Friday, December 7, 2012

Duchess of Cambridge Dibenarkan Keluar Hospital

07.12.2012, Jumaat - Duchess of Cambridge telah dibenarkan pulang pagi semalam setelah mendapat rawatan di Hospital King Edward VII di Tengah London kerana masalah hyperemesis gravidarum. Duchess of Cambridge dimasukan ke hospital pada hari Isnin selepas merasa tidak sihat ketika berada dikediaman ibubapanya di Berkshire.  Kandungan beliau dijangka berusia kurang dari 12 minggu. Pasangan ini kelihatan tersenyum ketika keluar dari hospital dan sempat bergambar untuk wartawan yang menunggu kemunculan mereka sebelum menuju ke kereta yang sedia menunggu pasangan ini untuk pulang ke kediaman mereka di Istana Kensington. Duchess of Cambridge memaklumkan bahawa keadaan beliau semakin baik apabila ada wartawan bertanyakan mengenai keadaan beliau.

Sumber :- BBC / Theguardian 

1 comment:

emaihann said...

hope Duchess of Cambridge cepat sihat...