Wednesday, October 3, 2012

Omey Demam dan Kasih Sayang Kucing

03.10.2012, Rabu - Gambar ini diambil oleh anak Kak Lang Ella, Ku Chick sebentar tadi. Suka Syah tengok gambar nie, gambaran kasih sayang antara mahluk Allah.  Binatangpun tahu sayangkan saudara mereka inikan pula kita manusia yang diberikan akal fikiran dan masih lagi hendak berbalah sesama sendiri antara adik beradik, saudara mara dan sahabat handai. Paling teruk lagi buang anak lah, seksa anak dan abaikan ibubapa hingga sanggup membuang mereka ditepi jalan atau meninggalkannya didalam bilik hotel murah. Itu adalah beberapa contoh mahluk Allah yang tidak menghargai kasih sayang sesama insan. 

Berbalik kepada cerita gambar nie tadi,  Yang diatas tu namanya Aliq (Kakak) dan dibawah ti Omey (Abang).  Omey kebetulan tak sihat hari nie dan demam sebab badanya panas.  Tadi Ku Chik ternampak Aliq pamperedkan Omey yang sedang demam, So cuteeeeeeeee............ macam kita manusia nie gaklah kalau tak sihat msti ada orang jaga kan?

No comments: