Wednesday, December 5, 2012

Sultan Brunei Ziarah Jenazah Bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei

05.12.2012, Rabu - Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menziarahi dan menunaikan solat jenazah kepada Allahyarham Yang Dimuliakan Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Paduka Dr.Haji Awang Hussain bin Pehin Orang Kaya Di-Gadong Seri Diraja Dato Utama Haji Awang Mohd. Yusof.  Allahyarham merupakan bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei Darussalam. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir dalam usia 79 tahun pada petang Isnin jam 17:00hrs dikediamannya di Jalan Damuan. Allahyarham meninggalkan seorang anak, empat cucu dan Lima cicit.  

Marilah kita bersama-sama sedekahkan pahala Al-Fatihah kepada Allahyarham semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin,

Sumber : Jabatan Penerangan Brunei

1 comment:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum,

Munkan ampun, hamba hanya mahu mencadangkan sedikit pembetulan. Bahawa gelaran Allahyarham adalah: Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela, bukannya Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja iaitu gelaran yang disampiri oleh mantan Menteri Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam sekarang.

Harap Maklum.