Saturday, May 4, 2013

King Willem-Alexander Lantik Sepupu Baginda Sebagai Pembantu Tugas-Tugas Khas Diraja (Tentera)


Prince Maurits menerima tauliah perlantikan sebagai Kapten daripada King Willem-Alexander  (kiri sekali).


04 Mei 2013, Sabtu :-

Raja Belanda yang baru dimasyhurkan, His Majesty King Willem-Alexander of the Netherlands telah melantik sepupu baginda, His Highness Prince Maurits of Orange-Nassau, Van Vollenhoven sebagai Pembantu Tugas-Tugas Khas Diraja (Tentera) baginda. Dalam masa yang sama juga, baginda telah menaikkan pangkat Prince Maurits sebagai Kapten Tentera Laut Diraja  Belanda. Perlantikan dan naik pangkat ini berkuatkuasa mulai 01 Mei 2013.  Dengan perlantikan ini, Prince Maurits akan membantu atau mewakili baginda dalam istiadat/upacara yang melibatkan urusan tentera. Dengan bidang tugas baru ini, Prince Maurits akan memakai monogram Raja pada uniform tentera beliau.

Prince Maurits merupakan anak sulung daripada empat orang putera kepada Princess Margriet of the Netherlands iaitu adinda bongsu kepada bekas Ratu Belanda, Her Highness Princess Beatrix of the Netherlands.  Prince Maurits berusia 45 tahun dan diputerakan pada 17 April 1968. Mendapat pendidikan dari University of Groningen pada 1995 dalam bidang ekonomi. Menyertai angkatan tentera mulai 1987, pernah bekerja dibeberapa firma dan sekarang ini mempunyai perniagaan sendiri.  Beliau berkahwin dengan Princess Marilene pada 29 Mei 1998 dan dikurniakan tiga orang cahayamata iaitu :-

  1. Anastasia (Anna) Margriet Joséphine van Lippe-Biesterfeld van Vollenhoven (15 April 2001)
  2. Lucas Maurits Pieter Henri van Lippe-Biesterfeld van Vollenhoven (26 Oktober 2002)
  3. Felicia Juliana Bénedicte Barbara van Lippe-Biesterfeld van Vollenhoven (31 May 2005)
Sumber :- Examiner / Wikipedia

No comments: