Monday, June 17, 2013

Majlis Perjumpaan Keluarga Raja Billah

17 Jun 2013, Isnin :-


Pada 16 Jun 2013 ahli keluarga keturunan Raja Bilah Raja Tedung Berani @ Abdul Razak Naimas telah mengadakan majlis perjumpaan keluarga bertempat di Rumah Besar Raja Bilah di Papan, Pusing berhampiran Batu Gajah, Perak.  Raja Bilah merupakan salah seorang pemimpin Mandaling yang terkenal dan aktif dalam bidang perlombongan bijih timah dan dilantik sebagai Penghulu Papan pada tahun 1882. Rumah Besar Raja Billah merupakan pusat pentadbiran kawasan Papan dalam zaman berkenaan dan rumah tetamu yang dibina pada 1896 bersebelahan kediaman Raja Billah dikenali sebagai Rumah Asal.  Rumah Asal ini terkenal sebagai lokasi perfileman bukan sahaja bagi industri tempatan malah antarabangsa dimana iannya pernah digunakan untuk filem "Anna and The King" dan "Beyond Rangoon".

Sumber :- Bernama




1 comment:

Nizam said...

Salam, saya terlintas blog ini - terima kasih kerana sudi "upload" entry majlis keluarga kami yang tak seberapa ini.