Saturday, November 17, 2012

Jenazah Bekas Raja Albania Dibawa Pulang Ke Albania

17.11.2012, Sabtu - Bagai sirih pulang ke gangang itulah yang berlaku kepada Jenazah (Rangka) Bekas Raja Albania, Raja Zog yang mangkat dalam buangan tetapi akhirnya dapat juga dibawa kembali ke Albania untuk dimakamkan dan mendapat penghormatan negara selepas kemangkatannya 50 yang tahun lepas. Rangka Raja Zouk digali semula daripada Tanah Perkuburan Thiais pada hari Selasa lepas dan telah selamat sampai semalam 16.11.2012.  Jenazah tiba di Lapangan Terbang  Tirana di ibu negara Albania dan disambut oleh bekas kaum kerabat diraja Albania serta pegawai kerajaan serta mendapat penghormatan daripada pasukan tentera.  Jenazah akan dimakamkan pada hujung minggu ini dikawasan permakaman khas untuk kerabat diraja yang baru dibina.

Tahun ini Albania meraikan 100 tahun kemerdekaannya daripada Empayar Uthmaniyyah.  Raja Zog atau nama asalnya Ahmet Muhtar Bej Zogolli mengisytiharkan dirinya sebagai Raja  Albania pada 1928 tetapi melarikan diri pada tahun 1939 apabila tentera Fasis Itali dibawah pemerintahan diktator Benito Mussolini menawan Albania.  Sebelum ini baginda merupakan Presiden pertama Albania dan kemudiannya menjadi Perdana Menteri Albania ke-16 sebelum mengistiharkan dirinya sebagai Raja Albania. Semasa dalam buangan, baginda menetap di England untuk beberapa tahun, kemudiannya ke Mesir sebelum bermastautin  di Perancis.  Baginda mangkat pada 09.04.1961 dalam usia 65 tahun dan dimakamkan di Tanah Perkuburan Thaisi yang terletak di Selatan Perancis. 

Kerajaan komunis Albania memansuhkan sistem pemerintahan beraja di Albania pada tahun 1946.  Satu-satunya putera baginda, Crown Prince Leka yang telah kembali semula ke Albania cuba mengembalikan semula pemerintahan beraja di Albania tetapi gagal dalam usahanya dan telah mangkat dalam usia 72 tahun akibat serangan jantung pada 30.11.2011.   Cucunda baginda pula, Prince Leka merupakan penisahat politik kepada  Presiden Albania, Bujar Faik Nishani. 

Sumber : BBC News / Wikipedia

No comments: