.,DKYR., SHMS., SSDK., PSM., PAT., JP., Hon.Ph.D (UUM)., Hon.PhD(KUIN)
Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman

Sumber :- Bernama / MBS

No comments: