Tuesday, January 1, 2013

Kisah Seorang Sultan Semasa Kanak-Kanak

01.01.2013, Selasa - Tahukan anda siapakah gerangannya jejaka hendsome nie?  Cuba teka Siapakah dia? Hemmmmmmm .......... Inilah dia Sultan Perak Ke-34 iaitu Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah. Walaupun baginda seorang putera Raja, baginda lebih banyak dibesarkan  dikalangan  rakyat biasa di Batu Gajah, Perak bersama keluarga Allahyarhamah bonda baginda, Yang Teramat Mulia Toh Puan Besar Hatijah binti Dato' Setia Wangsa Ahmad. Bonda baginda memanggil baginda dengan panggilan "LAN" manakala sanak saudara yang lain memanggil baginda dengan nama "RAJA LAN" atau "KU CIK". Baginda digambarkan sebagai seorang anak kecil yang manja dan begitu rapat dengan ayahanda saudara dan bonda saudara baginda. Sanak saudara sebelah bonda baginda mengambarkan Tuanku Azlan sebagai "Budak Nakal" ketika kecilnya. Tuanku Azlan dikatakan suka berlumba basikal selepas waktu sekolah.  Selepas penat bermain sukan kegemaran baginda iaitu hoki, baginda akan kerumah salah seorang sepupu atau bonda saudara baginda untuk makan kuetiau goreng yang merupakan makanan kegemaran baginda ketika itu.

Pernah satu ketika pada zaman pemerintahan Jepun yang terkenal dengan sikap suka menyiksa dan menganaya rakyat tempatan, baginda sempat menyakat salah seorang sepupu perempuan baginda.  Pada suatu hari baginda berlakon sebagai askar Jepun dengan suara yang begitu garang dan bengis mengetuk pintu rumah sepupu baginda  dengan kuat.  "Buka pintu!, Buka pintu! Jepun  datang" Ucap baginda beberapa kali.  Dalam keadaan ketakutan dan terketar-ketar sepupu baginda tu terpaksa membuka pintu dan rupa-rupanya "Ku Cik" yang berada dihadapan pintu itu.

Pada Zaman Jepun baginda pernah dimasukkan dalam tahanan oleh pihak Jepun kerana pada ketika itu baginda bekerja sebagai penjaga stor dan nak dijadikan cerita, barang-barang yang dijaga oleh baginda telah dicuri orang.  Ikhtibar dari peristiwa ini menyebabkan baginda mempelajari betapa pentingnya tanggungjawab dan amanah yang harus dijaga dalam menjalankan sesuatu tugas.  Pada musim buah-buahan pula, kebiasaannya selepas mengulangkaji pelajaran, baginda akan mengajak kawan-kawan rapat baginda yang tinggal di asrama untuk mengutip dan makan buah-buahan dikebun keluarga baginda seperti rambutan, manggis atau langsat. 

Itulah serba sedikit mengenai kisah kehidupan Tuanku Azlan sewaktu kecil yang Syah hendak share dengan anda semua. 

Sumber :- Koleksi Peribadi Maharum Bugis Syah / Biografi Bergambar DYMM Sultan Azlan Shah

No comments: