Friday, November 30, 2012

The Return - Akhirnya Ku Miliki

30.11.2012, Jumaat - Akhirnya Buku Biografi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almuta'simu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah berjudul THE RETURN yang baru dilancarkan pada malam Rabu lepas bersamaan 28.11.2012 telah Syah miliki.  Berbesar hati sangat mendapatkannya kerana buat masa ini buku berkenaan tidak dijual dimana-mana kedai buku kerana ianya limited edition. Mungkin dimasa akan datang iannya akan dicetak semula untuk jualan itu Syah tak tahu.  Syah memperolehinya daripada suami kepada penulis buku ini iaitu Datuk Yaakob Merican.  Jam 10:30hrs tadi Syah kepajabat Datuk Yaakob untuk mengambil buku ini dan berjumpa  dengan staff beliau  Cik Nurul No.88 Jalan Perdana.   Semalam Syah menelefon Datuk Yaakob dan dia meminta Syah mengambil buku ini dipejabatnya dengan kadar bayaran RM100.00. Kira murahlah dapat buku macam nie dengan harga seratus ringgit sahaja walaupun pada hari pelancarannya, setiap tetamu jemputan diberi senaskah buku ini secara percuma. Apa-apapun Syah rasa bershukur sangat dapat memperolehi buku ini. Buku ini tidak dijual kepada public buat masa ini tetapi cubalah nasib bertanya kepejabat Datuk seperti alamat yang Syah berikan diatas tu.  Handphone Datuk Syah tak berani nak publish  dan masa kepejabatnya tadi Syah terlupa pula mengambil contact number pejabatnya, sorry yer. 

Masa kesini tadi, Syah pusing-pusing cari bangunan yang beralamat No. 88, Jalan Perdana bersama pemandu teksi tetapi tak jumpa dan akhirnya terpaksa tanya orang baru jumpa bila Syah informed kat mana Yayasan Al-Bukhary sebab Yayasan nie dibangunan yang sama.  Rupa-rupanya dekat sahaja dengan Masjid Negara yang Syah selalu Solat Jumaat tu.  Lokasinya berhampiran Masjid Negara dan bersebelahan Stesyen TV Al-Hijrah serta Muzium Kesenian Islam sahaja. Memang besar tertulis No.88 tu tetapi tak nampak sebab terlindung pokok.  Heheheh ..... apa-apapun dapat juga cari walau berpusing beberapa kali cari tempat nie.  Lepas selesai urusan di bangunan Yayasan, Syah terus ke Masjid Negara dan Ziarah ke Makam Pahlawan untuk sedekahkan pahala Al-Fatihah kepada Allahyarham dan Allahyarhamah yang disemadikan di Makam Pahlawan. Gambar kat atas tu Syah ambil semasa di Makam Pahlawan Masjid Negara.

Thursday, November 29, 2012

Sudah Kahwin Ke Belum ............... Hahahaha

29.11.2012, Khamis - Nielah juadah malam nie Young Tau Foo yang Syah olah semula dijadikan Mee Sup as usual.  Baru lepas makan dan rasa muak pula macam hendak muntah.  Ada-ada jer kan? Syah beli young tau foo nie kat pasar malam di Rawang Residence dan lepas tu Syah ronda-ronda dan beli buah manggis tu RM4.00 sekilo.  Tak banyak gerai buka hari nie, mungkin disebabkan cuaca yang selalu hujan setiap petang, peniaga tak mahu buat jualan. On the way balik Syah lalu dekat gerai young tau fu tu tadi dan tiba-tiba anak perempuan penjual tu dalam usia belasan tahun pangil Syah ........ Abang....Abang ..... dalam hati Syah apa lah pulak nie, Rupanya dia nak tanya Syah sesuatu, nak tau apa ............heheheheh Dia tanya Syah, Abang Nak Tanya? Abang Sudah Kahwin Ker Belum? Terus Syah senyum dan Syah kata sudah dan dia senyum dan kata tak apa lah.  Lepas tu macam dia cakap sesuatu dengan ibu dia tetapi Syah tak tahu butirannya.  

Pagi tadi Syah dari Kak Lang Residensi di Ampang dan Syah naik LRT dari Ampang ke office dan petang tadi Syah balik ke rawang Residence.  Lega sedikit kerana kerja Syah semakin beres dan as per scheduled. Insyallah berkat kesabaran dan usaha semuanya berjalan lancar.  Lunch tadi Syah tak tahu nak makan apa lalu Syah makan Grill Chicken kat food court tetapi rasanya tak seperti yang Syah harapkan tetapi dah beli makan jer lah.  Oklah semua ............. Selamat Malam semuga dibuai mimpi yang indah

Tuanku Halim Lancarkan Buku Biografi Baginda - The Return

29.11.2012, Khamis - Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan melancarkan buku biografi baginda bertajuk "The Return". Buku ini memaparkan sejarah hidup dan pemikiran baginda yang telah mencipta sejarah buat julung kalinya sebagai seorang Sultan yang dilantik menjadi  Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua. Kali pertama Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-V (lima) semasa berusia 43 tahun pada 21.09.1970 hingga 20.09.1975 dan kali keduanya pula dalam usia 85 tahun pada 13.12.2011 lepas untuk tempoh lima tahun lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-XIV (14).  

Buku yang ditulis dalam bahasa Inggeris ini didatangkan dengan 226 muka surat hasil usaha seorang Kerabat Diraja Kedah iaitu Tunku Datuk Dr Sofiah Jewa dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.Tunku Sofiah merupakan anak saudara kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia pertama dan juga sepupu kepada Tuanku Abdul Halim.  Beliau merupakan seorang peguambela dan peguamcara serta penulis berbakat yang telah menerbitkan beberapa buku falsafah undang-undang.

Majlis diadakan di Istana Negara ini turut dihadiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun, Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan Isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan suami kepada Tunku Sofiah, Datuk Yaakob Merican sebagai wakil beliau, dif-dif kehormat dan kerabat diraja.  Dalam majlis pelancaran ini, para hadirin dihiburkan dengan persembahan kebudayaan tradisional Melayu.

Dirgahayu Tuanku Patik.

Sumber :- Bernama / as-Salihin

Wednesday, November 28, 2012

Tengku Marsella dan Tunku Zawyah Berbesan

28.11.2012, Rabu - Dengan bersatunya Anas Zawawi bin Datuk Khalid dan Allysa binti Datuk Seri HIshamuddin sebagai suami isteri maka YM Datin Tunku Zawyah Tunku Izham bekas isteri Dato' K dan YM Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah isteri kepada Menteri Dalam Negeri  telah berbesan. Syah tak dapat tarikh sebenar perkahwinan mereka cuma berita ini banyak tersebar baru-baru ini sehinggalah hari ini Syah dapat tengok gambar perkahwinan mereka barulah Syah buat entry nie. YM Datin Seri Tengku Marsella merupakan anak saudara kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah manakala YM Datin Tunku Zawiyah adalah kerabat diraja Kedah. Majlis akad nikah dijalankan sendiri oleh Datuk Seri Hishamuddin dan khabarnya majlis resepsi akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Center.  Apa-apa pun Syah ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada Anas Zawawi dan Allysa semuga masjid yang dibina ini akan kekal hingga hujung nyawa kalian.

Gambar diatas diambil selepas majlis akan nikah.  Kelihatan dari kiri sekali Datuk Joseph King atau nama islamnya Rayyan JK Abdullah (suami baru YM Datin Tunku Zawyah), Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussin Onn, Dato' Seri Khalid Mohamad Jiwa, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, YM Datin Seri Tengku Marsella Tengku Abdullah dan YM Datin Tunku Zawyah Tunku Izham.  Dihadapan sekali adalah Anas Zawawi dan Allysa.

Sumber : Carian Internet

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Menerima MEngadap Tengku Puan Pahang dan Princess Benedikte

28.11.2012, Rabu - Pada hari Isnin lepas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah berkenan menerima mengadap Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar dan Her Royal Highness Princess Benedikte of Denmark iaitu adinda kepada Her Majesty Queen of Denmark. Majlis diadakan di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan, Brunei Darussalam. Dalam majlis ini Tengku Puan Pahang yang merupakan Penaung Diraja Pandu Puteri Asia Pasifik telah menyembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri, Lencana Major Donor di atas sumbangan Baginda kepada kemajuan Pandu Puteri Dunia (The World Association of Girl Guides and Girl Scouts). Her Royal Highness Princess Benedikte of Denmark selaku Penaung Diraja Persatuan Olave Baden Powell (OBPS) telah menyembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri, Lencana Keahlian OBPS.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei

Jalan Kaki Ke KTM Rawang Pagi Nie .......Hehehehehe

28.11.2012, Rabu - Pagi semalam Syah ada informed bas dari Rawang Residence ke Pekan rosakkan?  Malam tadi bas ganti yang sepatutnya jalan jam 19:30hrs tak dapat jalan kerana bas tu pula yang rosak dan terpaksa naik bas gantian yang lain. So lewat sampai malam tadi ke Rawang Residence. Pertengahan jalan pula, pemandu bas gentian tu bertekak dengan seorang pemandu kereta,  adalah dalam 5 minit mereka berdrama dan sebabnya Syah tak pasti kerana Syah duduk dibelakang dan mungkin agaknya kes pemandu kereta tu marah sebab bas tu memotong kereta dia secara merbahaya. Sebab Syah ada juga terasa semasa bas memotong sebuah kenderaan, bas bergoyang, tak tahulah mungkin sebab itu kot? Lagipun mereka bertekak dalam bahasa Tamil. Memandangkan keadaan bas since semalam tak menentu dan Syah tak mahu ambil risiko menunggu bas yang tak tiba,  Syah mengambil keputusan untuk jalan kaki sahaja dari Rawang Residence ke KTM Rawang.  Selepas solat Subuh, Syah terus keluar rumah lebih kurang jam 06:05hrs dan mula jalan kaki sambil berdoa agar everything going to be ok kerana dari Rawang Residence Syah ke Jalan Utama tu jalannya sunyi dan macam-macam cerita ada sebelum ini dan kes bunuh pun ada kat lorong-lorong tu. Tapi dah dua tiga kali Syah jalan kaki seorang dan shukur Alhamdulillah semuanya ok.  Pertengahan jalan berhampiran Taman Garing Permai ada rupanya bas dan Syah tak naik dan teruskan perjalanan. Akhirnya Syah sampai ke Jalan Besar approx 06:50hrs setelah berjalan kaki selama lebih kurang 45 minit. Sampai kat jalan besar Nampak bas tadi dan Syah buat tak tahu jer dan teruskan perjalanan ke KTM.  Bila sampai jalan utama nie senang sedikit kerana ada orang dan banyak kenderaan.  So Syah jalan kaki ke KTM dalam masa 15 minit. 

Sampai sahaja KTM, komuter ke Sungai Gadut sudah berjalan dan Syah beratur beli tiket.  Masuk jer station Nampak ada komuter dilandasan sebelah dan staff KTM kata boleh naik kepada kami semua kerana dia tahu kami hendak ke KL.  Semua orang bergesas naik jejantas untuk naik komuter yang akan bertolak ke Bangi.  Shukur alhamdulilah komuter gerak jam 07:10hrs tak silap Syah dan sempatlah Syah sampai office before 08:30hrs.  Shukur Alhamdulillah segalanya dipermudahkan hari ini.  Dah lama Syah tak exercise dan Syah anggap ini peluang keemasan untuk Syah exercise.  Kalau dah lama tak exercise, biasalah akan terasa sakit sana dan sini tetapi tak mengapalah yang penting Syah sampai office on time dan dalam masa yang sama dapat exercise pagi nie.  Jalan kaki nie sebenarnya baik terutamanya jika hendak menguruskan bada dan Syah pernah buat sebelum nie dan memang Berjaya.   Memang berpelu-peluh dibuatnya tetapi bila masuk komuter lega sedikit kerana ada aircond.  Apa-apapun kita kena senyum seperti gambar Syah nie kerana senyum tu sedekah……… oklah semua, sehingga berjumpa lagi dilain entry………

Tuesday, November 27, 2012

Mayat Mendiang Putera Sihanouk Dibakar Pada 04 Februari 2013

27.11.2012, Selasa - Inilah dia lokasi dimana mayat bekas Raja Kambodia Mendiang Putera Norodom Sihanouk akan dibakar pada tahun hadapan 04 Februari 2013.   Kelihatan kerja-kerja menyiapkan struktur binaan bangunan kayu tempat pembakaran sedang giat dibangunkan dikawasan berhampiran Istana Diraja, Phnom Penh.  Adalah dijangkakan sejuta rakyat negara ini akan beratur sepanjang jalan yang akan dilalui oleh keranda mendiang ketempat pembakaran.  Perdana Menteri, Hun Sen telah  mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung perkara ini semalam .  

Buat masa ini keranda yang menyimpan mayat mendiang diletakkan di Istana Diraja untuk penghormatan terakhir .  Mendiang mangkat di Bejing, Cina  pada 15.10.2012 dalam usia 89 tahun akibat serangan jantung. Mengikut jadual, pada minggu ini sepatutnya diadakan acara tahunan Festival Air yang merupakan satu daya tarikan pelancung ke Kambodia dan  menarik minat berjuta-juta pelancung mengunjungi Phnom Penh.  Walau bagaimanapun dengan kemangkatan Mendiang Putera Norodom Sihanouk, pihak kerajaan telah mengambil keputusan membatalkan acara tahunan ini.

Sumber : Kosmo

Toh Puan Noor Suzana Serahkan Sumbangan RM20K Kepada Duta Palestin

27.11.2012, Selasa - Hari ini isteri kepada Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Yang Teramat Mulia Toh Puan Bendahara Kedah Toh Puan Noor Suzanna binti Abdullah telah berkenan menghadiri majlis penyerahan cek Festival Fesyen Islam (IFF) yang diadakan di Kedutaan Palestin di Jalan U Thant, Kuala Lumpur.  Toh Puan Noor Suzana yang mewakili Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah menyerahkan sumbangan berjumlah RM20,000.00 kepada Duta Palestin, Abdul Aziz Abu Ghoush. Turut serta dalam majlis ini adalah Pengasas dan Pengerusi IFF, Dato' Seri Raja Rezza Shah atau lebih dikenali sebagai Shah Rezza.

Sumber : Bernama

Bas Rosak Tengah Jalan

27.11.2012, Selasa - Pagi tadi Syah lewat masuk office sebab bas mini dari Rawang Residence Syah ada masalah teknikal yang serius...... hehehehe.  Bukan komuter atau LRT sahaja yang ada masalah teknikal yer, bas pun sama gak. Kami kat dalam bas semuanya terperanjat macam ada bunyi benda jatuh kat bawah bas yang sedang bergerak.  Driver bas turun buat siasatan dan akhirnya minta kami turun sebab tangki minyak dia terjatuh rupanya.  Nak marahpun ada, nak tergelakpun ada tetapi untunglah kejadian nie berlaku beberapa meter dari jalan utama dan kami terpaksa naik bas lain untuk ke Pekan Rawang. Kalau masih kat area taman perumahan kami alamat berpeluhlah menapak keluar ke jalan utama untuk ke KTM Rawang. Sampai jer kat KTM orang sudah beratur panjang beli tiket walhal komuter sudah hendak berjalan.  Walau bagaimanapun Syah sempat naik komuter tu kerana dia bertolak lewat sedikit dari schedulenya jam 08:15hrs. 

By the way hari nie busy sedikit dan tak sempat nak update blog mengenai raja-raja.  Insyallah malam nanti lah yer dan sehingga berjumpa lagi dilain Entry ........ Byeeeeeeeee

Monday, November 26, 2012

Dapat Duit Claim Insurance Hari Nie

26.11.2012, Isnin - Shukur Alhamdulillah ..... setelah sekian lama menunggu akhirnya dapat juga claim insuran Syah masa 1st time operation kat Assunta pada Jun lepas. Actually Khamis lepas Saida, agen insurance Syah call hendak deliver cheque tu on Friday last week tetapi Syah cuti waktu tu dan minta dia hantar hari nie. Dapat RM750.00 untuk 5 hari warded dan pecahannya seperti berikut :-
  • Medical Cover (Room & Board) 5 days unit (1), RM 50.00/day = RM250.00
  • Daily Hospital Benefit (Room & Board) 5 days unit (50), RM 50.00/day = RM250.00
  • Surgical Procedure Benefit @ Severity Level (2) = RM250.00
Menurut Saida ada lagi cek seratus lebih tetapi tak settle lagi untuk claim 1st time Syah masuk hospital tahun lepas.  Sebab lambat dapat claim pertama nie dan banyak benda yang insuran perlukan sebagai supporting document, pernah terfikir hendak batalkan sahaja insurance Syah........ untung masuk kali kedua nie ok proses nak claim tu.  Kalau tak memang Syah cancelled insuran nie.  Claim masuk wad kali kedua tahun nie pada September lepas baru submit pada Saidah tadi.  Apa-apapun Terima Kasih Prudential BSN Takaful Berhad atas claim Syah nie.

By the way dapatlah guna duit nie untuk bayar insurance AEL 67 Syah. Shukur Alhamdulillah ...........

Sunday, November 25, 2012

Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah Sertai Larian Bandar 2012

25.11.2012, Ahad - Pagi tadi Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, isteri kepada  Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenaan mencemar duli menyertai Larian Bandar 2012 yang diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Bagawan, Brunei. Larian Bandar 2012 kali ke-42 ini diadakan sempena memperingati penukaran nama Bandar Brunei kepada Bandar Seri Bagawan. Acara Larian Bandar 2012 dianjurkan oleh Jabatan Bandaran Bandar Seri Bagawan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.  Acara ini bermula jam 05:30hrs dan telah dilancarkan oleh Pemangku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof. Selepas tamat larian, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah telah berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang mengikut katageri yang dipertandingkan iaitu Larian 5km kategori Lelaki, Larian 5km kategori Wanita, Larian 10km kategori Lelaki dan Larian 10km kategori Wanita serta Larian 21km kategori Lelaki dan Larian 21km kategori Wanita.

Penukaran nama Bandar Brunei kepada Bandar Seri Bagawan dilaksanakan atas titah perintah  Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien pada 04.10.1970.  Tarikh 04 Oktober dipilih sempena memperingati tarikh Almarhum Ayahanda baginda turun dari tahta kerana masalah kesihatan dan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Baginda sebagai Sultan Brunei yang baru.   Pada tahun 2007 pula, keluasan Bandar Seri Bagawan telah ditambah dari 12.87km persegi kepada 100.36km persegi.

Sumber : Jabatan Penerangan Brunei / Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei / Rahmatrivia

Pagi Ahad

25.11.2012, Ahad - Salam dan Selamat Pagi Semua.  Sekarang jam 07:28hrs dan Syah sedang bersiap untuk ketempat kerja kerana nak uruskan payment budak-budak SL1M yang perlu dihantar pada minggu pertama Disember nanti.  Disebabkan bayaran secara manual, banyak sedikit prosesnya untuk membuat bayaran kepada 113 peserta.  Syah tak dapat figure sebenar lagi tetapi kena prepare awal Direct AP form untuk mereka.  Biasanya minggu pertama baru dapat final schedule payment mereka.  Kalau nak tunggu masa tu baru nak buat memang tak sempat dan lambatlah jawapnya mereka dapat elaun.  By the way hujung bulan nie last day  peserta SL1M nie dan tak tahu bila akan ada lagi,.  Oklah Syah kena gerak sekarang sebab nak tunggu bas jam 08:00hrs.  Jumpa lagi yeaaaaaaaa ...............byeeeeeeee

Update :-  
Nasib tak begitu baik hari nie bas lambat dekat jam 08:30hrs baru sampai.  Lenguh berdiri menunggu bas.  Apa-apapun shukur alhamdulillah walaupun lambat sebab bas ada daripada tak ada langsung ........... menapaklah sejam ke Pekan Rawang jawabnya. Heehehhe .......... Nasib badan dan salah sendiri sebab tak boleh bawa kereta walaupun kereta ada menjalar depan rumah walaupun kecil tetapi tetap menjalar kan?.  Sebab bas lambat Syah terlepas train dan turun jer bas dan tak sempat nak beli tiket komuter dah jalan.  Lepas tu Syah beli kuih sementara tunggu next train jam 09:15hrs.  Tak ada pilihan, Syah beli gak kuih kat satu kedai tu walaupun nampak ada lalat sekor dua berterbangan.  Syah ambil kuih yang sebelah bawah sekali untuk alas perut makan ubat dalam komuter lagi.  Masa tunggu train,  ada seorang Pak Cik nie tegur Syah macam ramah sangat sampai tanya kerja mana lah ...bla..bla.. bla... Syah perasan dia perhatikan Syah masa kat gerai depan KTM masa turun bas dan Syah buat tak tahu jer sebab memang tak kenal, nak kata dia pembaca blog Syah, dia tak informed pun.  Tak apalah ...... orang buat baik kat kita kita buat baik kat dia balik tetapi hati-hati orang yang kita tak kenal terutamanya sekarng nie.... takut kes pukau, ugut dan sebagainya. Masa naik escalator di KL Sentralpun dia tegur dan kata turun sini kan, ialah kerja Bangsarkan dan Syah senyum sahaja.


Di Kl Sentral Syah haus dan beli Milk Shake Vanilla kat McDonald's  dan kemudiannya beli Mamee Instant Noodles untuk lunch nanti.  Sebelum masuk LRT tersinggah kejap kat Burger King yang terletak bersebelahan LRT dan SYah beli Set Burger Grill Chicken sebab ada offer RM6.30 dan harga asal RM13.00 tak silap Syah.  Dah lama tengok iklan tu tetapi ada asterisk tulis limited time only.  Hari nie orang tak ramai dan Syah tanya kat kaunter tu offer dia waktu bila dan staff tu kata bila-bila masa ada.  Kalau orang ramai memang Syah tak tanya sebab malulah kalau dah beratur tak beli.   Syah jarang makan kat Burger King nie.  Sedap burgernya, Ialah grill kan? dan rasanya tak berminyak sangat. Last makan Burger King nie beberapa bulan lepas ada member belanja Syah.  Ok lah sehingga berjumpa lagi dilain Entry.  Jangan lupa habiskan cuti hari minggu anda semua untuk mengeratkan lagi hubungan siliturahim diantara anda dan keluarga atau orang tersayang dengan merancang aktiviti yang berfaedah untuk kebaikan bersama.  Jumpa lagi ................ Byeeeee

Saturday, November 24, 2012

Tuanku Abdul Halim Hadiri Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-77

24.11.2012, Sabtu - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah yang juga merupakan Canselor Universiti Teknologi Mara atau UiTM telah berkenan menghadiri Istiadat Konvokesyen UiTM ke-77 yang diadakan di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam. Kelihatan Tuanku Abdul Halim berkenan menyampaikan Anugerah Kedoktoran Cemerlang Tunku Canselor kepada Salina Muhamad dalam jurusan Doktor Falsafah Kejuruteraan Elektrik.  Turut serta dalam istiadat ini adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon.  Kemudiannya Seri Paduka Baginda berdua telah berkenan menghadiri sesi fotografi bersama-sama para penerima Anugerah Graduan Terbaik UiTM 2012.

Sumber :- Bernama

Tuanku Zara Rasmikan The 4th Annual Young Corporate Malaysian Summit

24.11.2012, Sabtu - Hari ini Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim telah berkenan menghadiri dan merasmikan The 4th Annual Young Corporate Malaysian Summit : "Diversity in a Global Workplace : Challenges & Opportunities". Tuanku Zara berkenan memukul gong yang disediakan sebagai simbolik perasmian persidangan ini yang diadakan di Intercontinental Hotel, Kuala Lumpur bermula jam 09:00hrs hingga jam 17:00hrs.  Turut serta mengiringi Tuanku Zara dalam majlis ini adalah Raja Dato' Seri Azureen binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (disebelah kiri Tuanku Zara) dan Dato' Seri Raja Eleena binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (disebelah kanan Tuanku Zara).

Sumber :- Bernama / Youngcorporatemalaysian.com

Ke Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman

24.11.2012, Sabtu - Akhirnya kesampaian juga hajat Syah hendak  ke Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman.  Dah dua tiga minggu bercadang hendak kesini tetapi keadaan cuaca tidak mengizinkan dan Syah terpaksa batalkan niat itew................ Lepas habis kerja petang tadi Syah terus naik LRT dari Kerinchi dan turun LRT Masjid Jamek untuk ke Pasar Malam Jalan TAR.  Tak lamapun Syah kat sini dan sempat beli keropok, jagung bakar, kuih melayu serta kacang kuda rebus.  Dari pasar malam Syah jalan kaki ke Stesyen KTM Bank Negara berhampiran SOGO untuk balik ke Rawang.  Sampai Rawang hampir jam 19:20hrs dan cepat-cepat Syah berlari kejar bas jam 19:30hrs.  Rupanya bas tak datang lagi lalu syah ke toilet sekejap dan bila keluar bas dah ada rupanya.  Nasib baik orang tak ramai hari nie dan Syah dapat duduk.  By the way pemandu gantian yang bawa bas hari nie. Pelik pula mengapa orang tak ramai.  Syah Sampai Rawang Residence hampir jam lapan lima minit dan Syah terus Solat Maghrib.  Lepas solat Syah makan makanan yang dibeli tadi dan kemudiannya Solat Insyak.  Ok lah semua .....GTG hendak rehat sekejap dan jumpa lagi dilain entry .............. Byeeeeeeeeeee

YAM Enche Besar Hajah Khalsom Bonda Kepada Sultan Johor


24.11.2012, Sabtu - Inilah dia wanita yang telah melahirkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar 54 tahun yang lalu. Beliau adalah Yang Amat Mulia Enche' Besar Hajah Khalsom binti Abdullah. Yang Amat Mulia Enche Besar Hajah Khalsom merupakan seorang wanita Inggeris daripada keluarga yang amat dihormati dari Torquay, Cornwall. Yang Amat Mulia dilahirkan di England pada 02 Disember 1935 sebagai Josephine Ruby Trevorrow dan tidak lama lagi akan menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke- 77 tahun.  Shukur Alhamdulillah Yang Amat Mulia kelihatan masih lagi sihat dan bertenaga. Yang Amat Mulia merupakan isteri pertama Almarhum Sultan Iskandar dan berkahwin dengan Almarhum pada 05 Januari 1956 di Istana Bukit Stulang, Johor Baharu, Johor.  Mereka berkenalan sewaktu Almarhum Sultan Iskandar melanjutkan pelajaran ke England.  Walau bagaimanapun jodoh Yang Amat Mulia dengan Almarhum Sultan Iskandar tidak panjang dan telah berpisah sekitar tahun 1962. 

Pada 22 November 2010, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan menganugerahkan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK 1) kepada Bonda baginda dan dalam masa yang sama juga memberikan  gelaran Raja Bergelar kepada bonda baginda dengan gelaran Yang Amat Mulia Enche' Besar.   Sunguh mulia hati Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim yang tidak pernah lupa akan jasa dan pengorbanan seorang wanita yang melahirkan baginda kedunia ini.  Dirgahayu Tuanku Patik.

Yang Amat Mulia sekarang berada di Muar bagi meraikan sambutan hari keputeraan Sultan Johor yang ke-54 tahun.  Sila click entry Syah berhubung gelaran YAM Enche' Besar Hajah Khalsom binti Abdullah 
  • http://tengkusyah.blogspot.com/2010/11/gelaran-yang-amat-mulia-enche-besar.html

Sultan Johor Sempurnakan Majlis Pengistiharaan Bandar Maharani Sebagai Bandar Diraja Johor

24.11.2012, Sabtu - Pagi tadi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan menyempurnakan majlis pengistiharaan Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja Johor.  Majlis yang diadakan di Dataran Tanjung Emas, Muar ini turut dihadiri oleh Isteri Sultan Johor Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Johor Dato' Abdul Ghani Othman. Tuanku Sultan Ibrahim telah menurunkan tandatangan pada plak perasmian dan menanam kapsul perasmian sebagai tanda merasmikan Bandar Maharani Bandar Diraja Johor.

Sumber :- Bernama

Sultan Johor Saksikan Perarakan Kereta Berhias Sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan Baginda Ke-54

24.11.2012, Sabtu - Malam semalam (Jumaat 23.11.2012) sempena sambutan hari keputeraan Sultan Johor yang ke-54, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan menyaksikan perarakan kereta berhias yang berlangsung di Jalan Arab, Muar. Perarakan bermula dari Stadium Sultan Ibrahim, Muar dan berakhir di Tanjung Ketapang, Muar.  Turut mengiringi baginda menyaksikan perarakan kereta berhias ini adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Menteri Besar Johor Dato' Abdul Ghani Othman, YAM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris, Bonda baginda YAM Enche' Besar Hajjah Khalsom serta kerabat-kerabat diraja lainnya.

Sumber :- Bernama / Amataman

Syah & Bonda Ejone

24.11.2012, Sabtu - Inilah dia Bonda Ejone yang Syah selalu ceritakan dalam blog beberapa hari nie. Actually semalam Syah cuti dan spent ample time with my auntie. Syah ambil kesempatan nie untuk bersama dia coz Syah jarang balik kampung sekarang nie.  Bonda Ejone nie merupakan  adinda kepada Ayahanda Syah.  Suaminya meninggal dunia semasa Bonda Ejone berusia awal 40an dan semenjak itu dia tidak berkahwin lagi hingga kehari ini walaupun dulu ada orang ingin masuk meminang.  Bonda Ejone membesarkan anak-anaknya iaitu Kak Long Janet, Kak Ngah Normah, Kak Lang Ella dan Razak dikampung bersama kedua Nenda Syah dan at the same time Syah juga membesar dan dijaga oleh Bonda Ejone bersama Almarhumah Nenda Syah yang Syah panggil "Emak". Sebab itulah hubungan Syah dan Bonda Ejone lebih rapat.  Bonda Syah mangkat sewaktu Syah berusia kurang dari satu tahun dan Syah dibela oleh Nenda sebelah Ayahanda Syah. 

Pagi nie di Ampang since subuh tadi hujan.  Sekejap lagi Syah hendak kepejabat untuk siapkan kerja-kerja sebelum 30.11.2012 dan mana-mana bayaran  yang tak dapat disettlekan kena akru.  Teringat last  payment budak-budak SL1M yang perlu Syah siapkan sebelum 30.11.2012 nie. Semalam Syah seharian di Ampang dan Solat Jumaat di Ampang juga manakala sebelah petang Syah naik bas ke Taman Putra dengan tambang RM1.00 jew bersama Ku Chick untuk keluarkan duit kerana kat situ sahaja ada ATM. Syah lupa withdraw duit.  Lepas "cucuk" duit belanja Ku Chick kat KFC dan on the way balik ke Residensi Kak Lang Ella singgah gerai Kak Odah beli goreng pisang tanduk RM4.00 coz dah lama tak makan pisang tu walaupun kat kebun Ayahanda banyak.  Sementara tunggu pisang digoreng Syah beli buah manggis sekilo dengan harga RM3.00. 

Malam tadi Syah tak sihat sedikit dan rasa tak selesa dan sakit dibahagian pusat kebawah exspecially kat tempat biasa sakit "tu", mungkin Syah kurang minum ker atau duduk lama dalam posisi tak selesa di komputer atau ada salah makan ..... tak tahulah ..... macam tulah Syah, sakit tu ada masa-masanya datang.  Malam tadi malas nak informed mereka Syah tak sihat dan Syah diamkan sahaja dan berdoa agar sakit tu berkurangan dan Syah sempat solat hajat supaya sakit tu reda, Insyallah  pagi nie sudah ok dah.   Ok lah semua sehingga berjumpa lagi dilain Entry doakan agar Syah sihat yer dan Syah juga doakan agar anda dan keluarga sihat dan dilindungi Allah hendaknya. Amin.................

Friday, November 23, 2012

Sultan Johor Rasmikan Masjid Al-Ikhsan

23.11.2012, Jumaat - Tengahari tadi  Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang masih berada di Muar sempena sambutan hari ulangtahun keputeraan baginda yang ke-54 telah berkenan merasmikan Masjid Al-Ikhsan yang terletak di Batu 18, Ayer Hitam.  Turut serta adalah Tunku Mahkota Johor YAM Tunku Ismail Idris dan anakanda-anakanda Tuanku Sultan Ibrahim. Kelihatan Tuanku Sultan Ibrahim sedang menarik tirai plak semasa merasmikan masjid berkenaan. Selepas menunaikan solat Jumaat, Tuanku Sultan Ibrahim bersalaman dan beramah mesra dengan para jemaah lainnya di masjid berkenaan.

Sumber :- Bernama

Gambar Terbaru Keluarga Diraja Johor

23.11.2012, Jumaat - Inilah dia gambar terbaru keluarga diraja Johor yang diambil semalam (22.11.2012) selepas Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena ulangtahun Keputeraan Sultan Johor ke-54 yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di Muar, Johor.  Dari Kiri YAM Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil, YAM Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar, YAM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris, Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Isteri kepada Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, YAM Tunku Tun Aminah, YAM Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar dan YAM Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman.

Dirgahayu Tuanku Patik.

Sumber :- Gambar dari Kesultanan Johor FB

Tengku Abdullah Rasmikan Cawangan Pertama La Martina Di Malaysia

23.11.2012, Jumaat - Hari ini Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah diberi penghormatan untuk merasmikan cawangan pertama kedai pakaian jenama La Martina di Malaysia. La Martina telah membuka cawangan pertamanya di Lot 2.01.08, Level 2, pusat membeli belah Pavillion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. La Martina yang berasal dari Argintina ini merupakan jenama pakaian kasual yang terkenal diseluruh dunia dengan 80 cawangan dari St Tropez hingga ke Dubai dan sekarang Kuala Lumpur.  Dalam masa tiga tahun lagi La Martina menjangka akan membuka 120 cawangan di seluruh dunia.  Turut kelihatan disebelah Tengku Abdullah adalah  Pengarah Eksekutif La Martina, Sharan Valiram.

Sumber :- Bernama

Raja Permaisuri Agong Menang Perlawanan Persahabatan Triple Wanita Kejohanan Boling Padang

23.11.2012, Jumaat - Pagi tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan mencemar duli merasmikan kejohanan boling Padang Piala Toh Puan Sagiyah Terbuka Kebangsaan Wanita 2012.   Kejohanan yang diadakan di Pusat Boling Padang Nasional, Bukit Kiara ini bermula pada hari ini dan akan berakhir pada 25 November 2012. Paling menyeronokkan, Tuanku Hajah Haminah sendiri menyertai perlawanan persahabatan "Triples Wanita" yang diadakan pada hari ini. Perlawanan persahabatan ini adalah diantara Pasukan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menentang pasukan Toh Puan Sagiyah Salikin dan pasukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menang 3-1.  Tahniah diucapkan kepada Tuanku Hajah Haminah dan pasukannya.

Pasukan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong turut disertai oleh   penyelaras protokol kejohanan ini, Tengku Datin Seri Noor Hazah dan pemain remaja boling padang, Nor Fidreh Noh.  Turut serta dalam majlis perasmian adalah Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid. Pada kejohanan kali ini seramai 36 pasukan terdiri daripada pasukan dari negeri-negeri seluruh Malaysia, universiti dan kelab bertarung untuk menjadi juara.  Kelihatan Tuanku Hajah Haminah sedang beraksi dipadang pagi tadi.

Sumber :- Bernama

Masalah Di Kaunter Tiket KTM - Kad Komuter 1 Malasyia

23.11.2012, Jumaat - Salam Jumaat kepada semua dan apa khabar anda pagi nie.  Hari nie Syah cuti dan baru sampai di Kak Lang Residensi jam 11:00hrs tadi.   Syah cuti sebab nak spend time dengan Bonda Saudara Syah, Bonda Ejone yang datang dari kampung, mungkin esok dia balik kampung semula. Sekejap lagi nak gi Masjid untuk Solat Jumaat. Perjalanan pagi nie ok cuma ada masalah masa hendak beli tiket.  Perkara ini sering berlaku sekarang nie terutamanya apabila Kad Komuter 1 Malaysia diperkenalkan.  Bagi yang tak beli tiket mingguan kami terpaksa beratur dikaunter untuk beli tiket dan kaunter yang buka hanya satu sahaja. Tak semua orang hendak beli tiket mingguan terutamanya yang tak hari-hari naik komuter. 

Macam pagi tadi kat kaunter tiket Rawang KTM Station penumpang terpaksa menunggu lama dan beratur panjang.  Tak semua yang beratur tu beli tiket komuter dan ada yang beli tiket keratapi.  Bila beli tiket keratapi biasanya mereka akan semak jadual dan banyak pertanyaan dikaunter sebelum beli tiket.  Keadaan nie menyebabkan yang hendak beli tiket komuter terpaksa menunggu walhal komuter dah sampai dan akan bertolak tak lama lagi.  Masa komuter  sampai Syah masih beratur lagi dan baru lah seorang staff buka kaunter kat sebelah dan Syah terus ke kaunter tu beli tiket. Nak buat macam mana dah itu cara mereka  kita penumpang nie sabar jer lah.  Tetapi sepatutnya KTM cari penyelesaian untuk selesaikan isu nie sebab offer 50% Kad Komuter 1 Malaysia nie sah setahun sampai Oktober tahun depan 2013.

Di KL Sentral sewaktu peak hours terutamanya waktu balik kerja memang masalah kena beratur panjang dan staff kat kaunter pula hendak memeriksa IC dan Kad Komuter 1 Malaysia satu persatu.  Tetapi dikaunter tiket Rawang kita tunjuk kad dan ic mereka terus bagi tiket dan jarang periksa dan cepat sedikitlah prosesnya. Pagi tadi masa kat KL Sentral beberapa orang macam buat bising dan kemudian Syah tanya mengapa Kak pada seorang penumpang perempuan.  Katanya dia dari Stesyen Kepong dan kaunter tak buka dan mesin pula tak boleh masuk duit seringgit tak silap Syah katanya.  Orang sudah ramai dan komuter datang.  Mereka semua hendak cepat dan mengejar masa untuk masuk kerja lalu mereka ambil keputusan masuk komuter tanpa beli tiket.  Itu yang kecoh sedikit bila nak keluar kat KL Sentral kerana tak ada tiket.  Mereka kemudiannya beli tiket kat KL Sentral dan rasanya ada juga tu tak bayar dan keluar jer kata nak bayar.......... Nak buat macam mana kan? Itulah masalah yang kami hadapi bila naik Komuter.

Petang semalam pun Komuter ke Rawang lari dari schedulenya dan end-up dengan komuter yang six car pax tu penuh macam ikan sardin.  Kalau mereka ikut schedule dan on time perkara seperti ini tak berlaku. Banyak yang merungut semalam,  dan ada Syah dengar mereka kata macam back to normal balik komuter nie.  Maksudnya dulu masa tak ada komuter 6 coach  cuma ada 3 sahaja dan memang macam ikan sardin walaupun komuter on time tetapi semenjak komuter enam gerabak diperkenalkan taklah ada masalah berhimpit macam biasa tetapi semalam jadi back to normal coz scheduled komuter lari menyebabkan penumpang semakin ramai. Maksud Syah penumpang dua komuter terpaksa naik satu komuter, bayangkan.........

Apa-apapun perkhidmatan komuter semakin memuaskan sekarang berbanding dahulu cuma mereka kena cari jalan sedikit untuk memperbaiki lagi perkhidmatan mereka.Teknikal problem tu biasalah tetapi kalau boleh janganlah terlalu kerap berlaku. Apa-apapun terima kasih KTM kerana menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada kami dan terima kasih Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kerajaan Malaysia yang meringankan sedikit beban kami dengan memperkenalkan Kad Komuter 1 Malaysia dengan 50% diskaun tiket Komuter.

Thursday, November 22, 2012

Gelaran Anakanda Sultan Johor

22.11.2012, Khamis - Pagi tadi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan menganugerahkan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK1) kepada lima orang anakanda baginda dalam satu Istiadat    Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena ulangtahun Keputeraan baginda ke-54 yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di Muar, Johor.  Selain daripada YAM Tunku Temenggong Tunku Idris Iskandar yang menerima DK1, anakanda-anakanda baginda yang lain adalah :- 


YAM Tunku Aminah kini bergelar Tunku Tun Aminah


YAM Tunku Abdul Jalil kini bergelar Tunku Laksamana Johor


YAM Tunku Abdul Rahman kini bergelar Tunku Panglima Johor


YAM Tunku Abu Bakar kini bergelar Tunku Putera Johor

Sumber :- Bernama

Istana Tanjung

22.11.2012, Khamis - Sudah menjadi kebiasaan bagi setiap raja-raja di Malaysia mempunyai kediaman atau dipanggil Istana Hinggap disetiap daerah dibawah  jajahannya sebagai tempat persingahan baginda sewaktu melawat daerah berkenaan. Ini adalah Istana Tanjung yang merupakan Istana Hinggap kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar. Istana ini terletak didalam Daerah Muar, Johor.  Disinilah tempat persemayaman Tuanku Ibrahim dan keluarga diraja semasa sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor yang bermula hari ini yang diadakan di Daerah Muar.  Sabtu ini akan diadakan Majlis dan Istiadat Pengisytiharan Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja Johor oleh Tuanku Ibrahim di Dataran Tanjung Emas. Dengan status Bandar Diraja ini bermakna Bandar Maharani atau juga dikenali sebagai Bandar Muar akan menjadi bandar kedua penting selepas Johor Baharu. Bandar Maharani dibuka pada sekitar tahun 1884 dan nama Maharani itu sendiri diambil sempena nama isteri Almarhum Sultan Sir Abu Bakar ibni Almarhum Daing Iberahim.  Bandar Maharani mempunyai 110,000 orang penduduk. 

Sumber :- Kesultanan Johor FB / Wikipedia 

Lokasi Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Sultan Johor ke-54

22.11.2012, Khamis - Disinilah tempatnya berlangsung Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena ulangtahun Keputeraan Sultan Johor Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar  yang diadakan buat julung kalinya di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di Muar, Johor.  Balairong Seri Istana Besar Johor Baharu tidak dapat digunakan bagi istiadat ini kerana Istana Besar Johor Baharu masih lagi dalam proses baik pulih semenjak Januari 2011 dan dijangka siap pada Mei atau Jun 2013. Pada tahun ini Muar dipilih sebagai lokasi sambutan hari keputeraan baginda dan pelbagai program telah dijadualkan sempena sambutan ini yang bermula pada 21 November dan dijangka tamat pada 24 November ini.  Pada  pagi Sabtu ini, Tuanku Ibrahim akan ke Dataran Tanjung Emas, Muar untuk menghadiri Majlis dan Istiadat sempena pengisytiharaan Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja Johor. 

Sumber :- Kesultanan Johor FB / Sendiri

Lima Anakanda Sultan Johor Terima Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama

22.11.2012, Khamis - Sempena sambutan ulangtahun ke-54 Sultan Johor yang disambut hari ini, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan menganugerahkan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK1) kepada lima anakanda baginda. Pagi tadi kelima-lima anakanda baginda iaitu Tunku Tun Aminah, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar, Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar telah mengetuai senarai 404 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena ulangtahun Keputeraan Sultan Johor yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di Muar, Johor. Tahniah diucapkan kepada kelima-lima anakanda Tuanku Ibrahim diatas penganugerahan DK1.

Sumber :- Kesultanan Johor

Hari Keputeraan Sultan Johor

22.11.2012, Khamis - Patik merafak sembah dan menjunjung kasih sembah tahniah kehadapan  Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Ibrahim , Sultan dan Yang Di-Pertuan bagi Negeri Johor Darul Ta'zim dan jajahan takluknya sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Tuanku yang ke-54 tahun pada hari ini Khamis, 22 November 2012 bersamaan 08 Muharam 1434 Hijrah.





Sembah Takzim Daripada :-
Maharum Bugis Syah



Wednesday, November 21, 2012

Melawat kak Sal & Pintu Gate Tak Tutup

21.11.2012, Rabu - Akhirnya dapat juga jumpa Kak Sal hari nie.  Ikut pelan asal kami nak jumpa dia dirumahnya tetapi pagi tadi dia SMS Syah katanya :-

Kak Sal masuk wad balik kul 1am demam n doktor kata sel darah putih Kak kurang takut jangkitan kuman kak ada dh.selayang wad tkt9a katil 11.

Kak Sal baru sahaja disahkan breast cancer stage 3.  Asalnya ada ketulan dibuah dada Kak Sal setahun lepas tak silap Syah, tetapi dia tak operate dan buat perubatan secara tradisional katanya susu beku (ketulan tu). Balik dari Umrah sebelum musim haji hari tu, ketulan tu pecah dan dia refer kes nie di Hospital Pakar Selayang dan kemudianna disahkan Kanser Payudara Stage 3.  Disebabkan ketulan tu sudah pecah, doktor tak operate cuma minta Kak Sal buat dressing hari-hari dan buat kimo.  Disebabkan kejadian hari nie, kimo yang dijadualkan pada 27 November nie ditangguhkan buat sementara  waktu.  Kimo tak silap Syah Kak Sal kata tadi mengambil masa 5 atau 6 bulan.  Setelah selesai sessi kimo baru doktor akan buat decision samada hendak operat atau tidak. Untuk treatment hari nie Kak Sal kata doktor masukkan antibiotik sahaja supaya tak terkena sebrang jangkitan memandangkan darah putih Kak Sal semakin berkurangan. Walaupun baru sekali buat kimo Kak Sal kata rambutnya sudah mula gugur.  Kat hospital tadi Syah nampak banyak rambut Kak Sal pada blanketnya. 

Nampak macam orang tak sakit sebab kata Kak Sal kalau kita sakit tak perlu tunjuk kat orang kita sakit.  Nampak cekal hati Kak Sal menghadapi dugaan yang amat besar nie.  Nak menangis rasanya Syah tengok keadaan dia tetapi Syah taklah tunjukkan kesedihan tu takut nanti dia lagi sedih pula, Syah simpan dalam hati jer.  Masa we all hendak balik, nurse datang hendak buat dressing.

Syah melawat Kak Sal tadi bersama Kak Hasmah Mohd Ali, Ab Razak Ibrahim dan Rohizad Ismail.  Sepatutnya Suzana Darin dan Kak Aida hendak follow tetapi Kak Aida ada training hari ini, manakala Suzana pula bosnya ada dan tak dapat keluar.  Azlina pula replace secretary Chairman TM.  Abdul Hamid Hashim pula join lewat dan datang sendiri dan tak ikut kami sebab dia ada meeting. Tadi Syah minta Abang Razak hantar Syah balik Rawang Residence Syah kerana Azrin informed pintu pagar Syah terbuka.  Syah pula tak boleh suruh dia tutupkan pagar tu kerana pagar tu Automatic Gate dan terpaksalah Syah balik. Tak tahu macam mana boleh terbuka . Mungkin masa simpan remote controll gate dalam seluar Syah, punat remote controll  tertekan kot? Adoi. ada-ada jew kan.heheheheh

Sebelum sampai ke rumah, we all  lunch kat Batu 16, Rawang dan Kak Hasmah belanja. Abang Razak memang biasa datang rumah Syah tetapi Kak Has dan Izat 1st time datang. Adalah lima minit lepak lepas tu kami beredar balik ke office. Balik office kami guna highway sebab hendak sempat sampai dan Kak Has bayarkan.  Actually dah lama tak jumpa Kak Has semenjak dia bertukar ke Shah Alam. Ballance toll Kak Has bagi kat Syah dan katanya boleh guna beli pisang goreng......... Kak Has, Kak Has .......... heheheh

Hari nie penat sangat kerana sampai Residensi Kak Lang Ellapun sudah hampir Insyak sebab jalan gem sangat dan naik rimas Syah dalam bas tu. On the way balik beli air dan sampai Residensi Kak Lang Ella Syah makan kuih kasui dan apam kukus nona manis yang Kak Lang Ella buat sendiri.  Kak Lang tanya tak nak makan nasi ker dan Syah cakap tak nak.  Ok lah semua, sekarang sudah jam sebelas malam dan Syah hendak tidur.  Jumpa lagi yer...............

