Saturday, March 2, 2013

Sultan Pahang Rasmikan AMSAS

02 Mac 2013, Sabtu :-

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah telah berkenan merasmikan Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di Gebeng, Kuantan, Pahang.  AMSAS dahulunya dikenali dengan nama Pusat Latihan dan Akademi Maritim Malaysia.  AMSAS terletak dalam kawasan seluas 80 hektar yang dianugerahkan oleh Sultan Pahang ini dijangka akan menjadi sebuah pusat kecemerlangan latihan maritim yang bertaraf dunia.  Akademi ini telah melahirkan 2127 orang pegawai penguatkuasa marintim  semenjak ianya ditubuhkan pada 2005 dimana dari jumlah berkenaan, 140 orang daripada pegawai adalah wanita. Pada Disember 2012 lepas AMSAS telah mendapat sijil akreditasi latihan daripada Jabatan Laut Malaysia bagi mengiktiraf kursus-kursus yang dijalankan oleh AMSAS.

Turut serta mengiringi Sultan Pahang adalah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom ; Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah;Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin ; Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob  dan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish.

Sumber :- Bernama

No comments: