Saturday, March 2, 2013

Sultan Brunei Ucap Takziah Kepada Keluarga Pelajar Yang Dijumpai Mati Lemas Di Tawau

02 Mac 2013, Sabtu :-

Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Awang Muhd Azizan bin Mohd Sidek, pelajar Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang meninggal dunia dalam insiden yang berlaku di Sungai Balung, Tawau,  Sabah semalam.  Mayat Allahyarham ditemuai pada jam 15:00hrs tadi oleh sekumpulan nelayan Sabah kira-kira 5km dari tempat kejadian.  Allahyarham merupakan pelajar tahun 2 Sarjana Muda Sains (Major dalam Geologi). Jenazah telah dibawa pulang ke Brunei jam 19:00hrs tadi melalui pesawat CN 235 Angkatan Tentera Udara Diraja Brunei dan tiba di Pengkalan Tentera Udara Diraja Brunei di Kampung Rimba pada jam 20:30hrs. 

Terdahulu seramai 26 orang pelajar dan 5 pegawai UBD yang terselamat dalam insiden ini beserta kakitangan Kementerian Kesihatan Brunei telah selamat sampai ke Brunei jam 15:03hrs tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Nasib seorang lagi pelajar yang masih hilang belum lagi diketahui.  Kepada yang di Brunei dan ingin mengetahui lebih lanjut berhubung perkara ini boleh menghubungi bilik operasi UBD di talian  2463064, 2460519 atau 2460957 atau pun telefon bimbit 7178966.

Entry Syah terdahulu berhubung insiden ini :-

http://tengkusyah.blogspot.com/2013/03/sultan-brunei-arahkan-kakitangan-ubd.html

Al-Fatihah .......... Semuga Roh Allahyarham Awang Muhd Azizan bin Mohd Sidek ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.

Sumber :- JPM / Danny

No comments: