Friday, August 31, 2012

Bergambar Bogel Sebagai Sokongan Kepada Prince Harry

31.08.2012, Jumaat - Macam -macam cara manusia buat untuk menyatakan sokongan mereka terhadap seseorang atau organisasi. Itulah yang terjadi kepada anggota-anggota tentera yang sanggup bergambar bogel sambil memberi tabik hormat sebagai sokongan kepada Prince Harry yang gambar bogelnya bersama wanita di Las Vegas tersebar luas di internet dan akhbar. Gambar-gambar mereka di postkan kedalam military facebook group yang dinamakan Suoport Prince Harry With A Naked Salute.  Terdapat juga gambar-gambar pasangan mereka melakukan aksi yang sama sebagai sokongan keoada Prince Harry.

Macam-macam hal berlaku, tanda-tanda dunia dah nak kiamat tetapi tak tahulah bila kan? Nak menyokong  sesorang tu tak mengapa tetapi janganlah lakukan benda yang mengaibkan seperti isu gambar seorang lelaki bertenggung atas gambar pemimpin negara kita dan create bendera Malaysia yang baru pada sambutan Merdeka malam tadi. Kitakan orang Malaysia dan mana adap kita kan?

Sumber :- Royaltynu

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55 Malaysia

31.08.2012, Jumaat - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55 Kepada Malaysia.  Satu jangkamasa yang agak panjang  dan kalau manusia tu dah masuk usia pencen dan mempunyai banyak pengalaman. Terima kasih kepada pemimpin-pemimpin negara bermula dari Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj hinggalah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah membawa perubahan demi perubahan bagi mencapai matlamat Malaysia menuju ketahap Negara Maju menjelang 2020. Kami amat bangga jadi rakyat Malaysia.  TERIMA KASIH MALAYSIA. Jutaan ucapan terima kasih kepada Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussin Onn, Tun Mahathir, Tun Abdullah dan last but not least anak kebangaan Bugis seorang nie tak lain tak bukan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Thursday, August 30, 2012

Selamat Ulang Tahun Ke-80 Mak Engku Rehan

30.08.2012, Khamis - Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Ke-80 kepada Mak Engku Rehan atau nama sebenarnya YM Raja Rehan Bt Raja Yaacub.  Semuga Mak Engku Rehan dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik serta dimurahkan rezeki.  Amin. Dilahirkan dalam keluarga Diraja Perak merupakan anak ketiga daripada sepuluh orang adik beradik seibu sebapa. Bonda Mak Engku Rehan adalah YM Raja Nor Muhidayah bt Raja Bendahara Abdul Rashid.  Mak Engku berkahwin ketika berusia 19 tahun dengan YM Raja Hidran bin Raja Chik Abdul Hamid pada 28.07.1951 dan telah dikurniakan dengan 10 orang cahayamata juga.

Menurut salah seorang puteri Mak Engku Rehan, Raja Nur Jannah Hidran bahawa bondanya mempunyai minat yang sama dengan beliau iaitu mengambil gambar dan sentiasa membawa kameranya apabila bercuti atau keluar bersiar-siar.  Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?  Selain daripada itu Mak Engku juga minat membaca, menjahit, kraftangan dan bercucuk tanam. 

Menurut Ku Janah lagi, bondanya seorang yang sensitif dan mudah merajuk tetapi merupakan seorang yang tegas dan nekad serta tidak berpuas hati selagi sesuatu perkara yang dilakukan tidak selesai dengan sempurna mengikut kehendaknya.

Sumber :- Raja Nur Jannah Hidran

Wednesday, August 29, 2012

Busy Hari Ini

29.08.2012, Rabu - Hari nie Syah busy sedikit coz, pertamanya hari nie 1st day kerja disamping ada jamuan  Hari Raya untuk Group Human Capital di TM Convention Center. Jadi Syah tak dapat update blog seperti biasa.  Macam biasa tak banyak benda yang boleh dimakan kat jamuan nie dan petang tadi Syah singgah KLCC untuk makan Meehon Sup di Food court Level 4.  Lepas makan singah Kinakuniya tengok buku sekejap dan terus balik kerumah.  Sampai rumah Solat Maghrib dan basuh kain.  Sekejap lagi nak jemur.  Oklah sehingga berjumpa lagi dilain Entry ......... Selamat Malam

Tuesday, August 28, 2012

Blood Test Syah dan Aktiviti Hari Ini

28.08.2012, Selasa - Hari nie Syah ada appointment dengan Dr. Yanti mengenai blood test Syah.  Alamak tahap kolestrol Syah turun sedikit sahaja tetapi masih ditahap high risk.  Dr minta Syah buat test lagi empat bulan dan jika berada ditahap yang tidak sihat Syah terpaksa ambil juga ubat kolestrol sepanjang masa. Syah bukan tak hendak ambil tetapi Dr pernah informed Syah katanya sesetengah orang (tak semua) boleh dapat kencing manis kesan dari ubat kolestrol nie jika diambil secara berterusan.  Mengikut rekod tahap kolestrol Syah normal jika ambil ubat dan akan tinggi jika tanpa ubat since 2008 lagi.  Kata Dr mungkin Syah jenis orang yang ada kolestrol walaupun Syah jaga makanan dan hanya akan berkurangan jika ambil ubat.  Tetapi Syah akan cuba juga tanpa ubat dengan mengambil susu omega plus yang Syah beli tadi dan Syah akan makan lebih Oat.  Tunggu empat bulan lagi dan Syah akan buat blood test semula. Minta-minta cara nie berjaya jika tidak terpaksalah makan juga ubat tu bagi mengelakkan masalah pada jantung Syah pula nanti.

Pagi tadi Syah ke office sekejap sebelum ke kelinik untuk berjumpa dengan salah seorang peserta SL1M untuk berbincang dengan dia berhubung payment mereka yang selalu tersangkut.  Minta mereka mengisi borang pendaftaran vendor dan minta-minta cara nie akan melancarkan lagi proses bayaran kepada mereka.  Insyallah.......... Selepas ke kelinik Syah terus ke rumah Kak Lang Ella untuk beraya dan lepas Asar tadi baru Syah balik ke KL Residence.  Kak Lang Ella sempat buatkan bubur nasi untuk lunch Syah dan dia puasa hari ini. Esok Syah ada function Raya tetapi terlupa bawa baju Melayu lalu Syah pinjam baju Firdaus, anak Kak Lang Ella. Malas nak balik ke Rawang dan balik semula ke KL.  Gambar kat atas tu Syah dan anak saudara Syah Ijat atau Syah panggil Ku Chik sahaja manakala Firdaus tak balik lagi kerana ada kelas sampai petang.  Balik tadi singgah KLCC beli Susu Omega dan Roti untuk turunkan kolestrol.  Sampai Tmn Melati LRT, Syah singgah pasar malam beli jagung rebus dan Young Tau Foo. Oklah Syah undur diri dulu, sehingga berjumpa lagi dilain entry.  Byeeeeeeeeeeeeeeeee

Putera Mahkota Salman Pemangku Raja Arab Saudi

28.08.2012, Selasa - Putera Mahkota Salman bin Abdulaziz akan memangku jawatan Raja Arab Saudi buat pertama kalinya selepas dilantik sebagai Putera Mahkota Arab Saudi berikutan keberangkatan Raja Abdullah keluar negara untuk bercuti.  Semalam Mahkamah Diraja telah mengeluarkan satu kenyataan ringkas berhubung pemangkuan ini :-. 

"Putera Mahkota Salman akan menguruskan hal ehwal negara dan menjana kepentingan rakyat sepanjang ketiadaan Raja Abdullah"

Walau bagaimanapun tidak dinyatakan berapa lama Raja Abdullah yang berusia 89 tahun itu akan berada diluar negara dan distanasi percutian baginda. Tak tahulah samada baginda Raja Abdullah sebenarnya keluar negara untuk bercuti atau untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Sumber :- Kosmo

Monday, August 27, 2012

Sultan Brunei Berangkat Ke Majlis Pengurniaan Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam

27.08.2012, Isnin - Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam,Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien telah berkenaan berangkat ke Majlis Pengurniaan Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam.  Istiadat diadakan di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan.  Turut serta dalam istiadat ini adalah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

Sumber :  Jabatan Penerangan Brunei

Balik KL Residence Sekejap


27.08.2012, Isnin - Hari nie Syah cuti dan jam 15:00hrs tadi Syah bertolak balik ke KL Residence dan sampai jam 17:00hrs dan hari sudah mula hujan dan Syah terpaksa naik teksi balik rumah.  Sampai jer KL Residence my brother Muss ada dirumah dan dia cuti rupanya hari ini.  Rehat sekejap dan kemudiannya seperti tahun-tahun lepas Syah isi biskut raya dalam bekas untuk tetamu yang datang.  Malam nie jam 22:28hrs Nana datang bersama suami dan anak-anaknya. 

Hari ini Syah mula Puasa Enam dan Syah tak masak apa-apapun untuk buka puasa cuma minum dan Solat Maghrib.  Ingatkan hendak keluar makan ke KL Festival tetapi tak jadi sebab Muss ajak makan sekali.  Syah dan Muss ke En Tan Kopitian di Rampai Business Park.  Syah belanja my brother sekali.  Kami sampai kerumah jam 21:30hrs. Esok Syah akan mula bertugas dan rasa malas pula sebab dah lama bercuti.  Oklah gtg sehingga berjumpa lagi dilain Entry.

Sultan Brunei Ziarah Makam Diraja Brunei

27.08.2012, Isnin - Pada hari sabtu lepas bersamaan 25.08.2012   Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien telah menziarahi Makam Diraja Brunei.  Makam Diraja Brunei ini terletak di Batu 1, Jalan Tutong, Bandar Seri Bagawan merupakan  kawasan permakaman Sultan-Sultan dan kerabat Diraja Brunei.  Turut mengiringi baginda adalah adinda-adinda lelaki baginda,  putera-putera baginda serta kerabat-kerabat diraja lelaki dan para tetamu lainnya.

Didalam kubah banguna makam itu sendiri  terdapat empat buah makam Sultan Brunei iaitu Almarhum Paduka Seri Begawan Sultan Haji Sir Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien III Ibnu Sultan Muhammad Jamalul Alam II (1950-1967) merupakan Ayahanda kepada Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang telah turun dari tahta pada tahun 1967 kerana masalah kesihatan dan mangkat pada 1986, Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Ibnu Sultan Muhammad Jamalul Alam II (1924-1950) yang merupakan Ayahanda Saudara kepada Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang tidak mempunyai putera tetapi mempunyai anak perempuan sahaja dan telah memberi laluan kepada adindanya (Ayahanda Sultan Haji Hassanal Bolkiah) naik tahta Brunei,  Almarhum Sultan Muhammad Jamalul Alam Ibnu Sultan Hashim (1906- 1924) dan Almarhum Sultan Hashim Jalilul Alam Putera Sultan Omar Ali Sifuddin II (1885-1906).

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei/ Wikipedia

Saturday, August 25, 2012

Gelas Merdeka

25.08.2012, Sabtu - Sekarang Syah dikediaman Ayahanda Syah dan Jam 10:00hrs adik ipar Syah, Am fetch Syah di kediaman Bonda Ejone. Petang nanti Syah akan tumpang my sister balik ke Rawang.  Pagi tadi Syah ke kedai cermin mata untuk clearkan payment dan cermin mata tu tak sampai lagi dan mereka akan hantar melalui poslaju ke office Syah dan kos penghantaran mereka yang tanggung.  Jika ada masalah boleh jumpa mereka semula kalau tak dapat datang waktu terdekat nie Raya Haji nanti boleh katanya.  Baguskan service mereka nie. 

Sampai jer rumah Ayahanda, Am tolong Intan halau monyet dengan mercun katak.  Lepas tu Am dan Syah tolong Ayahanda rearrange bendera depan rumah. Lepas siap semuanya, kami makan lontong.  lepas tu sembang-sembang dengan parents dan Intan pasal pinggan mangkuk lama yang jadi koleksi Enche' (bonda tiri Syah).  last sekali Enche' tunjukkan koleksi GELAS MERDEKA.  Gelas nie memang sukar untuk diperolehi lagi kerana iannya dikeluarkan sempena Kemerdekaan Negara kita pada 31 Ogos 1957.

Gelas nie ada 5 biji semuanya dan dibeli oleh Parents Enche'.  lepas lihat-lihat tu tiba-tiba Enche' kata nah ambil satu buat koleksi.  Alamakkkkkkk... terharunya Syah kerana dapat gelas Merdeka ini yang memang sukar untuk diperolehi atau dilihat kecuali mereka yang menyimpannya sebagai koleksi peribadi. lepas tu Enche bagi lagi dua piring lama orang dulu-dulu yang biasanya digunskan untuk letak kuih raya atau kuih tradisional yang dinamakan kuih kacau. Terima kasih Enche'. 

Ok lah sekarang hendak masuk waktu zohor dan Enche' sudah bentang sejadah coz jap lagi kami nak Solat Zohor berjemaah yang diimamkan oleh Ayahanda seperti selalunya. Biasanya jika Ayahanda tak ke surau kami akan solat berjemaah dirumah.

Friday, August 24, 2012

24.08.2012, Jumaat - Semalam Syah ronda-ronda pekan Sabak Bernam dengan anak saudara Syah dan sempat tengok orang naik sampan untuk keKampung Kota, Perak. Since Rabu lepas Syah stay dengan Bonda Ejone dan Insyallah esok Syan balik ke Rawang Residence tumpang my sister. Pagi semalam Syah buat cermin mats baru kat kedai yang family Syah selalu tempah cermin mata since Almarhumah nenda Syah lagi. Uncle tu kata cermin mata yang Syah buat tu lari sedikit kerana sebelah kanan tak letak silau. Patutlah Syah tak selesa pakainya.

Kak Lang Ella pun selalu suruh buat cermin mata kat sini kerana uncle nie berpengalaman. Memang betul kat KL harap harga jer tinggi tetapi ada sesetengahnya buat kerja sambil lewa. By the way bagaimana cuti raya anda semua dan berhati-hati bawa kereta tu di musim perayaan nie. Semalam Syah dan Mamat hantar Ayahanda ke Maybank uruskan kewangan dia.  Pagi tu Syah ke pasar belikan Bonda Ejone ikan dan jumpa Ayahanda di Pasar dan belikan dia ikan dan sayur. Semalam juga Mak Uda dan family datang.  Lepas tu Kak Long Zainab dan family datang dan kami beraya sekejap  kerumah jiran sebelum Kak Long balik Ijok semula. Hari nie Mamat akan balik KL dan tinggallah Syah seorang kat rumah nie. Pejam celik pejam celik dah nak seminggu  kita raya kan? dan semakin ramai yang meninggalkan kampung halaman untuk balik ke kota. oklah hingga berjumpa lagi dientry selamjutnya.

Thursday, August 23, 2012

Sah Gambar Bogel Adalah Kerabat Diraja

23.08.2012, Khamis - Hari ini Kosmo melaporkan bahawa Clarence House telah mengesahkan bahawa gambar bogel yang disiarkan dalam laman hiburan berita TMZ.com adalah  tulin dan merupakan pewaris ketiga tahta Britain, prince Harry. Gambar tersebut diambil dalam sebuah bilik hotel semasa percutian Prince Harry di Last Vegas, USA. Terdapat dua keping gambar bogel Prince Harry yang disiarkan dilaman berkenaan. Salah satu gambar memaparkan Prince Harry sedang berdiri dan menutup kemaluannya dengan tangan dan di belakangnya kelihatan seorang wanita. kemungkinan Prince Harry akan menghadapi tindakan daripada nendanya, baginda Queen Elizabeth skembalinya beliu ke Britain ekoran tersebarnya gambar berkenaan.

Syah sendiri ada melihat gambar berkenaan tetapi tak sampai hati nak letak diblog Syah kerana ianya amat mengaibkan. Jika ingin melihatnya, anda googlelah sendiri.

Sumber :- Kosmo / TMZ.com

Monday, August 20, 2012

Hari Raya Pertama dan Kedua

20.08.2012, Isnin - Selamat Hari Raya kepada semua dan bagaimana sambutan hari raya anda tahun ini.  Hopefully everything going to be ok as scheduled. Tahun nie Syah beraya di kediaman Ayahanda Syah bersama Encik (bonda tiri), Tahun nie Syah tak solat sunat aidilfitri di Masjid tetapi bersolat bersama kedua orang tua Syah di surau berhampiran kediaman Ayahanda Syah. 2nd time beraya dengan Ayahanda, first time di KL sewaktu Ayahanda operation beberapa tahun lepas dan ini adalah kali pertama Syah beraya (1st day) di kediaman Ayahanda. Syah biasanya beraya di rumah pusaka nenda Syah tetapi tahun nie terasa ingin beraya di rumah Ayahanda pula. Actually semenjak kemangkatan bonda Syah sewaktu Syah berusia kurang 1 tahun, Syah telah diasuh oleh kedua nenda Syah, Ahmad Al-Haj dan Maharum Al-Hajjah serta nenda saudara Syah Sadu Al-Hajjah serta Bonda Ejone. Sebab itu rumah pusaka nenda Syahlah tempat Syah membesar dan itu tidak akan luput dari ingatan Syah. Sekarang rumah pusaka nie dibawah dibawah  pengurusan Kak Long Zainab.

Selepas solat sunat aidilfitri semalam Syah dan Am bawa Ayahanda ke kelinik kerana bibirnya tiba-tiba membengkak. Kami semua terperanjat keadaannya. Rupa-rupanya masa buka puasa petang raya tu dia tergigit bibir dan luka.  Bila jumpa doktor, Dr kata bibir Ayahanda bengkak kerana masalah tergigit tu dan dia ada kencing manis. Dr bagi ubat tahan sakit, anti biotik dan tahan bengkak serta injection antibiotik  Hari nie bengkak kat bibir Ayahanda semakit susut and going to be ok. Shukur Alhamdulillah lega sikit hati Syah. Dr minta Ayahanda jaga permakanan supaya kadar gulanya turun sedikit.

Pagi raya semalam Bonda Ejon, Mamat, Kak Ngah sekeluarga dan Kak Lang sekeluarga datang beraya ke rumah Ayahanda.  Happy sangat rasa hati Syah dapat jumpa mereka exspecially Bonda Ejon Tersayang. saydara mara Encikpun rmai bertndang. Malamnya family adik ipar Syah datang dan tak lama lepas tu Datin Paduka Norkailah dan family datang melawat Ayahanda.  By the way gambar kat atas tu motor Norton 350CC kesayangan Ayahanda Syah model tahun 1963. Salah satu koleksi peribadi kesayangan Ayahanda. Ada juga orang yang berminat nak beli dengan harga tinggi tetapi katanya "Tak Akan DiJual". ok Syah gtg dan jumpa lagi dilain entry.

Makam YAM Tengku Seri Nila Utama Pahang

20.08.2012, Isnin - inilah dia makam Yang Amat Mulia Tengku Seri Nila Utama Pahang Tengku Hajjah Ainon Jamil binti Al Marhum Sultan Abu Bakar yang mangkat pada 12 Februari lepas dalam usia hampir 85 tahun. Allahyarhamah merupakan kekanda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah. Allahyarhamah juga merupakan bekas Tengku Ampuan Terengganu semasa menjadi isteri kepada Almarhum Tengku Ali ketika Almarhum menjadi Sultan Terengganu sewaktu pemerintahan jepun. Selepas Almarhum Tengku Ali diturunkan dari Tahta Terengganu selepas Jepun menyerah kalah, Allahyarhamah telah berpisah dengan Almarhum dan dikurniakan dengan tiga orang cahayamata dan kembali semula ke Pahang.

Semasa Syah melawat Terengganu beberapa tahun lepas Syah ada menziarahi makam Almarhum Tengku Ali di Makam Diraja Kuala Terengganu. Makam Almarhum Tengku Ali diperbuat daripada Marble bewarna hitam dan dengar ceritanya makam itu dibina oleh Tengku Dato' Iskandar iaitu salah seorang anakanda Almarhum Tengku Ali dan Allahyarhamah Tengku Seri Nila Utama Pahang.

Al-Fatihah kepada Almarhum Tengku Ali dan Allahyarhamah Tengku Seri Nila Utama Pahang Tengku Hajjah Ainon Jamil semuga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang- orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.

sumber :- photo dari Syed Mustafar

Saturday, August 18, 2012

Tuanku Abdul Halim Berehat Dua Minggu Selepas Pembedahan Mata

18.08.2012, Sabtu - Pada 14 Ogos lepas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah selamat menjalani pembedahan mata kiri baginda kerana masalah Makula.  Makula merupakan penyakit degenarasi (kemerosotan) yang menjadi punca masalah buta bagi kalangan individu berumur diantara 55 hingga 60 tahun,  Pembedahan dilakukan oleh Prof. David Wong daripada University of Hong Kong dan Dr. Haslina Mohd. Ali, pakar perunding Oftalmologi Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, Kedah. 

Baginda akan berehat sepenuhnya dalam masa dua minggu dan hanya kerabat diraja terdekat sahaja dan pembantu peribadi baginda dibenarkan melawat Tuanku Abdul Halim buat masa ini.  Shukur Alhamdulillah pembedahan ini telah berjalan dengan lancar dan Syah doakan agar Tuanku Abdul Halim agar cepat sembuh.  Amin.

Sumber :- Kosmo / Utusan Online

Selamat Hari Raya

18.08.2012, Sabtu - Salam dan Apa Khabar Semua.  Esok mungkin kita akan berhari raya dan Syah mengambil kesempatan  ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Syah minta Maaf jika ada entry Syah dalam tengkusyah.blogspot.com yang menyinggung hati dan perasaan anda semua.  Semasa hari raya ini entry Syah amat terhad kerana Syah berada di kampung dan access ke Internet ada masalah sedikit.  Insyallah jika berkesempatan Syah akan update blog.  Kepada yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati dijalanraya semuga kalian selamat sampai ke destinasi yang dituju. jangan lupa ambil langkah-langkah keselamatan supaya tak jadi perkara yang tidak diingini berlaku kepada harta benda kita semasa musim perayaan ini.  Berhati-hati memandu dimusim perayaan ini kerana masih ramai lagi yang memerlukan anda terutamanya anak-anak,  isteri/suami dan ibu/bapa serta keluarga anda.  jangan lupa bertandang ke rumah sanak saudara dikampung bagi mengeratkan lagi silaturrahim semasa keluarga dan jangan asik leka tidur atau melepak didepan TV. Gunalah waktu keemasan setahun sekali ini untuk bertemu dan bermesra dengan sanak saudara Luangkanlah masa ke kubur ahli keluarga kita dan sedekahkan Al-Fatihah / bertahlil kepada mereka disamping membersihkan kawasan perkuburan mereka. Kata sesetengah orang lebih elok ziarah ke kubur pada petang hari raya atau sebelum solat sunat Aidil Fitri  kerana roh mereka ada ditempat itu............. Waullahualam.

By the way , gambar nie gambar lama sewaktu sambutan Hari Raya Haji 2011, masa ini Syah agak berisi sedikit. Gambar terbaru belum ada lagi kerana esok baru raya okey ............ hehehehheheh. Sehingga berjumpa lagi dilain Entry............... 

Thursday, August 16, 2012

Rambut Raya .................... Hehehehehhe

16.08.2012, Khamis - Salam dan apa khabar anda semua.  Ahad nie Insyallah kita akan menyambut hari raya.  Bagaimana persiapan anda semua.  Semalam dan hari ini Syah cuti dan esok Syah akan balik ke kampung bersama my lill Sis Intan dan hubbynya Am. Kebetulan curi hari nie Syah jalan-jalan ke Bukit Bintang Plaza sebab lama dah tak keluar berjalan-jalan.  Hari nie Syah gunting rambut.  Dua tiga hari lepas lagi Syah terfikir hendak gunting ker tidak dan akhirnya hari nie buat keputusan gunting jew. Pada mulanya ingatkan hendak biarkan panjang tetapi hair stylist tu cadangkan Syah nipiskan kat tepi dan belakang dan atas tu biarkan panjang dan Syah boleh sikat ke atas atau ketepi.  Ala senang cakap macam  style penyanyi Noah Hujan tu. Hehehhehe tak per lah cuba sekali sekali. 

Monday, August 13, 2012

Sultan Pahang Berbuka Puasa di UIAM

13.08.2012, Isnin - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah telah berkenan berbuka puasa di Masjid Sultan Ahmad Shah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuala Lumpur. Dalam majlis berbuka ini Tuanku telah berkenan memberi sumbangan kepada tabung pelajar UIA dari Syria dan memberi sumbangan kepada  10 orang pelajar yang tidak berkemampuan.  Turut serta adalah Presiden UIAM, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Sumber :- Bernama


Datuk Seri Najib Tun Razak Buat Umrah

13.08.2012, Isnin - Shukur Alhamdulullah Anak Bugis seorang nie, tak lain tak bukan Perdana Menteri yang amat kita  kasihi, YAB Datuk Sri Najib Tun Razak dan Isteri telah menunaikan ibadah Umrah hari ini. Kelihatan YAB Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor berjalan keluar daripada Masjidil Haram.  YAB Datuk Seri Najib berada di Mekah untuk menghadiri Sesi Luar Biasa ke-4 Persidangan Kemuncak Islam yang akan diadakan pada 14 hingga 15 Ogos di Kota Suci Mekah Al-Mukarramah.

Sumber :- Bernama

Aktiviti Semalam dan Hari Nie

13.08.2012, Isnin - Hari nie Syah ada appointment dengan Dr Yati di Kelinik Pusat Perubatan Menara di Aras 26, TM Annexe 2 kerana dia hendak tengok mata Syah.  Mata Syah sudah semakin pulih dan esok dah mula boleh kerja semula. Balik dari kelinik tadi singgah ke KLCC jalan-jalan sekejap sambil tunggu waktu Zohor dan selepas solt Syah balik ke KL Residence.  Dari LRT Melati Syah naik teksi dan on the way tu driver tu tanya belajar lagi ker dan Syah kata "kerja dah bang" dan bila sampai KL Residence Syah dia tanya sewa kat sini ker dan Syah kata "rumah sendiri" dan dia macam terperanjat  katannya muda lagi dah beli rumah dan Syah jawab kan dia "Bang.......... saya nie muka jew nampak muda tetapi dah berumur sambil dia tengok muka Syah sekali lagi melalui cermin belakang teksinya sambil kami ketawa.  Tambang RM3.40 dan Syah bagi dia RM4.00 sambil kata "tak payah pulangkan baki yer bang?" dan dia ucapkan terima kasih. 

By the way gambar kat atas tu Syah ambil semalam di office baru Syah.  Syah datang kerja untuk siapkan kerja Syah kerana Jumaat lepas Syah MC sebab sakit mata.  Syah sampai office jam 08:55hrs dan keluar jam 17:30hrs.  Muss dan Cd fetch Syah kat office kerana Muss hendak ambil kuih raya yang dia tempah melalui kawan Syah.  Malam tadi kami berbuka puasa di Pak Ya Chinese Muslim Food kat Ampang.  Masa kami sampai dah full house dan kami berbuka ala kadar sekejap kat gerai dan terus ke Carrefour jalan-jalan dan sempatlah Syah Solat Maghrib kat surau. Muss dan Cd shopping ............. hampir jam 20:00hrs kami ke Restoran Pak Ya semula untuk makan.  Semalam Syah tak solat Terawikh dan sampai rumah hampir jam 22:00hrs kerana jalan jem ada kemalangan jalanraya on the way balik ke KL Residence kami.

Sunday, August 12, 2012

Sultan Selangor Beri Sumbangan Peribadi Kepada Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj

12.08.2012, Ahad - Hari ini Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan menyampaikan sumbangan peribadi baginda sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada 62 orang penghunui rumah anak yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj (RAYSAAS) di KM17 Pantai Puteri, Tanjung Keling, Melaka.  Turut serta dalam majlis ini adalah Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil bin Yaakob serta Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Rustam Ali.

Menurut pengurus RAYSAAS, Tuan Haji Ibrahim bin Hamid, Sultan Selangor merupakan penyumbang terbesar rumah anak yatim ini semenjak pembinaannya pada 2001.  Menurut beliau lagi, pada masa ini terdapat 90 orang penghuni yang terdiri daripada kanak-kanak berumur diantara lapan hingga tujuh belas tahun tinggal di rumah anak yatim ini yang diselenggarakan oleh 13 orang kakitangan. 

Pembinaan awal RAYSAAS yang boleh memuatkan 100 orang penghuni ini bermula pada November 2001 dan siap sepenuhnya pada Februari 2002 diatas tanah yang telah diwakafkan oleh Y Bhg Datuk H.M. Shah.  RAYSAAS dirasmikan oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Kos pembinaan RAYSAAS berjumlah RM2.7 juta diterima daripada sumbangan Kerajaan Negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka dan sumbangan orang ramai. Pengurusan RAYSAAS dikawal sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Melaka melalui peruntukan kewangan yang ditetapkan.  Objektif utama RAYSAAS adalah untuk memberi perlindungan kepada anak-anak yatim dan miskin dalam negeri Melaka.  Misi utama RAYSAAS adalah untuk memberikan kehidupan yang harmoni dan bahagia dan membimbing anak-anak tersebut dalam pembentukan sahsiah diri yang mantap dengan ilmu pengatahuan dan penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

Sumber :- Bernama / Majlis Agama Islam Melaka

Gambar Siapa Kat Duit Kita

12.08.2012, Ahad - Tak lama lagi dah nak Raya kan dan salah satu persiapan wajib untuk setiap raya adalah angpau atau duit raya.  Duit raya nie dah jadi satu kemestian bagi masyarakat kita ikut kemampuan masing-masing.  Tak banyak sedikit mesti ada exspecially untuk ibubapa dan anak-anak dan mana yang agak mampu bagi kepada saudara mara dan budak-budak yang datang beraya. Kalau tahun 1980an dulu limapuluh sen tu dah dikira besar tetapi zaman sekarang budak-budak tak pandang pun dan sekurang-kurangnya kena bagi RM1.00 kalau tak kena katalah jawapnya....... Nakalkan? budak-budak sekarang nie tak macam kita dulu-dulu terima jer apa yang orang bagi. Anda pula bagaimana dah tukar duit raya dah ? sekarang nie bank negara dah keluarkan note baru lagilah berlumba-lumba orang nak mendapatkannya untuk dijadikan duit raya.

Cakap pasal duit raya nie, tahu tak anda gambar siapa kat matawang kita tu. Jangan terperanjat kalau Syah bagitau ada juga diantara kita yang tak tahu gambar siapa kat duit tu dan ada yang mengatakan gabenor bank negara sebab disebelah gambar tu ada ruangan tandatangan gabenor bank negara............ Hehehhe macam-macam kan?  lawak betul. Gambar itu adalah gambar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pertama selepas Tanah Melayu mendapat kemerdekaan daripada British pada 31.08.1957. Baginda adalah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum  Tuanku Muhammad yang merupakan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. 

Almarhum Tuanku Abdul Rahman merupakan Ayahanda Mertua kepada Yang di-Pertuan Agong sekarang, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong  Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Alhaj Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.  Gambar diatas merupakan potret Almarhum Tuanku Abdul Rahman bersama permaisurinya yang juga merupakan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pertama, Almarhumah Tuanku Kurshiah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin. Tuanku Abdul Halim berkahwin dengan Al-Marhumah Tuanku Hajah Bahiyah yang merupakan puteri kepada Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan Almarhumah Tuanku Kurshiah.

Saturday, August 11, 2012

Pulau Pinang Diambil Daripada Sultan Kedah

11.08.2012, Sabtu -  Pada hari ini 11 April  dalam tahun 1786, Francis Light telah mengambil Pulau Pinang daripada Sultan Kedah Ke-20, Sultan Abdullah Mukarram Shah yang memerintah mulai tahun 1778 - 1797.  Pulau Pinang adalah kawasan strategik yang diperlukan oleh pihak Inggeris untuk dijadikan penempatan, pelabuhan perdagangan dan pengkalan perang mereka disamping mengawal jalan laut di Asia Tenggara.  Diantara Syarat yang diletakkan oleh Sultan Kedah adalah agar pihak Syarikat Hindia Timur memberi bantuan senjata dan menentang sebarang kuasa yang ingin menjajah Kedah.  Francis Light telah bersetuju dengan syarat-syarat berkenaan tanpa mendapat persetujuan Syarikat Hindia Timur di India mengakibatkan beliau tidak mendapat membantu Sultan Kedah apabila Kedah diserang.  Pada tahun 1791, atas rasa tertipu oleh penjajah ini, pasukan tentera Sultan Kedah telah menyerang Syarikat Hindia Timur untuk menghalau mereka keluar dari Pulau Pinang. walau bagaimanapun usaha ini telah gagal dan bermulalah pendudukan Inggeris di Pulau Pinang dan pengesahan hakmilik Pulau Pinang kepada mereka dengan tipu helah Francis Light melalui satu perjanjian tanpa kerelaan Sultan Abdullah.  


Nasi sudah menjadi bubur, Pulau Pinang telah terkeluar daripada jajahan Kedah sehingga hari.  Satu ketika dahulu Sultan-Sultan Kedah telah melarang Keluarga Diraja Kedah daripada berkahwin dengan wanita Inggeris kerana menganggap mereka telah menipu Sultan Kedah untuk mendapatkan Pulau Pinang.  Walau bagaimanapun sekarang larangan itu telah tidak digunapakai lagi.  Francis Light meninggal dunia pada 21.10.1794 akibat malaria dan meninggalkan empat anak perempuan dan dua anak lelaki luar nikah daripada "isterinya" Martina Rozells. Salah seorang anak lelaki luar nikahnya Kolonel William Light yang merupakan pengasas bandar Adelaide, Australia.  Kubur Francis Light ada di Pulau Pinang dan lokasinya di The Protestant Cemetery Penang, Jalan Sultan Ahmad Shah, George Town  yang terletak berhampiran Eastern and Oriental    Hotel.  Pada kuburnya ditulis - Francis Light ESQ Who first established this Island as a British settlement.

Sumber :- Arkib Negara / Info sendiri / Google / Wikipedia

Sultan Brunei Tunaikan Umrah

11.08.2012, Sabtu - Pada malam 08.08.2012 lepas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah berangkat ke Arab Saudi bagi menunaikan ibadah Umrah. Dalam masa yang sama Tuanku Sultan akan menghadiri Sesi Luar Biasa ke-4 Persidangan Kemuncak Islam pada 14 hingga 15 Ogos ini yang diadakan di Kota Suci Mekah Al-Mukarramah.

Turut mengiringi baginda berdua adalah putera dan puteri baginda, YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik, YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Azeemah Ni'matul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lulabul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah serta kerabat-kerabat  diraja Brunei

Sebelum berangkat ke Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba untuk menaiki pesawt khas ke Arab Saudi, doa selamat telah dibacakan di Istana Nurul Iman oleh Mufti Kerajaan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.  Turut mengucapkan selamat tinggal di Hanger Penerbangan Kebawah Duli yang Maha Mulia adalah  Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, anakand-anakandan baginda, adinda-adinda baginda, kerabat diraja, Pengiran-Pengiran Chateria, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Diraja, Menteri-Menteri kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Pemangku Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei serta isteri masing-masing.

Syah doakan agar KDYMM Tuanku Sultan, KDYMM Raja Isteri  dan Rombongan Selamat Pergi dan Balik daripada mengerjakan Umrah

Sumber : Media Permata / Kementerian Penerangn Brunei

Friday, August 10, 2012

Mata Syah Ada Masalah

10.08.2012, Jumaat - Maaf semua kerana dah hampir dua hari tiada entry daripada Syah kerana Syah kurang sihat.  Lately tekak Syah rasa sakit dan hendak demam dan badan rasa panas serta hidung tersumbat. Mungkin kekeringan kerana berpuasa dengan keadaan cuaca sekarang nie. Pagi Khamis semalam bila bangun tidur sahaja, penghilatan mata kiri Syah jadi kabur. Syah cuba kedipkan mata dan biasanya akan hilang tetapi kali nie macam kekal dan lama baru ok serta merimaskan.  Ya Allah apa pula masalah nya nie dan Syah sempat solat hajat supaya tak jadi benda-benda yang tak elok pada mata Syah.

Rasa kabur tu kejap ada kejap hilang dan bila Syah lihat lampu, mata sebelah kiri Syah akan nampak macam bulatan atau "hollow".  Syah memang ada masalah kat mata dan ianya menakutkan Syah.  Sampai office terus Syah ke kelinik Zariff dan doktor terus referkan Syah ke Hospital Pakar Selayang sebab dia pernah referkan Syah kesana tiga tahun lepas.  Masa tu Hospital Selayang suspect Syah ada glacoma dan setelah hampir setahun buat pemeriksaan (biasalah hospital pakar kerajaan ramai pelanggan) mereka dapati tiada Glacoma. Shukur Alhamdulillah. Syah memang ada masalah mata kering dan flotters (nampak benda hitam beterbangan bila lihat exspecially benda putih).  Ada masanya mat kiri Syah nampak macam ada benda bergerak  ada masa-masanya dan dalam keadaan lain bila Syah pandang tiles kat offixe Syah atau Syah pakai ada satu baju belang hitam Syah, Syah akan nampak reflection benda tu kat bahagian bawah mata Syah dan ianya merimaskan.  

Dari office pagi semalam terus Syah ke Hospital Selayang kerana tak mahu tangguh-tangguh lagi.  Syah naik teksi dan kena caj RM21.00.    Proses berjalan lancar sebab Syah pernah ada rekod kat situ tetapi disebabkan sudah hampir tiga tahun mereka minta Syah daftar semula dan kena caj RM30.00 untuk pendaftaran. Mas dalam bilik doktor buat pemeriksaan mata dan Syah terdengar mereka berbincang sesama sendiri dan kata mungkin "retina mata" Syah pecah.   Alamak kecut dengarnya.  Setelah buat pemeriksaan doktor kata mata Syah sangat kering dan gel-gel yang biasanya ada dalam mata Syah ada yang mengeras dan katanya itu tak ada ubat dan ianya terjadi disebabkan faktor usia.  Sebab itu dia kaata Syah rasa macam mata Syah bengkak dan kabur tu.  Dia bagi Syah ubat titik " artifical tears" dan next two month kena datang ambil ubat tu lagi. Appointment untuk buat test selanjutnya pada 14.02.2013, Alamak lamanya dan biasalah orang ramaikan menunggu giliran............. mungkin kes Syah nie tak urgent.

Pagi tadi mata syah tak boleh buka dan penuh dengan tahi mata.  Syah buat solat hajat dan call Ayahanda informed masalah Syah.  Menangis dia  mendengarnya dan katanya macam-macam jadi kat Syah lately. Tadi Syah call bonda tiri Syah dan dia informed Ayahanda Syah susah hati sangat pagi tadi. Kemudiannya Syah informed Ayahanda supaya jangan risau sangat.  My sister Intanpun call pagi tadi dan hendak fetch Syah ke kelinik dan Syah kata ok sebab kelinik tu kat office sahaja.  Dia macam regret kerana masa pergi Selayang tu tak informed dia dan Syah pergi sendirian.

Berbalik pada cerita mata Syah, keadaan mata yang bertahi tu dan sedikit gatal macam orang sakit mata tetapi doktor kat Kelinik dan hospital tak syakpun Syah kena  sakit mata.  Itu Syah heran tu sebab tak ada antibiotik, Lalu Syah ambil keputusan jumpa doktor lain buat 2nd opinion.  Syah ke Kelinik Pusat Perubatan Menara dan Dr Yanti kata jika tengok mata Syah yang merah tu macam sakit mata dan mungkin ada infection.  Syah sebelum kena sakit nie tekak Syah sakit dan badan Syah panas.  Dia kata ada masanya infection kat tekak boleh juga kena infection kat mata.  Kata Dr Yanti sakit matapun boleh menyebabkan pandangan kita kabur sebab infection tu dan mata akan bengkak.  Syah informed dia memang mata Syah rasa macam bengkak dan bila sujud untuk solat mata Syah sakit begitu juga bila Syah kedip mata kuat-kuat akan rasa sakit.

Doktor bagi Syah ubat titik dan makan antibiotik serta ubat tahan gatal. ubat titik tu kena pakai 4jam sekali dan yang ubat makan tu Syah akan ambil lepas berbuka puasa dan sahur nanti.  Doktor minta Syah jumpa dia semula on Monday. Dia bagi Syah MC dan Syah tak mahu tetapi katanya kena balik juga kesian kat kawan-kawan kalau berjangkit nanti sebab sudah hendak raya.  katanya jika Syah pegang mata kena basuh dengan sabun kerana jika tangan kita bersentuhan dengan orang lain boleh menyebabkan jangkitan tu.  Sekarang sudah jam 17:00hrs dan mata Syah sudah ok sedikit dan cuma ada rasa sakit sedikit sahaja dan gatal.  Bila kedip mata dan sujud tu sakitnya sudah berkurangan dan rasa kabur tu sudah berkurangan juga. bangun tidur tadi ada sedikit tahi mata.  Cuma mata sebelah kanan pula dah mula nak gatal-gatal. Oklah Syah nak solat Asar nie, jumpa lagi dilain Entry dan doakan agar Syah cepat sembuh dan mata Syah sihat semula dan tak jadi benda-benda yang tak elok pada mata Syah.  Terima kasih semua.

Wednesday, August 8, 2012

Sultan Selangor Berbuka Puasa Bersama Rakyat Di Taman Medan

08.08.2012, Rabu - Petang tadi, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan berbuka puasa, Solta Maghrib, Insyak dan Terawikh  di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan, Petaling Jaya.  Terdahulu Tuanku Sultan telah berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada kepada 196 0rang anak-anak yatim, 32 orang ibu tunggal dan 70 orang saudara baru.  Majlis ini dianjurkan oleh Kumpulan Gapurna dan Jabatan Agama Islam Johor.  Turut mengiringiadalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Khalid Ibrahim dan Pengerusi Gapurna Sdn Bhd, Tan Sri Abdul Halim Ali.

Sumber :- Bernama

Buka Puasa Meraikan Abang Zul Pencen

08.08.2012, Rabu - Semalam Syah dan member office berbuka puasa diluar meraikan persaraan Abang Zul.  Kami collect duit RM50.00 setiap seorang adalah dapat RM300.00 dan our ex-boss tak dapat datang tetapi di bagi duit juga. Kami juga gunakan sedikit duit collection kelab kami untuk majlis ringkas ini.   Selain meraikan Abang Zul yang hendak bersara kami juga belikan dia sedikit cenderahati.  Kami buka puasa di Chili's Midvalley. Kepada Abang Zul selamat bersara dan berehat secukupnya dirumah. Dalam gambar nie Abg Zul dihadapan sekali dan disebelahnya Saiful, our new boss, Abang Talib, Syah dan dihadapan sekali tu Dek Nor dan disebelahnya adalah Kak Rose.

Monday, August 6, 2012

Surau Diperbuat Daripada Kayu Siraja Di Raja

06.08.2012, Isnin - Gambar ini merupakan sebuah surau dan Jika anda melihat gambar ini ianya tiada beza dengan surau-surau lainnya yang terdapat ditempat kita. Ini adalah Surau Haji Wok yang terletak di Bukit Chandan, Bandar Diraja Kuala Kangsar.  Surau ini dibina oleh Allahyarham Tuan Haji Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji Wok  yang merupakan seorang ulama terkenal dan disegani disekitar Bukit Chandan suatu ketika dahulu. Selain daripada itu, Allahyarham juga telah dianugerahkan bakat besar dalam bidang pembinaan dan ukiran kayu.  Salah satu hasil pertukangan Allahyarham adalah surau ini dan uniknya surau ini dibina daripada kayu-kayu yang digunakan untuk pembinaan Siraja Di Raja yang merupakan usungan/pedati khas yang membawa jenazah beberapa orang Kerabat Diraja Kanan Perak Darul Ridzuan. Kreative sungguh idea Allahyarham kan? memanfaatkan sepenuhnya bahan-bahan yang digunakan untuk pembinaan Siraja Di Raja tanpa pembaziran. Gambar dibawah adalah contoh Raja Si Raja yang digunakan sewaktu permakaman Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 30.03.2012 lepas.  Walau bagaimanapun material pada Siraja Di Raja ini bukanlah sebahagian dari material yang digunakan oleh Surau Haji Wok.



















Sumber :- Raja Mariam Mohd

Raja Dr. Nazrin Shah Hadiri Perasmian Majlis Sambutan Nuzul Quran dan Perasmian Masjid Taufiqiah

06.08.2012, Isnin - Semalam Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan   menghadiri majlis perasmian sempena Sambutan Nuzul Quran dan Perasmian Masjid Taufiqiah, Kampung Chuar Ulu, Katidi Kuala Kangsar. Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK), Dato' Mohd Yusop Husin.

Sumber : Bernama

Ke Citibank Awal Pagi Nie

08.06.2012, Isnin - Pagi semalam Syah bertolak ke KL Residence dan dah terlanjur ke KL Syah jalan-jalan di Bazar Ramadhan Jalan Masjid India.  Kebetulan, samai jer ke Jalan Masjid India  tiba-tiba ada bunyi siren kereta peronda dan rupa-rupanya Timbalan Perdana Menteri datang melawat bazar berkenaan . Sempat lihat TMP dari dekat dan ini adalah pertama kali Syah lihat TPM secara live.  Pagi nie Muss outstation tetapi dia kepejabat dulu.  Actually hari nie Syah plan tidur di KL Residence sebab ada majlis berbuka puasa meraikan Abang Zul yang akan bersara tetapi tiba-tiba dibatalkan kerana Selangor cuti dan En Talib takut jalan jem dan restoran penuh.  Alamak..... terpaksalah esok Syah stay di KL Residence lagi dan lari schedule yang Syah dah aturkan.  Tak mengapalah small matters walaupun sedikit regret.  

Pagi tadi Syah keluar awal sedikit sebab hendak singgah ke Citibank untuk bayar hutang credit card yang due datenya hari Sabtu lepas dan satu kad tu hari ini.   Syah pula tertinggal statement kat office dan terpaksa call customer service mereka untuk buat bayaran kerana Syah terlupa amountnya. Selepas dapat figure yang hendak di settlekan terus Syah isu cheque untuk dua kredit card Syah.  Setelah selesai Syah bertolak semula ke pejabat dan sempat sampai on the dot jam 08:00hrs. Sekarang nie waktu lunch dan pejam celik pejam celik dah 17 hari kita berpuasa dan tak lama lagi dah hendak raya kan?  Bagaimana persiapan hari raya anda semua, Syah macam biasa tak beli apa-apapun untuk diri sendiri cuma sediakan budget untuk parents, bonda saudara  dan anak-anak saudar Syah sahaja. Tak tahulah last minute nanti Syah membeli plakkan? Heheheh ................. ok gtg, hingga berjumpa lagi dilain entry.

Sunday, August 5, 2012

Happy Birthday DYTM Tengku Puan Pahang

05.08.2012, Ahad - Hari ini merupakan hari kelahiran Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar. DYTM Tengku Puan Pahang merupakan puteri kepada Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Almarhum Sultan Ismail al-Khalidi, Sultan Johor dan bondanya adalah Yang Amat Mulia Enche' Besar Hajah Kalsom Abdullah atau nama asalnya Josephine Trevorrow seorang wanita berbangsa Eropah. . DYTM Tengku Puan Pahang diputerikan di Istana Bukit Stulang, Johor Baharu pada hari Jumaat 05.08.2012. Istana Bukit Stulang merupakan kediaman rasmi Sultan Iskandar yang ketika itu menjadi Tunku Mahkota Johor.  Nama DYTM Tengku Puan Pahang diambil sempena nama Bonda Saudara Almarhum Sultan Iskandar iaitu adinda kepada Almarhum Sultan  Ibrahim.


Syah mengambil kesempatan ini merafak sembah ucap Selamat Menyambut Hari Lahir kepada DYTM Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar, Semuga dipanjangkan Usia dan Dimurahkan Rezeki Hendaknya,Amin.


Sumber : Wikipedia/Kesultanan Johor

Friday, August 3, 2012

Pengiran Muda Mahkota Menerima Mengadap Duta

03.02.2012, Jumaat - Semalam Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah telah berkenan menerima mengadap secara berasingan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam Mark Douglas Sawers (kiri) dan Duta Besar Republik Persekutuan Jerman ke Negara Brunei Darussalam Dr Bernd Max Morast (kanan) yang akan menamatkan perkhidmatan mereka di Brunei.   Majlis diadakan di Qashr Al-Meezaan dengan didahului oleh Tuan Yang Terutama Mark Douglas Sawers. Beliau telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 4 April 2009. Duli Yang Teramat Mulia kemudiannya berkenan menerima mengadap Dr Bernd Max Morast. Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 22 November 2011.


Sumber :- Media Permata

Thursday, August 2, 2012

Nasi Beringin Harum @ Nasi Diraja


02.08.2012, Khamis - Dalam bulan puasa nie sedap jugakan kalau kita cerita pasal makan an............hehehehhe.  Pernah dengar tak Nasi Beringin ?  Tahukah anda bahawa sewaktu pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ibrahim, Sultan Johor ke-2 Era Moden yang memerintah dari tahun 1895 hingga 1959 Nasi Beringin atau juga dikenali sebagai Nasi Beringin Harum atau Nasi Diraja telah mendapat tempat di Istana Johor dan menjadi pilihan utama baginda sebagai menu utama untuk menjamu para tetamu baginda.  Nasi ini sesuai dihidangkan bersama acar ikan, ayam masak merah, rendang kambing, acar timun dan bergedel.  Syah pernah makan nasi nie dan mula-mula memang pelik sebab tak pernah dengar nama tu sebab kita biasa nasi ayam/minyak/beriyani/arab sahaja kan? 

Jika anda berminat hendak mencuba Nasi Beringin nie anda boleh mencarinya di Foodcourt Aras 2, Menara Mutiara Bangsar di Jalan Liku, Bangsar.  Syah pernah makan kat situ beberapa tahun lepas.  Jika naik LRT boleh turun di Stesyen Abdullah Hukum dan jalan kaki sedikit ke Mutiara Bangsar. Nasi nie mula dijual waktu lunch dan tak silap Syah harganya dibawah RM5.00 (sebab lupa dah lama tak kesana) tetapi bulan puasa nie tak tahu Syah samada iannya dibuka atau tidak. Nasi Beringin ini  rupanya macam Nasi Ayam pun ada dan baunya  harum seperti nasi minyak tetapi lebih harum lagi.

Resipinya yang Syah dapat google seperti berikut tetapi ada juga yang menambah air mawar serta badam dan gajus.  Agaknya sebab air mawar tu kot baunya menjadi harum.

Bahan-bahannya :- 

4 cawan beras basmathi
41/2 cawan santan
2 sudu besar minyak sapi/marjerin
2 batang serai (dimayang bulat nipis atau dititik)
5 ulas bawang merah(mayang nipis)
2 ulas bawng putih(mayang nipis)
3 cm halia(ditumbuk lumat)
4 helai daun pandan
2 cm kulit manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 biji bunga cengkih
5 butir biji halba
garam secukupnya

Cara Memasak:-

Cuci beras, rendam selam 5 minit dan toskan. Panaskan minyak sapi, goreng bawang  hingga kuning dan wangi.  Masukkan halia, rempah penumis(kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) dan juga serai serta daun pandan. Tumis hingga harum. Masukkan santan dan apabila mendidih masukkan sekali beras dan masak seperti biasa hingga kering. Jika menggunakan periuk elektrik masukkan sekali beras dengan santan dan masak seperti biasa. Bila nasi sudah kering, gembur-gemburkannnya.  

Selamat mencuba yer makanan yang menjadi pilihan utama di Istana Johor satu ketika dahulu.

Sumber :- Kesultanan Johor/warisan nenek@mesra.net

Perjanjian Persahabatan EIC - Johor























02.08.2012, Khamis - Pada hari ini 02 Ogos satu perjanjian telah ditandatangani di antara John Crawfurd, Residen Inggeris di Singapura pada tahun 1824 (02.08.1824) bagi pihak Kompeni Hindia Timur Inggeris (EIC) dengan Sultan Hussain Shah ibni Almarhum Sultan Mahmud III dan Temenggung Abdul Rahman. Perjanjian itu ditandatangani di Singapura dan telah disahkan oleh Gabenor Jeneral Inggeris di Fort William, India pada 19hb. November tahun 1824. Mengikut perjanjian yang mengandungi 14 perkara itu, Sultan Hussain dan Temenggung Abdul Rahman bersetuju menyerahkan Pulau Singapura serta pulau-pulau dalam lingkungan sepuluh batu dari pantainya kepada pihak Inggeris. Sebagai gantinya Sultan menerima wang hadiah sebanyak 33,200 Ringgit Sepanyol dan gaji bulanan sebanyak 1,300 ringgit, selama hayat baginda. 


Temenggung pula menerima wang hadiah sebanyak 26,800 ringgit dan gaji bulanan sebanyak 700 ringgit selagi ada hayatnya. Selain dari itu, jika Sultan Hussain dan Temenggung berpindah keluar dari Singapura, Kompeni Inggeris akan membayar 20,000 ringgit dan kepada Temenggung atau penggantinya sebanyak 5,000 ringgit. Perjanjian ini juga telah membatalkan persetiaan-persetiaan dan persetujuan-persetujuan yang telah pernah dibuat di antara Kompeni Hindia Timur Inggeris dengan Sultan dan Temenggung. Natijah daripada perjanjian ini, Sultan Hussain telah kehilangan kuasa dan kedaulatannya ke atas Singapura. Perjanjian yang menjadikan Singapura hak milik Inggeris itu adalah lanjutan daripada usaha-usaha yang telah dimulakan oleh Thomas Stamford Raffles pada awal tahun 1819 bagi menjamin kepentingan Inggeris di Singapura. Sesungguhnya dengan termeterainya perjanjian itu, pada hari ini dalam tahun 1824, peristiwa ini telah mengubah perjalanan sejarah kerajaan Johor yang dahulunya meliputi Johor, Riau, Lingga, Singapura, Pahang dan pulau-pulau di sekitarnya. Dengan itu juga Singapura telah jatuh ke tangan pihak Inggeris.

Gambar diatas adalah makam Almarhum Sultan Hussin Shah didalam kawasan Masjid Tangkera, Melaka.  Syan ambil gambar ini sewaktu lawatan Syah ke Makam Almarhum pada 27.12.2010 manakala gambar dibawah adalah John Crawfurd, Residen Inggeris di Singapura.  Al-Fatihah  kepada Almarhum Sultan Hussin Shah semuga roh baginda ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin. 

Sumber :- Arkib Negara/Wikipedia

Wednesday, August 1, 2012

Pembentukan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu


01.08.2012, Rabu - Pada hari ini dalam tahun 1955, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Ketua Parti Perikatan telah  membentuk  Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu. Pembentukan Kabinet itu berikutan kemenangan besar Perikatan  dalam  PilihanrayaPersekutuan Tanah Melayu yang diadakan pada 27 Julai 1955 dengan majoriti 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Pembentukan barisan kabinet pertama ini terdiri daripada 10 orang Menteri, 2 orang Timbalan Menteri dan 3 orang    Penolong Menteri. 


Anggota Jemaah Kabinet yang dilantik terdiri daripada pemimpin-pemimpin parti komponan Perikatan iaitu UMNO, MCA dan MIC. Pengumuman rasmi pembentukan anggota Kabinet pertama ini telah dilakukan oleh Pesuruhjaya TInggi British, Sir Donald Amc Gillivary pada 04 Ogos 1955 di King House setelah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu sebagaimana yang diperuntukkan di dalam perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.  Upacara mengangkat sumpah berlangsung pada 09 Ogos 1955 dengan disaksikan oleh Ketua Hakim, Mr Prethaser. Secara tidak langsung , dengan pembentukan Kabinet Pertama Tanah Melayu ini pada tahun 1955 telah merintis kepada kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.


Sumber :- diambil dari Arkib Negara

Sultan Selangor Rasmikan Masjid Rantau Panjang

01.08.2012, Rabu - Semalam Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan merasmikan Masjid  Rantau Panjang, Bistari Jaya, Selangor.  Masjid ini mula digunakan semenjak 02 Ogos 2011 dan mula dibina pada 2009 dengan kos RM4.6 juta. Dalam majlis ini juga, baginda telah menerima zakat perniagaan daripada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor berjumlah RM200,000.00 daripada En Ali Ahmad Pengurus Besar Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor. Kemudiannya baginda menyampaikan sumbangan Hari  Raya kepada 514 golongan kurang berkemampuan termaasuk 207 asnaf miskin, 141 anak yatim dan 125 asnaf mualaf. 

Sultan Selangor dalam titah baginda mahukan agar Masjid bebas daripada pengaruh politik dan pihak-pihak yang berkepentingan bagi menjamin kesejahteraan dan perpaduan dikalangan umat Islam terutamanya di Selangor. Tambah baginda lagi, Masjid dan Surau merupakan tempat ibadah yang suci bagi mendekatkan diri dengan Allah dan bukannya lokasi penyebaran ideologi politik.  Sehubungan dengan itu, baginda menasihatkan agar Ahli jawatankuasa Masjid dan Surau menggunakan imam dan pensyarah jemputan bertauliah yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Selangor.  Sebagai Ketua Negeri, baginda akan memastikan tiada anasir yang akan merosakkan bangsa Melayu dan agama Islam.  Tindakan tegas akan dikenakan kepada individu atau pihak yang mencetuskan permusuhan dan perbalahan antara kaum dan masyarakat di Selangor. Tuanku menyeru supaya kaum Melayu di Selangor bersatu padu dan tidak berbalah kerana perbezaan ideologi politik.

Titah baginda, "Kita orang Melayu harus bersatu padu dengan satu agama iaitu agama Islam.  Beta kecewa dan sedih jika rakyat Melayu di Selangor berpecah-belah disebabkan pendapat politik yang berlainan"

Sumber :- Bernama