Sunday, December 2, 2012

Bas Lambat dan Seluar Rasa Sendat

02.12.2012, Ahad - Salam dan apa khabar semua.  Hari nie Syah di office untuk clearkan petty cash  recoupment pula dalam SAP Gems (system).  Jam 09:55hrs tadi Syah baru masuk kerja kerana bas lambat hari nie.  Malam tadi Syah tanya pemandu bas, schedule bas awal hari Ahad dan katanya jam 07:30hrs dan bukannya 06:30hrs macam biasa.  So pagi tadi jam 07:15 Syah dan tercongok tepi jalan tunggu bas tetapi hampeh kerana setelah 1 jam berdiri tunggu bas baru datang.  Geram dan menyumpah dalam hati, tetapi biasalah bas kat sini ada masanya-masanya tak ikut masa dan yang masalahnya pada kita yang mengejar masa, nak buat macam mana dah tak ada pilihan lain dan rasanya tempat lainpun berlaku masalah macam nie cuma kekerapannya sahaja mungkin berbeza.   Pagi nie tak sarapan dan Syah singgah McD beli Vanila Milk Shake sahaja kerana nak kurangkan makanlah sebab badan dah nak mula naik sebab seluar jeans yang Syah pakai hari nie terasa tak selesa sedikit.............. Ayoooooooooo.... dah berisi balik............tak nak...tak nak...tak nak... hahhaha.

Ok lah semua Syah nak sambung kerja semula dan hingga berjumpa lagi dilain Entry .......... Byeeeeeeeee.............

No comments: