Tuesday, April 2, 2013

Ketua Pengawal Peribadi Prince William & Kate Middleton Berhenti Kerja

02 April 2013, Selasa :-

Baru-baru ini Prince William dan isterinya, Kate Middleton dikatakan terperanjat dan kecewa dengan keputusan ketua pengawal peribadi mereka, Chief Inspector John Hourihan  yang berhenti kerja kerana mendapat tawaran kerja baru sebagai ketua pegawai keselamatan di sebuah hospital psikiatri yang terkenal iaitu Bekshire's Broadmoor psychiatric hospital. John Hourihan telah bertugas dengan pasangan diraja ini semenjak lima tahu lepas  dan telah mengiringi baginda berdua dalam lawatan-lawatan berprofile tinggi termasuk lawatannya ke Malaysia pada tahun lepas.  Sebagai ketua pengawal peribadi Prince William dan Kate Middleton, beliau menguruskan dua pasukan pengawal peribadi yang teridiri daripada empat orang yang mempunyai kemahiran dalam bidang menembak, tugas-tugas perlindungan, pertolongan cemas dan kemahiran skil diplomatik. Beliau juga terkenal sebagai seorang yang berbudi bahasa dan disenangi ramai.

Sumber :- Hello Daily News 

No comments: