Monday, August 6, 2012

Surau Diperbuat Daripada Kayu Siraja Di Raja

06.08.2012, Isnin - Gambar ini merupakan sebuah surau dan Jika anda melihat gambar ini ianya tiada beza dengan surau-surau lainnya yang terdapat ditempat kita. Ini adalah Surau Haji Wok yang terletak di Bukit Chandan, Bandar Diraja Kuala Kangsar.  Surau ini dibina oleh Allahyarham Tuan Haji Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji Wok  yang merupakan seorang ulama terkenal dan disegani disekitar Bukit Chandan suatu ketika dahulu. Selain daripada itu, Allahyarham juga telah dianugerahkan bakat besar dalam bidang pembinaan dan ukiran kayu.  Salah satu hasil pertukangan Allahyarham adalah surau ini dan uniknya surau ini dibina daripada kayu-kayu yang digunakan untuk pembinaan Siraja Di Raja yang merupakan usungan/pedati khas yang membawa jenazah beberapa orang Kerabat Diraja Kanan Perak Darul Ridzuan. Kreative sungguh idea Allahyarham kan? memanfaatkan sepenuhnya bahan-bahan yang digunakan untuk pembinaan Siraja Di Raja tanpa pembaziran. Gambar dibawah adalah contoh Raja Si Raja yang digunakan sewaktu permakaman Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 30.03.2012 lepas.  Walau bagaimanapun material pada Siraja Di Raja ini bukanlah sebahagian dari material yang digunakan oleh Surau Haji Wok.



















Sumber :- Raja Mariam Mohd

No comments: