Saturday, June 1, 2013

Apakah Itu Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong

01 Jun 2013, Sabtu :-

Tahukah anda bahawa Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukanlah merupakan sambutan hari lahir bagi setiap Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar yang memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong. Secara rasminya Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong akan disambut setiap tahun pada hari Sabtu pertama dalam bulan Jun. Bagi tahun ini hari Sabtu jatuh pada tarikh  01 Jun 2013 iaitu pada hari ini. Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan hari Cuti Umum atau Public Holiday bagi Malaysia.

No comments: