Tuesday, February 5, 2013

Tuanku Abdul Halim Menerima Mengadap Jia Qinglin

05 Februari 2013, Selasa :-

Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menerima mengadap Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Persidangan Perundingan Politik China, Jia Qinglin di Istana Negara. Turut serta mengadap Tuanku Abdul Halim adalah Duta China ke Malaysia, Datuk Chai Xi ; Timbalan Menteri Luar China,Fu Ying ; Timbalan Menteri Kewangan China, Chen Jian ;Timbalan Menteri Kesihatan China,Zhang Mao dan Setiausaha Jawatankuasa Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang Parti Komunis China (CPC), Peng Qinghua.

Majlis mengadap berlangsung selama 10  minit. Jia Qinglin dan deligasi dari Cina berada di Kuala Lumpur untuk lawatan rasmi selama empat hari yang akan berakhir pada 07 Februari 2013.  Jia Qinglin juga akan menandatangani Memorandum Persefahaman penubuhan kampus Universiti Xiamen di Malaysia yang akan dibangunkan di Salak Tinggi. Terdahulu beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan upacara pecah tanah Projek Malaysia China Kuantan Industrial Park (MCKIP) di Gebeng, Kuantan. MCKIP merupakan taman perindustrian pertama yang dimajukan bersama oleh Malaysia dan China dengan anggaran kos kasar pembangunan sebanyak RM1.5 bilion.

Sumber :- Bernama

1 comment:

Anonymous said...

Pemerintahan CHINA iaitu dari Parti Komunis China bakal membuka UNIVERSITI di Malaysia... bagaimana dengan FAHAMAN yg dibawa masuk ke dalam Malaysia??? Renung2kan... :-)