Tambah Koleksi MBS Mini Royal Library

21.11.2012, Rabu - Bertambahlah lagi koleksi untuk Maharum  Bugis Syah Mini Royal Library, Rawang Residence. Lepas balik kerja pada hari Ahad lepas Syah ke Bukit Bintang kerana ternampak dalam facebook Ku Nain dia ada beli buku kat jualan buku di Bukit Bintang Plaza.  Macam biasa, Syah  ke BB naik Bas Rapid Go KL yang percuma tu. Sampai jer BB Plaza Syah jalan-jalan sekejap dan kemudiannya Syah ke kaunter pertanyaan bertanya dimana jualan buku tu.  Receptionist tu informed Syah tempatnya dan memang banyak buku-buku lama yang dijual dengan harga RM10.00 dan RM15.00.

Akhirnya Syahpun belilah tiga buah buku dengan harga RM15.00 sebuah dan semuanya RM45.00.  Buku-buku seperti ini mungkin ada jual di AMCorp Mall setiap Sabtu dan Ahad tetapi mungkin harganya lebih mahal daripada harga asalnya kerana sukar untuk dicari. Buku Queen Mothers dan A Royal Family tu cofee table book dan memang berat.  Tu lah sebabnya rabak beg sangkut Syah kerana berat sangat isinya. Sebab tu Syah beli beg baru semalam dengan harga yang sangat murah RM29.99. By the way, buku Queen Elizabeth tu kecil jer.  Bertuah rasanya dapat buku-buku macam nie .......... Awesome sangat.

Sultan Brunei Menerima Mengadap Duta Perancis

21.11.2012, Rabu - Hari ini Sultan Brunei Kebawah Duli Yanf Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien telah menrima mengadap Duta Besar Istemewa dan Mutlak Perancis, Louis Le Vert.  Seperti biasa majlis mengadap diadakan di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan, Brunei Darussalam. 
Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei

Selamat Pagi

21.11.2012, Salam dan Selamat Pagi.  Kejap sahaja masa berlalu dan sudah hari Rabu. Hari nie Syah dari Rawang Residence dan perjalanan macam biasa as scheduled dan sampai awal kat sket kat office sebab tu boleh update pagi-pagi nie before 08:30hrs.  Nampak tak beg sebelah Syah tu.heheheh Syah beli petang semalam gantikan beg lama yang dah tanggal pemegangnya kerana bawa barang overload dan climaxnya Ahad lepas sebab Syah beli coffee table book dua dan memang berat.  Syah beli beg sekolah Power sebab ada offer kat Parkson Rawang sempena musim cuti sekolah nie, murah jer RM29.99 dan bayar guna credit card. Pagi nie Syah dah planned dengan beberapa orang member untuk melawat Kak Sal dirumahnya di Rawang.  Kak Sal bercuti panjang kerana sedang menjalani Kimo di Hospital Selayang kerana disahkan mengidap canser tahap 3.  We all akan bertolak jam 10:00hrs nanti.  Oklah semua sehingga berjumpa lagi dilain entry .......... Selamat menjalankan tugas kepada semua tak kira samada anda bekerja dipejabat, bekerja sendiri atau suri rumahtangga kerana masing-masing ada tugas yang perlu disempurnakan setiap hari kan? Byeeeeeeeeee

Tuesday, November 20, 2012

Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Rasmikan Persidangan DUN Negeri Kedah Ke-12

20.11.2012, Selasa - Hari ini Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Dato' Seri Utama Tunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah ke-12 dan Pembentangan Budget 2013 di Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah.  Kelihatan YTM Dato' Seri Utama Tunku Anuar berkenan memeriksa perbarisan kehormat Polis Diraja Malaysia.

Sumber :- Bernama

Tuanku Ibrahim Menerim Mengadap Ketua Setiausaha Negara

20.11.2012, Selasa - Pagi tadi  Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan mencemar duli menerima mengadap Ketua Setiausaha Negara, Tan Seri Dr Ali Hamsa.  Istiadat mengadap diadakan di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, Johor.  Ketua Setiausaha Negara yang dalam rangka lawatan kerja ke Johor kemudiannya menghadiri Majlis Perjumpaan dan Makan Tengahari bersama guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Aris Bendahara dan Sekolah Kebangsaan Lelaki Bandar.  Majlis diadakan di Institut Tadbir Awam (INTAN) Kluang, Johor.

Sumber :- Bernama

President Obama Mengadap Raja Thailand di Hospital

20.11.2012, Selasa - Pada hari Ahad lepas bersamaan 18.11.2012, President Amerika Syarikat, Barack Obama yang berada di Thailand untuk lawatan rasmi negara  telah mengadap Raja Thailand His Royal Majesty King Bhumibol Adulyade di Siriraj Hospital, Bangkok.  Tentu anda tertanya-tanya mengapa Mister Prisedent mengadap baginda di hospital bukan di Istana Diraja?. Keadaan berlaku kerana Siriraj Hospital adalah tempat persemayaman baginda semenjak tahun 2009 lagi hingga sekarang.  Baginda terpaksa bersemayam di hospital ini  kerana masalah kesihatan yang dihadapi oleh baginda.  Jika berlaku sebarang kecemasan, rawatan segera akan dapat dilakukan kepada baginda dengan kemudahan terkini yang disediakan di hospital ini. His Royal Majesty King Bhumibol Adulyade akan menyambut hari ulangtahun keputeraan baginda yang ke-85 tahun bulan hadapan.
















Sumber :- Royaltynu / Pattaya Mail

Jemput Makan Semua

20.11.2012, Selasa - Salam dan Selamat Tengahari Semua dan Jemput Makan....... Inilah juadah lunch Syah hari nie Sayur dan Tempe Goreng.  Apa menu anda semua hari nie ? Pagi nie Syah dari Ampang dan perjalanan berjalan lancar dan hari nie balik ke Rawang dan esok ke Ampang semula sebab Bonda Ejone akan berada seminggu di Residensi Kak Lang Ella. Pagi tadi sempat exercise jalan kaki dari Ampang Park ke KLCC.  Syah turun bas di Ampang Park dan kemudiannya jalan kaki ke LRT KLCC bukan apa sebab nak exercise.ceritanya begini ......... pagi tadi Bonda Ejone kata badan Syah dah berisi sedikit daripada terlalu kurus masa Syah masuk hospital hari tue............ Alamakkkkkkkkkk...... kena exercise nie,  tu ler jalan kaki jap sebab nak beriadah mana ada masa coz sampai rumah jer dah malam. 

Ok lah semua hingga berjumpa lagi dilain Entry........Byeeeeeeeeeeee