Saturday, November 10, 2012

Sultan Pahang Saksikan Konsert Solo Siti Nurhaliza

10.11.2012, Sabtu - Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah  telah berkenaan mencemar duli menghadiri konsert solo penyanyi nombor satu Malaysia Dato' Siti Nurhaliza yang diadakan di Taman Tema Bukit Gambang, Kuantan, Pahang. Konsert ini berlangsung selama dua jam dan disaksikan hampir 5,000 penonton termasuk dari Singapura dan Indonesia.  Kelihatan Tuanku Ahmad Shah memberi tepukan semangat dan penghargaan kepada Dato' Siti Nurhaliza dalam konsertnya malam tadi.  Dato' Siti Nurhaliza menyampaikan 20 buah lagu dalam konsert ini.  Hujung tahun ini, beliau akan dijadualkan mengadakan konsert diempat lokasi di Indonesia iaitu dua di Jakarta, Pekan Baru dan Banjar Jaya.

Sumber :- Bernama

No comments: