Saturday, December 1, 2012

Tuanku Hajah Haminah Hadiri Majlis Anugerah Wanita Ikon 2011/2012

01.12.2012, Sabtu - Malam semalam 30.11.2012, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun dijadualkam akan mencemar duli berangkat ke majlis Anugerah Wanita Ikon 2011/2012 kali ketiga anjuran Utusan Karya Sdn Bhd.  Dalam majlis ini KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong telah menyampaikan Anugerah Wanita Ikon dan Tokoh Wanita Ikon 2011/2012.  Anugerah Wanita Ikon dianugerahkan kepada Adillah Ahmad Nordin, seorang peguam bela/cara yang mengendalikan kes sivil, hartanah dan undang-undang keluarga serta korporat.  Anugerah Tokoh Wanita Ikon 2011/2012 pula dianugerahkan kepada Tan Sri Siti Norma Yaakob, bekas Hakim Besar Malaya.  Anugerah ini diberikan atas sumbangan beliau dalam bidang kehakiman diperingkat nasional dan antarabangsa. Para penerima anugerah akan menerima sebuah trofi, set barang kemas dan wang tunai RM10,000.00. Calon-calon bagi Anugerah Wanita Ikon dan Tokoh Wanita Ikon 2011/2012 ini terdiri daripada wanita-wanita hebat di Malaysia yang mempunyai kelebihan tersendiri dan mencapai kejayaan membanggakan dalam bidang yang mereka ceburi. Pihak penganjur telah menerima sebanyak 30 pencalunan daripada masyarakat untuk anugerah kali ini.

Kelihatan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama Tan Sri Siti Norma Yaakob dalam majlis anugerah ini.  Sungguh ayu dan menawan penampilan terbaru Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun yang behijab semenjak pulang dari menunaikan fardu haji baru-baru ini.

Sumber :- Bernama

No comments: