Monday, November 12, 2012

Mengapa Raja Nazrin Jadi Pemangku Raja Perak

11.11.2012, Ahad - Pagi semalam ada teman di faebook Syah bertanya bagaimana keadaan Sultan Azlan Shah sekarang kerana beliau berasa risau takut sesuatu yang tak kena berlaku kepada Tuanku Azlan Shah yang berusia 84 tahun itu kerana Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilantik sebagai  Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak. Syah pun tak tahu mengapa dan Syah janji akan bertanyakan hal ini kepada salah seorang kerabat terdekat keluarga diraja Perak.  Syah menelefon individu berkenaan petang tadi dan dia maklumkan bahawa Tuanku Azlan keluar negara untuk mendapatkan rawatan di bahagian bahunya kerana baginda terjatuh baru-baru ini.  Selain daripada itu katanya Tuanku masih lagi bersedih  diatas kemangkatan puteranya Allahyarham Raja Dato' Seri Ashman Shah pada 30 Mac Lepas.  Tuanku agak lebih rapat dengan Allahyarham.  Kata beliau lagi sekarang Tuanku sudah kembali ke tanahair tetapi tak pasti samada baginda bersemayam di Kuala Lumpur atau Ipoh. Itulah yang disampaikan kepada Syah ........... Wallahu'alam bissawab.  

Jika benar Syah doakan agar Tuanku Azlan cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik. Begitulah mulianya Raja-Raja Melayu pada pandangan rakyat jelata yang begitu mengambil berat tentang hal Raja-Raja Melayu dan salah seorangnya seperti rakan Faebook Syah tu..

1 comment:

Anonymous said...

Ada berita yang mengaitkan Sultan Perak dengan cerita "Atan bin Hashim" yang dilahirkan pada 1928, walhal "ibunya" sudah diceraikan Sultan pada tahun 1925.
Apa komen saudara?