Wednesday, September 26, 2012

18 Acara Memeriahkan Sambutan Hari Keputeraan Sultan Terengganu Ke-50

26.09.2012, Rabu - Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato' Mazlan Ngah dalam kenyataannya kepada Bernama hari ini memaklumkan sebanyak 18 acara akan berlangsung sempena sambutan ulangtahun Hari Keputeraan Ke-50 sultan Terengganu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Watiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.  Hari Keputeraan Sultan Terengganu disambut pada 20 Julai setiap tahun dan Tuanku Mizan diputerakan pada 22.01.1962. Acara-acara ini akan bermula esok 27.09.2012 hingga 21.10.2012 dan akan berlangsung dibeberapa tempat di Kuala Terengganu, Marang, Kemaman dan Setiu.

Menurut beliau lagi acara akan dimulakan dengan majlis solat hajat, bacaan yassin dan tahlil di Masjid Tengku Tengah Zaharah atau dikenali sebagai Masjid Terapung dan semua masjid dalam negeri Terengganu. Acara utama adalah pada 30.09.2012 iaitu istiadat penghadapan, istiadat pengurniaan gelaran, bintang-bintang kebesaran negeri yang akan berlangsung di Balairong Seri Istana Maziah.   Pertunjukan bunga api dan bot berhias yang merupakan acara kegemaran rakyat Terengganu akan diadakan di Dataran Syahbandar pada 06.10.2012.  Manakala kejohanan kuda lasak Piala Sultan Mizan yang merupakan acara tahunan akan bermula pada 19.10.2012 di Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong, Setiu.  Marilah kita beramai-ramai memeriahkan acara-acara yang akan diadakan sempena sambutan hari Keputeraan Sultan Terenggani ini.

Sumber :- Bernama

No comments: