Tuesday, September 4, 2012

MB Selangor Akan Mengadap Sultan Selangor Jika Perlu Berhubung Isu Jemputan Rasmi Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55

04.09.2012, Selasa - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataannaya kepada Bernama semasa Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri anjuran PKNS hari ini memaklumkan bahawa beliau akan mengadap Sultan Selangor berhubung isu jemputan  rasmi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri Selangor jika perlu.  Isu ini menjadi satu kontroversi   dan beliau dikatakan membelakangkan Sultan Selangor apabila tidak menjemput baginda ke majlis berkenaan sebaliknya menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Ketua Pembangkang merangkap Penasihat Ekonomi Negeri Selangor sebagai tetamu kehormat dalam majlis berkenaan.  

Beliau memaklumkan:-

"Kalau perlu kita buat penjelasan, kita beri penjelasan tapi sebelum itu, kita mesti memberi peluang kepada mereka (jawatankuasa khas) yang menguruskannya memberikan pandangan mengenai perkara tersebutMenurut beliau lagi, jemputan majlis ini dibuat sebulan lebih awal dan bukannya secara ad hoc.  Katanya lagi "jadi bukannya perkara yang dibuat secara 'ad hock'.  Iannya dibuat secara teratur termasuk wakil protokol dalam pentadbiran negeri Selangor, pegawai-pegawai protokol yang mengingatkan kita bagaimana program itu mesti dilaksanakan". 

Menurut beliau lagi, urusan jemputan Sultan Selangor ke acara itu adalah tanggungjawab jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Dato' Muhammad Khusrin Munawi. Hemmmmmmm ..... macam tu lah pulak yer? Salah menyalahkan pula. sama-samalah kita tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya berhubung isu ini.

Sumber :- Bernama

No comments: