Monday, June 24, 2013

Istiadat Membuka Naubat Di Brunei

24 Jun 2013, Isnin :-

Petang semalam telah diadakan Istiadat Membuka Naubat setelah ianya ditutup selama 14 hari mengikut adat istiadat diraja Brunei Darussalam berikutan kemangkatan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Datin Setia Hajah Saerah binti Almarhum Pengiran Bendahara Pengiran Muda Haji Hashim pada 09 Jun 2013 lepas.  Istiadat diadakan di Lapau dihadapan Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar.

Bacaan tahlil diketuai oleh Begawan Pehin Khatib Awang Haji Ahmad bin Abdul Razak manakala bacaan doa selamat dan Solat Maghrib dipimpin oleh Timbalan Mufti Kerajaan, Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Awang Haji Suhaili bin Haji Mohiddin. Turut serta dalam majlis ini adalah adalah Pengiran-Pengiran Cheteria, Menteri-Menteri Kabinet, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-Timbalan Menteri, Pengiran-Pengiran Peranakan, Pehin-Pehin dan para jemputan lainnya.

Sumber :- Infofoto / Peita Brunei

No comments: