Sunday, June 9, 2013

Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim Mendapat Ugutan Bunuh

09 Jun 2013, Ahad :-


Semalam Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang merupakan seorang kerabat diraja Kedah dan juga merupakan bekas Naib Pengerusi DAP (Democratic Action Party) telah membuat laporan polis berhubung satu ugutan bunuh terhadap beliau. Menurut Tunku Abdul Aziz, pada hari Jumaat 07 Mei 2013 lebih kurang jam 22:10hrs  beliau telah menerima panggilan daripada seorang lelaki yang tidak dikenali melalui telefon bimbit.  Lelaki berkenaan berkata "I Will Kill You" (Saya akan bunuh awak) dan terus memutuskan talian apabila beliau bertanya siapakan individu berkenaan. 

Kerana bimbang akan keselamatan keluarganya, beliau telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya semalam. Dalam kenyataannya, Tunku Abdul Aziz memaklumkan bahawa beliau tidak mahu menuduh sesiapa tetapi percaya iannya ada kaitan dengan kelantangannya mengkritik DAP khususnya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 pada 05 Mei lepas.

Diantara kenyataan Tunku Abdul Aziz kepada pemberita selepas membuat laporan polis :-
  • Perbuatan tersebut hanya beberapa saat.  Saya cuba bertanya siapa dia tetapi lelaki itu terus memutuskan talian.  Saya risau tentang keselamatan keluarga dan mengambil keputusan membuat laporan polis.
  • Saya sangat pasti, kejadian ini bermotifkan politik kerana sejak akhir-akhir ini saya bukan sahaja dikritik tetapi diarah tutup mulut. 
Walaupun mendapat ugutan bunuh seperti ini iannya tidak mematahkan semangat beliau dan  beliau memaklumkan tidak akan berhenti membuat komen berhubung isu politik dalam Malaysia. Pada 17 Mei 2013 beliau mendedahkan kepada umum bahawa Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr. Chen Man Hin dalam e-mailnya pernah membayangkan demonstrasi Bersih 3.0 adalah permulaan Malaysia Spring. Selain daripada itu beliau juga dengan lantangnya mendesak pihak kerajaan mengambil tindakan terhadap Read Bean Army yang merupakan tentera siber DAP yang giat menabur fitnah sehingga mencetuskan suasana tidak harmoni dikalangan rakyat. Selain daripada itu, beliau mendedahkan bahawa DAP gagal memaklumkan kepada 743 ahlinya bagi menghadiri pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEDC) parti berkenaan pada 15 Disember 2012 lepas. 

Menurut pihak polis, kes ini akan disiasat dibawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengugut.

Sumber :- Kosmo

No comments: