Sunday, March 3, 2013

Tuanku Hajah Haminah Ziarahi Keluarga Perwira Negara Yang Gugur Di Lahad Datu,Sabah


03 Mac 2013, Ahad :-


Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenann menziarahi keluarga Allahyarham Inspektor Zulkifli bin Mamat dan Allahyarham Koperal Sabaruddin bin Daud yang telah gugur dalam mempertahankan kedaulatan negara di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 01 Mac 2013. Tuanku Hajah Haminah telah berangkat ke Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang untuk menziarahi dua keluarga terbabit disamping menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga mangsa. Kedua-dua  kaum keluarga Perwira Negara berkenaan berada di Pengkalan TUDM Subang untuk mengunggu ketibaan jenazah yang diterbangkan dari Sabah untuk dikebumikan di kampung halaman masing-masing.  Kelihatan Tuanku memegang pipi anak  Allahyarham Inspektor Zulkifli sambil diperhatikan oleh isteri Allahyarham, Nor Aziah Nor (27 tahun) yang sedang duduk diatas kerusi roda dan sedang mengandung anak ketiga.

Sumber :- Bernama / Utusan Malaysia

No comments: