Wednesday, December 26, 2012

Tengku Mahkota dan Tengku Puan Pahang Bantu Memasak Untuk Mangsa Banjir

26.12.2012, Rabu - Sikap Perihatin dan ambil berat terhadap rakyat telah mendorong   Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar membantu menyediakan makanan bagi mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara di Pekan, Pahang.  Semalam, Tengku Abdullah dan Tunku Azizah telah berkenan melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara, Pekan, Pahang. Tengku Abdullah berharap agar mangsa-mangasa banjir bersabar dengan dugaan yang dihadapi.

Tahniah diucapkan kepada Tengku Abdullah dan Tunku Azizah kerana turun padang bersama-sama rakyat yang sedang dalam kesusahan menghadapi masalah banjir ini. Contoh terbaik untuk mendekatkan lagi hubungan erat diantara rakyat dan Istana. Keadaan banjir di Pantai TImur yang merangkumi Terengganu, Kelantan dan Pahang dilaporkan semakin buruk semenjak petang semalam dimana 10,800 mangsa dipindahkan pada sebelah petang berbanding 6,000 pada sebelah paginya.

Sumber :- Bernama

1 comment:

Anonymous said...

Jarang berjumpa dengan anak raja berjiwa rakyat seperti baginda berdua.. Daulat Tuanku!