Wednesday, May 1, 2013

Sultan Mizan Ziarahi Jenazah Yahya Jusoh


01 Mei 2013, Rabu:-

Semalam Sultan Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Watiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenan menziarahi jenazah bekas pemain bolasepak kebangsaan Allahyarham Yahya Jusoh dikediaman Allahyarham di Kuala Terengganu. Turut mengiringi baginda adalah Presiden Persatuan Bolasepak Terengganu Dato' Che Mat Jusoh.  Allahyarham yang seangkatan dengan legenda bola sepak negara iaitu Datuk Soh Chin Aun dan Allahyarham Mokhtar Dahari meninggalkan seorang balu, tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki serta tiga orang cucu.

Allahyarham yang berusia 61 tahun dan mengidap Barah Prostate dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 11:000hrs setelah mengadu sesak nafas dan kemudiannya dimasukkan ke Wad ICU  pada jam 15:00hrs.  Allahyarham kemudiannya disahkan meninggal dunia pada jam 16:50hrs.  Menurut anak Allahyarham, Hazim Yatimi, Allahyarham pernah mengadu sakit selepas demam beberapa hari sebelum dimasukkan ke hospital. Pagi semalam keadaan Allahyarham bertambah serious apabila Allahyarham mengadu sesak nafas selepas Solat Subuh dan beliau telah memanggil doktor datang ke rumah dan kemudiannya doktor menasihatkan agar beliau membawa Allahyarham ke Hospital untuk mendapat rawatan lanjut.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu. Allahyarham juga merupakan bekas tonggak pertahanan Terengganu dalam tahun 1970an dan 1980an. Menurut anak lelaki Allahyarham, walaupun sedih mereka sekeluarga  reda dengan pemergian ini kerana Allahyarham telah lama sakit (penyakit saraf) semenjak 2009.

Al-Fatihah........... Semuga  Roh Allahyarham Yahya Jusoh ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin.  Takziah diucapkan kepada isteri Allahyarham, Normah Alias dan keluarga diatas pemergian Allahyarham ini, semuga kalian tabah menghadapi dugaan ini.

Sumber :- TV3/Kosmo

No comments: