Sunday, September 2, 2012

Kerajaan Negeri Selangor Dituduh Membelakangi Sultan Selangor

02.08.2012, Ahad -  Gara-gara tidak menjemput Sultan Selangor dalam majlis sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri menyebabkan banyak pihak menunding jari kearah Kerajaan Negeri Selangor yang dikatakan membelakangi Sultan Selangor sebagai Ketua Negeri.  Dalam majlis yang diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, pada Khamis lepas, kerajaan negeri telah menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Ketua Pembangkang merangkap Penasihat Ekonomi Negeri Selangor sebagai tetamu kehormat dalam majlis berkenaan.

Menurut Dato' Mohamad Munir bin Bani yang merupakan Setiausaha Sulit baginda, Tuanku Sultan tidak dimaklumkan langsung berkenaan majlis yang berlangsung pada malam khamis lepas. Menurut beliau lagi,  Tuanku Sultan hanya dijemput berangkat menghadiri majlis tahlil serta bacaan yasin di Masjid Negeri pada sebelah paginya. Dalam majlis ini, bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat telah dipimpin oleh Mufti Selangor, Dato' Mohd Tamyes Abd Wahid.

Sumber :- Bernama

No comments: