Thursday, January 17, 2013

Jenazah Allahyarhamah YAM Tengku Khaladiah Selamat Disempurnakan Petang Tadi

17 Januari 2013 :- 

Shukur Alhamdulillah, istiadat permakaman Allahyarhamah YAM Tengku Khaladiah binti Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah telah selamat disempurnakan petang tadi di Makam Diraja Klang, Selangor mengikut adat istiadat diraja Selangor sebagai seorang puteri kepada Sultan Selangor Darul Ehsan.  Dikalangan kerabat diraja dan kenalan rapat, Allahyarhamah lebih dikenali dengan panggilan Tengku Shikin manakala cucunda-cucunda Allahyarhamah memanggilnya dengan panggilan "Wen".

Allahyarhamah meninggalkan tiga orang anakanda yang masih hidup iaitu, YM Prof Raja Ahmad Alauddin, YM Dr Raja Alang Yaakub dan YM Raja Molek manakala seorang lagi anak perempuan Allahyarhamah telah mangkat iaitu Allahyarhamah YM Raja Nor Mariah. Al-Fatihah ..........  semuga roh Allahyarhamah YAM Tengku Khaladiah binti Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin.









Sumber :- Tengku Soraya

No comments: