Tuesday, January 1, 2013

Brunei Waterfront Kini Dikenali Sebagai Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan

01.01.2013, Selasa - Hari ini Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei memaklumkan bahawa Brunei Waterfront kini dikenali sebagai Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan berkuat kuasa mulai hari ini 01.01.2013 atas titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien. Kepada anda yang pernah ke Brunei tentu anda pernah singgah ketempat ini dan menikmati keindahannya terutama pada waktu malam.  Sebelum dikenali sebagai Brunei Waterfront, Dermaga Diraja Bandar Seri Bagawan ini mempunyai sejarah tersendiri sebagai Dermaga Kastam dan Eksais Diraja.  

Dermaga ini pernah digunakan oleh Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam II untuk berangkat ke Mekah menunaikan fardhu haji pada tahun 1951 dan ketika itu  iannya dikenali sebagai Dermaga Kastam Brunei. Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien juga pernah menyertai lumba perahu yang dipanggil "Berjanuari" di Dermaga ini.  Tuanku Sultan Hassanal Bolkiah juga telah menyertai perlumbaan perahu didalam Program Regata Brunei Darussalam pada 22 Januari 2012 lepas yang diadakan di Dermaga ini.  Dermaga ini juga digunakan untuk menerima keberangkatan tiba kerabat diraja dan ketua-ketua negara yang melawat Brunei termasuklan Duchess of Kent.  Ianya juga tempat jemaah haji bertolak dan tiba pada satu ketika dahulu serta merupakan pelabuhan utama keluar masuk penumpang dan barangan import dan ekspot melalui laut.

Sumber :- Media Permata Online

No comments: