Wednesday, March 6, 2013

Tuanku Hajah Haminah Rasmikan Buku Setiap Anak Permata Negara

06 Mac 2013, Rabu :-

Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenaan merasmikan buku 'Setiap Anak Permata Negara' bertempat di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.  Buku setebal 180 halaman ini diterbitkan oleh MPH Group Publishing dan dijual dengan harga RM 100.00 senaskah.  Buku yang ditulis dan disunting oleh bekas editor akhbar tempatan, Aishah Ali ini telah berada dipasaran dan para pembaca  boleh membuat  pilihan samada ingin memiliki buku ini dalam versi Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Buku ini memperkatakan kejayaan Program Permata Negara yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.  Buku ini juga dimuatkan dengan gambar-gambar serta teks mengenai perjalanan Program Permata Negara semenjak ianya dicetuskan oleh Datin Seri Rosmah Mansor lapan tahun dahulu. 

Dalam majlis ini, Datin Seri Rosmah Mansor telah mempersembahkan kepada Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun senaska buku 'Setiap Anak Permata Negara' dan lukisan cenderahati yang dihasilkan oleh salah seorang anak Permata Seni. Turut serta dalam majlis ini adalah Pengarah MPH Group Malaysia, Professor Datuk Dr Abdullah Abdul Rahman dan Ahli Lembaga Penasihat Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia, Datuk Atikah Adom.

Sumber :-Bernama

No comments: